View: 2599|Reply: 35
|
Peniaga Berlesen Bengang Dengan Penjaja Di Lampu Isyarat
[Copy link]
|
|
TELUK INTAN: Peniaga makanan berlesen di bandar ini menyatakan rasa kurang senang terhadap kehadiran kumpulan penjaja yang menjual jeruk mangga kepada pengguna jalan raya di persimpangan lampu isyarat di bandar ini.
Mereka berkata, kehadiran penjaja tersebut sedikit sebanyak menjejaskan perniagaan mereka yang mempunyai lesen.
Selain itu, perbuatan mereka itu membahayakan keselamatan diri sendiri dan juga pengguna jalan raya yang lain.
 Foto: Utusan Online
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kegiatan penjaga jeruk mangga aktif di persimpangan lampu isyarat berdekatan Taman Melur di sini.
Seorang peniaga makanan, Ahmad Sawal Abu Bakar berkata, tanpa mahu menafikan kegigihan dan usaha penjaja di lampu isyarat, dia lebih memikirkan bahaya yang menanti penjaja tersebut dan pengguna jalan raya yang lain.
Katanya, lebih menjejaskan apabila penjaja-penjaja tersebut tidak mempunyai lesen.
“Di sebalik kegigihan mereka dan rajin, aktiviti penjaja yang menjual jeruk mangga kepada pengguna kenderaan yang berhenti di persimpangan lampu isyarat ini berbahaya.
“Perbuatan mereka juga salah dari segi undang-undang perbandaran, jadi, saya harap pihak yang berkenaan dapat memantau kegiatan mereka ini yang membahayakan.
“Kehadiran mereka ini juga menjejaskan pendapatan kami sebagai peniaga berlesen,” katanya.
Ahmad Sawal juga menyatakan rasa hairan kerana kegiatan itu seperti tidak diambil peduli oleh pihak yang berkenaan.
Katanya, ini kerana lokasi penjaga tersebut menjaga berdekatan dengan bangunan agensi kerajaan.
“Kalau nak berniaga, kenalah ikut undang-undang, tidak boleh sewenang-wenangnya di tempat yang tidak sepatutnya.
“Kegiatan mereka ini jelas melanggar undang-undang dan membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain kerana boleh mengakibatkan kemalangan apabila berlaku pertukaran warna lampu isyarat.
“Kita faham, penjaja ini terdiri daripada mereka terkesan akibat kehilangan pekerjaan sewaktu Covid-19. Ini antara usaha mereka untuk bangkit tetapi perniagaan kami turut terjejas.
“Kami yang berniaga bertahun-tahun di gerai Taman Ros dikenakan lesen perniagaan tapi mereka orang luar berniaga tanpa lesen di tempat yang tidak sepatutnya,” katanya. –CARI
Sumber: Utusan Online |
|
|
|
|
|
|
|
meols pun kesian, ingatkan yang jual ni sendiri punya, cuma tiru konsep, rupanya based on bunting dan sticker dekat bekas tu, rupanya merata-rata ye melaka, selangor, wilayah, PD sampai je perak satu tuan ye, boss dia naik 4wd besar, hilux ke triton ke tak ingat, tunggu bawah pokok redup, budak2 ni lah yang meniaga berpanas terik tengah jalan gantung bunting kat leher...sian... tapi tu lah... rengsek dah macam pengamen dekat indonesia dah |
|
|
|
|
|
|
|
soalan: di mana penguatkuasa undang2 yg berkaitan berada sekarang ni??? |
|
|
|
|
|
|
|
patut kawal waktu tak ramai dulu...
tapi jaman tu kan jaman kovid, orang kena berhenti kerja..bila pbt buat kerja ada pulak yang kata kenapa kejam nak putuskan rezeki orang..
walaupun kena kuakui jaman tak ramai dulu aku pun beli jugak..
bila dah makin ramai, makin tak sedap jeruk mangga.. |
|
|
|
|
|
|
|
kat perak ni aku hari2 lalu satu traffic light ni, ada orang jual mcm ni. tapi dia pakai honda jazz uols, nampak die parking bawah flyover. aku sendiri pun naik myvi je hahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
Kat tempat I pun sama, hari tu ada jugak penjaja pakai costume lembu jual susu segar legend yang macam macam perisa tu. Kesian tengok panas panas gitu, dengan costume lagi. Balik nanti nak beli lah. Sedap pulak mangga muda dengan asam boi. |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai jer dulu sokong peniaga2 tepi traffic light nih...
Hakikatnya, dorang ni bukanlah peniaga tp hanyalah pekerja yg dpt komisen jualan
Peniaga yg sebenarnya dok lepak2 bawah aircond... |
|
|
|
|
|
|
|
Sama juga kat penang ni. I tgk aman2 ja yg jual buah kat lampu isyarat ni. Ingatkan haritu kata menyalahi undang2. Malaysia macam nilah , penguatkuasaan kelaut sbb tu org tak kisah buat salah. |
|
|
|
|
|
|
|
Rezeki dia, rezeki dia, rezeki hang, rezeki hang. Apakah kamu seorang yg berupaya memberi rezeki kepada diri kamu sehingga kamu terlupa yg milik rezeki itu adalah tuan sekalian alam?
Kalaulah tiada penjaja di traffic light tu pun, kalau rezeki dah tulis rm3000 bulan tu, xkurang walau sedikit pun, datanglah banjir besar. Kalau dah tertulis rm300, datanglah 3000 customer sehari pun, had rm300 lah rezeki kamu.
Peniaga2 ni, kalau yg atas ni xdapat nak bertaqwa, nasihat, berhenti jelah meniaga, kerana perniagaan mu, dan merosakkan kamu.
Wallahualam |
|
|
|
|
|
|
|
Lebih baik fikir mcm mana nk halang rohingngok mengemis kat jalan2, ketuk2 kete org, paksa org bg duit. Sama mcm yg duk mengemis kat pasar2 tu
At least bebudak2 jual jeruk ni tak prnh ketuk2 paksa org beli kan. |
|
|
|
|
|
|
|
JokesCop replied at 14-3-2022 12:45 PM
Rezeki dia, rezeki dia, rezeki hang, rezeki hang. Apakah kamu seorang yg berupaya memberi rezeki kep ...
Isunya kalau nak berniaga...berniaga dgn niat dan kaedah yg betul...melalui saluran yg betul ...jgn main pacak tiang terus boleh jadi tempat berniaga...sedangkheun org lain harus lalui proses licence application utk berniaga....membayar sewa tapak perniagaan..ini semua perlukheun kos....dan mengikut undang undang yg telah ditetapkheun dan disediakheun.....aku tak pertikaikheun isu rezeki dan walaupun .rezeki iteww walau bukan dari unsur mencuri, merasuah dan segala yg ditegah agama...unsur unsur melakukan pencarian rezeki dari sumber dan saluran yg tak sahih mengikut perundangan juga boleh dilihat dari sudut perolehan rezeki dari sumber yg tidak betul...
Ko.nak aku sambung lagi?(tagline pendeta tersohor)
|
|
|
|
|
|
|
|
aku baru perasan.. sejak bersepah budak jeruk mangga kt traffic light.. tak nampak dah kelibat bebudak rohingya mintak derma pakai baju melayu siap berkopiah bagai .. at one point bagus la bebudak jeruk ni dah take over port dorang
|
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 14-3-2022 01:04 PM
Lebih baik fikir mcm mana nk halang rohingngok mengemis kat jalan2, ketuk2 kete org, paksa org bg du ...
Kann. Kita pulak terlior tengok mangga dengan asam boi dalam bekas yg budak2 tu dok pegang tapi tak elok makan selalu sangat nanti sakit perut. |
|
|
|
|
|
|
|
JokesCop replied at 14-3-2022 12:45 PM
Rezeki dia, rezeki dia, rezeki hang, rezeki hang. Apakah kamu seorang yg berupaya memberi rezeki kep ...
Kalau mcm tu marilah kita langgar undang² sebab rezki kita dah tertulis dgn langgar undang². Tak perlu ambik lesen, x perlu ambik suntikan, x perlu pedulikan keselamatan org lain. Tohan dah tulis rezki kita dgn cara ini. Yg ikut peraturan kenapa nak gentar, tohan dah tetapkan rezki ko banyak itu saja kalau ikut peraturan. Mari langgar peraturan agar lg banyak rezki ko lepas ni.  |
|
|
|
|
|
|
|
rindu cheesy chicken pop corn trafik light kubang kerian  |
|
|
|
|
|
|
|
Patut peniaga2 tu tangkap bos besar..pstu ikat kt trafik light. |
|
|
|
|
|
|
|
kat area umah haku semban nie owner bwk hilux @ ford ranger uuuu... tp tu la kesian Kat bebudak nie je sampai berjemur panas n kulit pun gelap dah kesian tu mmg kesian tp pikir owner bwk keta besar tu...haku pun pakai saga taun 2012 je |
|
|
|
|
|
|
|
batmana replied at 14-3-2022 02:54 PM
Patut peniaga2 tu tangkap bos besar..pstu ikat kt trafik light.
Masalahnya...ada ke bos bwk kete besor tu paksa diorg menjaja?
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak cari rezeki pun janganle smpi abaikan keselamatan org lain kt jalan raya tu
Nak berniaga boleh ..akak pun suka sapot peniaga pasar malam, IKS etc
Tp dah kalo smpi nk bahayakan diri,mmg takde la aku nk sapot
Kalo eksiden lagi naya |
|
|
|
|
|
|
|
katanya kena report baru amk tindakan. xde report sampai kiamat bole wat cmtu.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|