View: 793|Reply: 3
|
Tawar Perlindungan Sebelum Rogol Gadis Pelarian Ukraine
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki berusia 49 tahun ditahan kerana disyaki merogol seorang remaja perempuan yang melarikan diri dari Ukraine.
Mirror UK melaporkan, suspek ditahan di Poland selepas dilaporkan 'menjerat' seorang gadis berusia 19 tahun untuk masuk ke dalam rumahnya dengan alasan mahu menawarkan perlindungan kepada mangsa perang itu.
 Gambar hiasan
Insiden itu mencetuskan kebimbangan berhubung kegiatan pemerdagangan manusia dan eksploitasi seksual.
Ia memandangkan lebih daripada dua juta individu melarikan diri dari Ukraine, susulan pencerobohan Rusia.
Difahamkan, suspek berkenalan dengan mangsa melalui internet.
Polis di Wroclaw, Poland, kini menahan lelaki berkenaan atas tuduhan merogol dan dia boleh dihukum penjara 12 tahun, jika didapati bersalah atas apa yang disifatkan pihak berkuasa di negara itu sebagai jenayah kejam.
Pihak berkuasa Poland berkata, suspek bertemu gadis itu dengan menawarkan bantuannya melalui internet.
"Mangsa melarikan diri dari Ukraine yang dilanda perang, tidak tahu langsung bercakap bahasa Poland. Mangsa mempercayai seorang lelaki yang berjanji untuk membantu dan melindunginya.
"Malangnya, semua itu ternyata helah dan cubaan menipunya," katanya.
Dalam satu lagi kes dilaporkan di negara sama, pihak berkuasa campur tangan selepas seorang lelaki lain didakwa menjanjikan kerja dan bilik untuk seorang gadis berusia 16 tahun.
Poland menjadi destinasi 'pilihan' pelarian melarikan diri dari Ukraine, tetapi tidak diketahui berapa ramai orang yang tinggal di sana atau terus menetap di situ.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
drama sangat ye Ukraine ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Takut lepas ni Ukraine sendiri serang Poland. |
|
|
|
|
|
|
|
Itulah tak reti control kepala bawah.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|