View: 615|Reply: 2
|
81 Banduan Di Arab Saudi Dihukum Mati
[Copy link]
|
|
Arab Saudi melaksanakan hukuman mati ke atas 81 orang pesalah lelaki pada hari Sabtu. Ia jumlah yang besar berbanding keseluruhan kes sama pada tahun lalu.
Kumpulan itu termasuk tujuh warga Yaman dan seorang warga Syria yang telah disabitkan dengan “pelbagai jenayah kejam”, termasuk keganasan, kata agensi berita negara SPA.
Ada yang didakwa menganggotai kumpulan Negara Islam (IS), al-Qaeda atau pemberontak Houthi di Yaman.
 Kredit foto: Al Jazeera
Pertubuhan hak asasi manusia menyifatkan pesalah-pesalah tidak menerima perbicaraan yang adil di Arab Saudi namun dinafikan negara ini.
Menurut SPA, kumpulan terbaharu itu telah dibicarakan oleh 13 hakim dan melalui proses kehakiman tiga peringkat.
Mereka dituduh merancang serangan ke atas sasaran ekonomi penting, membunuh atau mensasarkan anggota pasukan keselamatan, penculikan, penyeksaan, rogol dan penyeludupan senjata ke negara ini.
Arab Saudi mempunyai salah satu daripada kadar pelaksanaan hukuman mati tertinggi di dunia – kelima dalam senarai yang disusun oleh Amnesty International, empat lagi ialah China, Iran, Mesir dan Iraq.
Sebanyak 69 orang menjalani hukuman bunuh tahun lepas.
SUmber: MalaysiaGazette |
|
|
|
|
|
|
|
Harap-harap pakcik yang nak menetap di Makkah itu tidak join group teroris sunni |
|
|
|
|
|
|
|
China no#1 sebab negara besar ummah 1 billion
cuba tengok per capita sesilap Malaysia lebih mendunia
|
|
|
|
|
|
|
| |
|