CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 338|Reply: 0

[Sabah] Wanita perlu perkasa ilmu pengurusan kewangan berhemat

[Copy link]
Post time 13-3-2022 10:27 PM | Show all posts |Read mode



KOTA KINABALU: Literasi dan pengurusan kewangan berhemat adalah salah satu aspek penting untuk membantu para wanita mencapai kebebasan kewangan.

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dalam satu kenyataan baru-baru ini berkata, sempena dengan sambutan Hari Wanita, golongan berkenaan sama ada berkerjaya, berniaga ataupun menjadi suri rumah, mereka perlu melengkapkan diri dengan ilmu kewangan agar lebih berdaya tahan dan mampu untuk berdiri di atas kaki sendiri.

Peranan wanita dalam institusi kekeluargaan memang tidak boleh dipertikaikan lagi. Oleh itu, wanita perlu menekankan kepentingan pengetahuan kewangan kerana ia akan mempengaruhi hampir setiap aspek kehidupan masyarakat.

Sebagai wanita di era moden, mereka perlu mampu menguasai ilmu kewangan untuk mencapai kejayaan hidup. Pelbagai aspek kewangan perlu diberi perhatian dan antara yang utama ialah wanita perlu menitikberatkan perancangan kewangan untuk diri sendiri.

"Jangan bergantung kepada orang lain untuk merancang dan menjamin kewangan anda. Salah satu aspek perancangan kewangan yang penting merangkumi persediaan untuk menghadapi cabaran dan ketidaktentuan seperti pandemik, kemalangan dan kematian.

"Persediaan seperti pengambilan insurans dan takaful yang bersesuaian boleh membantu wanita menangani pelbagai cabaran hidup," katanya.

Menurut kenyataan berkenaan, perancangan persaraan juga adalah antara aspek kewangan yang penting, namun selalunya tidak diendahkan.

Wanita perlu membuat persediaan dan perancangan seperti mengambil skim persaraan yang ada di Malaysia. Ini adalah untuk menjamin kualiti kehidupan yang baik sewaktu bersara.

Atas keprihatinan yang sama, menyedari peranan dan kepentingan wanita dalam mencapai kebebasan kewangan, AKPK menyediakan perkhidmatan Pendidikan Kewangan yang boleh dimanfaatkan secara percuma oleh para wanita.

Sambutan Hari Wanita diraikan setiap tahun bagi memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada peranan penting wanita dalam menyumbang kepada pembangunan negara.

Tema sambutan Hari Wanita pada tahun ini ‘Saksama Bersama’ memberi fokus kepada kepentingan wanita diberi peluang bagi mencapai potensi yang maksimum dalam pembangunan negara.

Menurut sumber statistik rasmi, populasi wanita dianggarkan sekitar 48.5 peratus (15.8 juta) daripada jumlah populasi Malaysia.

Oleh itu, memang tidak boleh dinafikan bahawa adalah amat penting bagi negara memberi ruang yang saksama dan inklusif kepada golongan wanita yang berpotensi untuk menyumbang kepada pembangunan sosial, ekonomi, budaya dan politik negara untuk masa depan yang mampan.

Perkhidmatan AKPK ini boleh diakses dari laman web power.akpk.org.my yang menyediakan pelbagai kursus pendidikan kewangan secara dalam talian.


utusanborneo.com.my/2022/03/12

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:51 PM GMT+8 , Processed in 0.152252 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list