CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 389|Reply: 0

[Sarawak] Guru 52 tahun di Sibu berputih mata rugi lebih RM50,000

[Copy link]
Post time 13-3-2022 10:01 PM | Show all posts |Read mode


SIBU: Seorang guru  berusia 52 tahun di sini kerugian RM50,779 selepas menyertai satu skim pelaburan  palsu yang ditawarkan secara dalam talian.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Dr Collin Babat, kejadian itu berlaku apabila mangsa menerima mesej menerusi aplikasi telegram kira-kira pukul 4.25 petang pada 3 Mac lalu.

Katanya, penghantar mesej yang memperkenalkan dirinya sebagai ‘Mumtaz Azar’ dari sebuah syarikat pelaburan XM dan mempromosikan pelan pelaburan yang hanya memerlukan modal sebanyak RM2, 000 serta berpeluang cerah untuk untung besar mencecah RM35 000.

”Mumtaz Azar turut memberi jaminan bahawa syarikat itu hanya akan mengambil 30 peratus atau RM8,750 daripada keseluruhan keuntungan yang bakal diraih mangsa,” katanya menerusi kenyataan media.

Mangsa juga diberi keyakinan  akan menerima RM35, 000 dalam tempoh enam jam.

Collin berkata, mangsa membayar RM2,000 namun diminta untuk meningkatkan jumlah pelaburannya agar mendapat keuntungan yang lebih besar.

Bagaimanapun, katanya selepas pengadu membayar sebanyak RM50,779, dia masih belum menerima apa-apa pulangan seperti yang dijanjikan.

“Curiga dengan pelaburan yang itu, pengadu menyedari telah terpedaya apabila suspek sering memintanya untuk menambah modal pelaburan,” katanya.

Menurut Collin, pengadu tidak menerima sebarang pulangan seperti diterangkan dan membuat laporan polis pada Jumaat lepas.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” kata beliau.


sarawakvoice.com/2022/03/13

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:44 PM GMT+8 , Processed in 0.076186 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list