CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 294|Reply: 0

[Sabah] Covid19 12/03/2022

[Copy link]
Post time 13-3-2022 09:12 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 13-3-2022 01:13 PM



Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah[/url]

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 796 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 359,018 kes. Sebanyak dua (2) kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu di daerah Beaufort. Bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam ini. Ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 1,763 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 327,504 orang. Manakala 1,023 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 734 orang di hospital, 272 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 14 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / penjara dan tiga (3) orang di fasiliti swasta. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 51 orang merangkumi 46 di ICU/repurposed kritikal care serta lima (5) di open ward (HDW/kubikel akut) dan 22 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated)

Kedudukan Kes Positif COVID-19

a. Sabah mencatatkan angka jangkitan baharu di bawah paras 1,000 hari ini, iaitu 796 kes. Ini merupakan penurunan sebanyak 380 kes berbanding semalam. Kali terakhir Sabah mencatatkan kes di bawah paras 1,000 kes ialah pada 4 Februari 2022.

b. Sejumlah 15 daerah mencatatkan penurunan hari ini dengan beberapa daerah merekodkan angka penurunan yang banyak. Antaranya ialah Kota Kinabalu (-179 kes), Penampang (-78 kes), Tenom (-25 kes) dan Tuaran (-24 kes). Hanya lapan (daerah mencatatkan peningkatan kes dan empat (4) daerah kekal sebagaimana catatan semalam.

c. Tiga (3) kluster diisytiharkan tamat dengan dua (2) daripadanya melibatkan kluster institusi pendidikan iaitu Kluster Jalan Taman Beringin, Kota Marudu dan Kluster Madai Dua, Kunak, manakala satu (1) kluster lagi adalah kluster komuniti iaitu Kluster Kg. Weston, Beaufort. Jumlah kluster yang masih aktif di Sabah ialah 26 kluster.

d. Secara keseluruhan, hanya dua (2) daerah mencatatkan kes tiga (3) angka iaitu Kota Kinabalu 177 kes dan Tuaran 102 kes. Sejumlah 15 daerah mencatatkan kes dua (2) angka sementara jumlah daerah yang mencatatkan kes satu (1) angka ialah 10 daerah. Walaupun jumlah daerah yang mencatatkan kes tiga (3) dan dua (2) angka telah berkurangan serta angka jangkitan yang lebih rendah di kebanyakan daerah tetapi perlu ambil perhatian bahawa peratusan jangkitan sporadik kekal tinggi iaitu hampir 65%.

e. Sebanyak 779 atau 97.86% daripada 796 kes-kes baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, tiga (3) kes dalam Kategori 3, 10 kes dalam Kategori 4 dan empat (4) kes dalam Kategori 5

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:14 AM GMT+8 , Processed in 0.316912 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list