CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 314|Reply: 1

[Sabah] Covid19 13/03/2022

[Copy link]
Post time 13-3-2022 07:07 PM | Show all posts |Read mode


*Covid Update (13/03)*
*Sabah  845      (796)*

Kota Kinabalu 227 (177)
Penampang 105 (61)
Papar 82 (102)
Tuaran 81 (57)
Tawau 39 (38)
Sandakan 37 (39)
Keningau 37 (26)
Tenom 24 (9)
Tambunan 23 (28 )
Ranau 21 (12)
Putatan 21  (27)
Beaufort 20 (45)
Kota Marudu 19  (24)
Sipitang 18  (23)
Kota Belud 18 (19)
Lahad Datu 14  (19)
Kuala Penyu 12  (26)
Kinabatangan 10  ( 8 )

Kudat 10  (19)
Kunak 7 (2)
Nabawan 5  ( 8 )

Pitas 5   (7)
Kalabakan 5  (5)
Semporna 2  (1)
Beluran 2  (6)
Tongod 1  (3)
Telupid 0  (5)

*Angka  dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin*     *(12/03/2022)*

*Kluster Baharu*
Kluster Jalan Tambalang,
Tuaran 60(+40)
(Kluster Kumpulan Berisiko)

            *RUMUSAN HARIAN*
                   (13/03/2022)

*Jumlah kes harian bagi Sabah hari ini ialah 845 kes, naik 49 kes berbanding jumlah semalam. Pertambahan ini berpunca daripada jumlah jangkitan baharu yang meningkat di Kota Kinabalu, Penampang dan Tuaran.*

*Kota Kinabalu mencatat 227 kes hari ini, tambahan 50 kes daripada catatan semalam dan Penampang pula kembali kepada tiga angka dengan 105 kes, naik 44 kes berbanding jumlah kelmarin. Kota Kinabalu dan Penampang merupakan dua daerah yang mencatat kes baharu tiga angka. Papar yg mencatat 102 kes kelmarin merekodkan hanya 82 kes baharu hari ini.*

*Tuaran yang mencatat 57 kes kelmarin menambah 24 kes hari ini kepada 81 kes. Ini berpunca daripada satu kluster baharu yang diisytiharkan hari ini. Kluster Kumpulan Berisiko melibatkan pusat penjagaan kebajikan Hope Village di Jalan Tambalang, Tuaran. Kes indeks ialah seorang pelajar perempuan warganegara berumur 20 tahun yang sedang menjalankan sesi praktikal di sana dan tinggal di kuarters pekerja. Beliau dikesan positif melalui saringan bergejala pada 5.3.2022. Saringan keatas kontak2 rapat telah mendapati 59 orang lagi telah dijangkiti menjadikan jumlah kumulatif 60 pesakit setakat hari ini. Siasatan lanjut masih berjalan dan mereka yang positif telahpun diasingkan dan diberi rawatan yang sewajar. Untuk rekod, Kluster Institusi Pendidikan Jalan Getah di daerah Kunak ditamatkan hari ini.*

*Telupid merupakan satu2nya daerah di Sabah yang tidak mencatat sebarang kes baharu hari ini. Tujuh (7) daerah pula masing2 mencatatkan kes dibawah paras 10 kes, dan daerah2 lain mencatatkan  kes dua angka kecuali Kota Kinabalu dan Penampang yang mencatat kes tiga angka. Walaupun jumlah jangkitan harian semakin stabil tetapi peratusan jangkitan sporadik masih tinggi, hampir 61% daripada kes keseluruhan hari ini. Risiko dan ancaman penularan virus dengan cepat dan meluas tetap ada. Semua lapisan masyarakat perlu mematuhi semua SOP setiap masa.*

*Seramai 831 atau 98.35% daripada 845 pesakit baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, lima (5) orang dalam Kategori 3, lapan ( 8 )orang dalam Kategori 4 dan seorang (1) dalam Kategori 5.*

                            *MPL*







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2022 09:16 PM | Show all posts
Edited by Vellfire at 13-3-2022 01:19 PM



Covid-19: Kes Harian Sabah Bawah 1,000

KOTA KINABALU: Situasi Covid-19 di Sabah nampaknya semakin stabil, apabila negeri itu merekodkan 796 jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam lalu – kali pertama kes di bawah aras 1,000 sejak 4 Feb.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Masidi Manjun berkata kes hari ini 380 lebih rendah berbanding semalam.

Masidi yang juga jurucakap Covid-19 negeri berkata, 97.86% atau 779 kes hari ini meliputi Kategori 1 dan 2.

Hanya tiga kes Kategori 3 dikesan, manakala 10 bagi Kategori 4, dan empat bagi Kategori 5, tambahnya.

“Sebanyak 15 daerah menunjukkan penurunan jangkitan yang signifikan, termasuk Kota Kinabalu, Penampang, Tenom dan Tuaran,” katanya dalam laporan awal Covid-19 hari ini.

Katanya, tiga kluster juga diisytiharkan selesai hari ini, termasuk dua di institusi pendidikan iaitu Kluster Jalan Taman Beringin di Kota Marudu dan Kluster Madai Dua di Kunak.

Kluster ketiga pula adalah kluster komuniti di Kampung Weston, Beaufort.

Bagaimanapun, katanya, 26 kluster masih aktif di Sabah.

Walaupun bilangan kes menunjukkan penurunan signifikan, beliau tetap menasihatkan orang ramai berjaga-jaga dan mematuhi SOP memandangkan jangkitan sporadik atau komuniti tetap tinggi, malah merangkumi 65% keseluruhan kes hari ini.


sabahpost.net/2022/03/12
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:41 AM GMT+8 , Processed in 0.058325 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list