CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 370|Reply: 0

[Perlis] 6 ditahan tangkap siput tanpa permit di Kuala Perlis

[Copy link]
Post time 13-3-2022 05:42 PM | Show all posts |Read mode

Dua daripada nelayan yang ditahan bersama bot dan hasil tangkapan kerana menangkap siput retak seribu tanpa permit di perairan Kuala Perlis. FOTO IHSAN MARITIM MALAYSIA

KANGAR: Enam nelayan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kuala Perlis selepas disyaki menangkap siput retak seribu secara haram di sekitar perairan Kuala Perlis Jumaat lalu.

Pengarah Maritim Malaysia Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Hashim Mat Zain berkata, semua nelayan tempatan berusia antara 21 hingga 47 tahun yang menaiki tiga bot fiber tanpa nombor pendaftaran itu, ditahan di tiga lokasi berbeza antara 0.65 hingga 1.04 batu nautika barat dari pantai Kuala Perlis.

Beliau berkata, tangkapan dilakukan susulan aduan awam yang disalurkan melalui Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Perlis berhubung aktiviti penangkapan siput jenis retak seribu di sekitar perairan terbabit.

"Susulan aduan, sebuah bot ronda dalam tugasan rutin menerusi Op Aman diatur gerak ke lokasi tiga bot membawa masing-masing satu tekong dan seorang awak-awak itu berada, kira-kira jam 4.15 petang.

  
"Hasil pemeriksaan, semua bot nelayan itu disahkan berpangkalan di Kuala Perlis dan dua set sangkar besi digunakan sebagai tangguk siput dianggar bernilai RM1,000 serta siput retak seribu seberat 80 kilogram (kg) dirampas," katanya dalam kenyataan, di sini.

Berdasarkan pemeriksaan, beliau berkata, nelayan berkenaan dikesan mengendalikan bot tanpa lesen saah dan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 8(a) Akta Perikanan 1985.

"Mereka juga melakukan kesalahan mengikut Seksyen 11(3)(c) kerana memasang atau menyebabkan dipasang apa-apa belat ikan, peralatan menangkap ikan atau peranti mengumpul ikan tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, sebelum suatu lesen berkenaan dengannya dikeluarkan," katanya.

"Semua yang ditahan termasuk bot serta hasil tangkapan siput dibawa masuk ke jeti Maritim Malaysia Kuala Perlis dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut," katanya.

Mohd Hashim berkata, aktiviti penangkapan siput di perairan Kuala Perlis menjadi satu kesalahan berikutan Jabatan Perikanan Negeri Perlis tidak mengeluarkan sebarang jenis lesen bagi tujuan itu.

Katanya, lesen atau permit untuk aktiviti penangkapan siput hanya dikeluarkan di Kedah dengan kebenaran menjalankan aktiviti berkenaan hanya dibenarkan di perairan negeri itu.

Sebarang laporan, aduan dan kecemasan di laut boleh terus menghubungi Maritim Malaysia di talian 24 jam iaitu MERS 999 dan Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Perlis di talian 04-9851072 atau 04-9851162.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.063051 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list