CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 316|Reply: 0

[Sabah] Sabah rekod 845 kes, satu kluster baharu COVID-19

[Copy link]
Post time 13-3-2022 05:20 PM | Show all posts |Read mode
KOTA KINABALU: Sabah merekodkan 845 kes baharu COVID-19 hari ini dengan kenaikan 49 kes berbanding semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, satu kluster baharu juga dikesan hari ini.

Katanya, punca kenaikan kes COVID-19 adalah daripada jumlah jangkitan baharu yang meningkat di Kota Kinabalu, Penampang dan Tuaran.

"Kota Kinabalu mencatat 227 kes, tambahan 50 kes, Penampang pula kembali kepada tiga angka dengan 105 kes, naik 44 kes.

"Kota Kinabalu dan Penampang merupakan dua daerah yang mencatat kes baharu tiga angka. Papar hanya 82 kes baharu hari ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, Tuaran merekodkan 81 kes, pertambahan ini berpunca daripada satu kluster baharu yang diisytiharkan hari ini.

Katanya, Kluster Kumpulan Berisiko melibatkan pusat penjagaan kebajikan Hope Village di Jalan Tambalang, Tuaran melibatkan seorang pelajar perempuan warganegara berumur 20 tahun yang sedang menjalankan sesi praktikal dan tinggal di kuarters pekerja.

Beliau dikesan positif melalui saringan bergejala pada 5 Mac 2022. Saringan ke atas kontak-kontak rapat telah mendapati 59 orang lagi telah dijangkiti, menjadikan jumlah kumulatif 60 pesakit setakat hari ini.

"Siasatan lanjut masih berjalan dan mereka yang positif telah pun diasingkan dan diberi rawatan yang sewajar. Untuk rekod, Kluster Institusi Pendidikan Jalan Getah di daerah Kunak ditamatkan hari ini.

"Telupid merupakan satu-satunya daerah di Sabah yang tidak mencatat sebarang kes baharu hari ini. Tujuh daerah pula mencatatkan kes dibawah paras 10 dan daerah lain mencatatkan kes dua angka kecuali Kota Kinabalu dan Penampang yang mencatat kes tiga angka," katanya.

Menurutnya, walaupun jumlah jangkitan harian semakin stabil tetapi peratusan jangkitan sporadik masih tinggi, hampir 61 peratus daripada kes keseluruhan hari ini.

Katanya, risiko dan ancaman penularan virus dengan cepat dan meluas tetap ada. Semua lapisan masyarakat perlu mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) setiap masa.

"Seramai 831 daripada 845 pesakit baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, lima orang dalam Kategori 3, lapan orang dalam Kategori 4 dan seorang dalam Kategori 5," katanya.

credit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.062984 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list