CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 274|Reply: 0

[Sabah] GRS sah didaftarkan, beri laluan kerajaan tumpu usaha bangunkan Sabah: Shahril

[Copy link]
Post time 13-3-2022 05:19 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Pembangkang di negeri ini tidak lagi boleh mempertikai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerana sudah didaftarkan secara rasmi dan ia sekaligus membuktikan bahawa gabungan itu sepakat menjalin kerjasama bagi membangunkan negeri Sabah dalam semua aspek.

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Beaufort, Mohd Shaharil Osin (gambar) berkata, kunci kepada kemakmuran dan kesejahteraan adalah kestabilan yang jelas akan memberi manfaat bukan sahaja kepada negeri Sabah keseluruhannya tetapi juga segenap lapisan masyarakat.

Jalinan kerjasama politik katanya akan memberi keyakinan kepada rakyat terhadap kerajaan negeri yang diterajui gabungan itu yang mempunyai matlamat yang jelas bukan semata-mata untuk memperkukuhkan politik tetapi demi kesinambungan pembangunan negeri Sabah.

"Tujuan mendaftarkan GRS secara sah adalah bukan untuk kepentingan politik semata-mata tetapi adalah untuk menterjemahkan kesungguhan kerajaan negeri untuk melaksanakan pembangunan yang dirancang secara bersama.

"Dengan adanya gabungan secara sah ini, kestabilan kerajaan negeri akan terus terjamin dan ia secara tidak langsung dapat memberi laluan kepada GRS untuk menumpukan terhadap usaha-usaha membangunkan negeri Sabah dengan lebih fokus, " katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Borneo bagi mengulas mengenai kenyataan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor semasa majlis pelancaran rasmi Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata, GRS telah berjaya didaftarkan sebagai sebuah gabungan politik yang sah di Sabah.

Mengulas lanjut, Hajiji yang juga Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah memberitahu, beliau telah menerima sijil pendaftaran GRS daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada Jumaat lalu

credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:54 PM GMT+8 , Processed in 0.057346 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list