CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 366|Reply: 0

[Pulau Pinang] Gelombang Omicron dijangka turun hujung Mac

[Copy link]
Post time 12-3-2022 10:05 PM | Show all posts |Read mode
Gelombang Omicron dijangka turun hujung Mac
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI | | 12 Mac 2022


Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah


GEORGETOWN - Gelombang varian Omicron dijangka akan menurun sekali gus dapat ditamatkan menjelang penghujung bulan ini susulan pemberian vaksin bagi golongan dewasa telah mencapai 99 peratus.


Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, selain itu, kes harian juga dijangka menurun dalam tempoh terdekat selepas pemberian vaksin kepada rakyat.


Menurutnya, seramai lebih tiga juta rakyat Malaysia yang sudah lengkap menerima vaksin telah sembuh selepas dijangkiti varian Omicron.


"Mereka yang dijangkiti varian ini dan telah sembuh akan mendapat 'natural immunity' yang mana ia akan memberi perlindungan kepada diri mereka. Bagaimanapun, untuk hidup di dalam virus ini, kita kena divaksin dahulu, baru kita boleh mendapat 'natural immunity' itu.


"Dalam isu gelombang varian Omicron ini, kita jangka akan melepasi penularannya. Ini kerana, jika dilihat kepada situasi beberapa negara antaranya Filipina dan Britain, kes Covid-19 kini dalam situasi trend menurun selepas menghadapi penularan varian Omicron sejak dua bulan lalu," katanya.


Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab selepas menyampaikan syarahan umum bertajuk 'Mendepani Cabaran Omicron; Adakah Malaysia Bersedia' anjuran Penang Institute di sini pada Sabtu.


Beliau bagaimanapun turut menyatakan kerisauan terhadap varian baharu yang kebal terhadap vaksin selain lebih berbahaya.


"Kita perlu bersedia ke arah itu kerana selepas Omicron, kita tidak tahu mungkin ada varian lagi yang akan datang, malah lebih berbahaya, kebal vaksin dan mudah tersebar.


"Seperti yang dibuktikan, varian Omicron memberi maklum balas terhadap vaksin yang diberikan. Dan itu adalah satu perkara yang baik. Disebabkan itu, kita optimis bahawa gelombang varian Omicron ini akan menurun menjelang bulan ini," katanya.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ka-turun-hujung-Mac
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.493299 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list