CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 394|Reply: 1

[Sabah] Lelaki cedera tertusuk anak panah

[Copy link]
Post time 11-3-2022 11:49 PM | Show all posts |Read mode


TERTUSUK: Keadaan kaki mangsa yang cedera selepas tertusuk anak panah.

KOTA BELUD: Seorang lelaki cedera selepas kaki kanannya tertusuk anak panah semasa menangkap ikan di sini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Misran Bisara berkata mangsa kemudiannya segera dihantar ke Hospital Kota Belud untuk mendapatkan bantuan segera dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu.

“Pihak hospital bagaimanapun terpaksa mendapatkan bantuan pasukan bomba selepas operasi untuk mengeluarkan anak panah berkenaan agak sukar.

“Bertindak dengan panggilan kecemasan yang diterima pada jam 4.33 petang, sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) bergegas ke Hospital Kota Belud,” katanya.

Menurutnya mangsa yang juga seorang lelaki dewasa mengalami kecederaan di bahagian kaki akibat tertusuk besi panah semasa menjalankan aktiviti menangkap ikan.

“Pasukan bomba terpaksa mengambil tindakan memotong dan mengeluarkan besi dari kaki mangsa dengan menggunakan peralatan khas iaitu Hydraulic Power Unit.

“Mangsa kemudiannya meneruskan rawatan di hospital berkenaan dan kini dilaporkan dalam keadaan stabil dan selamat,” katanya.

Tambahnya pasukan bomba kemudiannya membuat pemeriksaan di sekitar lokasi bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain dan operasi ditamatkan pada jam 5.02 petang.


utusanborneo.com.my/2022/03/10

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2022 11:28 AM | Show all posts
ooo panah ikan nie

ingatkan panah yg john rambo tu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:14 PM GMT+8 , Processed in 0.122344 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list