CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 332|Reply: 0

[Sabah] Rokok seludup bernilai lebih RM110,000 dirampas

[Copy link]
Post time 11-3-2022 11:46 PM | Show all posts |Read mode


RAMPASAN: Kenderaan dan rokok seludup yang berjaya dirampas dibawa ke IPD Lahad Datu untuk tindakan lanjut.

LAHAD DATU: Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas rokok seludup bernilai lebih RM110,000 di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran Kampung Kenangan, di sini semalam.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, kenderaan pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki dipercayai penyeludup turut merempuh kenderaan pasukan PGA sebelum melarikan diri.

Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Abdul Rani Alias berkata rampasan itu berjaya dilakukan menerusi Op Kontraban yang dijalankan oleh pasukannya.

Katanya, sebelum itu, anggota dari task force Batalion 17 PGA mengekori sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam keadaan mencurigakan dari Kampung Betik ke Kampung Jawa.

“Anggota kemudiannya mengarahkan pemandu itu untuk berhenti untuk menjalankan pemeriksaan terhadap barang yang dibawa.

“Bagaimanapun, suspek terbabit bertindak agresif dengan merempuh di sebelah kiri kenderaan pasukan PGA dan terus menuju ke arah Kampung Kenangan,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, kenderaan anggota PGA mengalami kerosakan selepas berlaku perlanggaran dengan kenderaan suspek.

“Suspek mengambil kesempatan itu, dengan memecut laju, sebelum meninggalkan kenderaannya di ladang kelapa sawit berhampiran dan meloloskan diri,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan ke atas kenderaan yang ditinggalkan oleh suspek berjaya menemukan beberapa bungkusan rokok di bahagian belakang.

“Anggota PGA juga turut menemukan beberapa bungkusan plastik hitam berisi rokok seludup pelbagai jenama yang disembunyikan di bawah pelepah kelapa sawit.

“Semua rokok dan kenderaan tersebut dirampas dan di bawah ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Abdul Rani berkata rokok yang dirampas bernilai RM110,208 dan keseluruhan rampasan termasuk kenderaan berjumlah RM230,208.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/03/11

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:51 PM GMT+8 , Processed in 0.066447 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list