CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 389|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 11/03/2022

[Copy link]
Post time 11-3-2022 09:48 PM | Show all posts |Read mode


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 1,176 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 358,222 kes. Sebanyak lima (5) kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu dua (2) kes di daerah Keningau dan masing-masing satu (1) kes di Kota Kinabalu, Ranau, serta Beaufort. Bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam ini. Ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 1,810 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 325,741 orang. Manakala 1,085 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 781 orang di hospital, 286 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 15 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / penjara dan tiga (3) orang di fasiliti swasta. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 52 orang merangkumi 46 di ICU/repurposed kritikal care serta enam (6) di open ward (HDW/kubikel akut) dan 19 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated)

Kedudukan Kes Positif COVID-19

a. Jumlah kes baharu bagi Sabah hari ini tidak banyak berubah dengan kedudukan semalam. Jumlah jangkitan baharu ialah 1,176 kes, peningkatan marginal 22 kes berbanding semalam.

b. Secara perbandingan hanya 12 daerah mencatatkan peningkatan kes hari ini. Perubahan jumlah kes harian berbanding sebelumnya adalah pada pada julat yang kecil kecuali di Kota Kinabalu (+91) dan Penampang (+74) yang mencatatkan peningkatan yang agak tinggi dan di Beaufort (-58) dan Sandakan (- 47), yang menunjukkan penurunan yang agak signifikan. Kita boleh simpulkan bahawa, peningkatan dan penurunan kes harian dibeberapa daerah seperti Kota Kinabalu, Penampang dan Tuaran banyak mempengaruhi jumlah kes harian yang dilaporkan setiap hari.

c. Sebanyak 64.54% daripada semua kes hari ini merupakan kes jangkitan sporadik dan penyumbang utama kes-kes baharu di 24 daripada 27 daerah di Sabah.

d. Satu (1) kluster institusi pendidikan yang diisytiharkan tamat hari ini iaitu Kluster Jalan Terusan, yang melibatkan lokaliti di SMK Terusan, Lahad Datu. Baki kluster yang masih aktif diseluruh Sabah ialah 29 kluster.

e. Tiga (3) daerah mencatatkan kes tiga (3) angka hari ini iaitu Kota Kinabalu 356 kes, Penampang 139 kes dan Papar 105 kes. Sebanyak 18 daerah lagi mencatatkan kes dua (2) angka dan enam (6) daerah pula mencatatkan kes satu (1) angka iaitu Kinabatangan, Nabawan, Kunak, Tongod, Semporna dan Kalabakan.

f. Sebanyak 1,154 atau 98.13% daripada 1,176 kes-kes baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, sembilan (9) kes dalam Kategori 3, 10 kes dalam Kategori 4 dan tiga (3) kes dalam Kategori 5


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:42 PM GMT+8 , Processed in 0.061388 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list