View: 2271|Reply: 31
|
Isteri Buta, Anak OKU-Keluarga Gelandangan India Terharu Dibenarkan Tinggal Di Rumah Wanita Melayu
[Copy link]
|
|
Port Dickson: Walaupun berlainan agama dan bangsa, seorang wanita, Noraini Zainal Abidin, 63, sanggup berkorban membantu keluarga gelandangan berketurunan India.
Keluarga malang terbabit, A Nathendrex, 48, isterinya, M Mageswary, 40 dan anak tunggal mereka, N Thiru, 12, yang cacat kedua-dua kakinya sejak lahir terharu dengan kebaikan 'emak' angkat mereka, Noraini yang sanggup memberi mereka tinggal di rumah didiami di Kampung Sri Parit, Lukut di sini.
Menurut Nathendrex, dia tidak bekerja sejak dua bulan lalu kerana menghidap penyakit dalam perut dan isterinya pula menghadapi masalah penglihatan (buta) sejak tahun lalu akibat penyakit kencing manis kronik.
 Foto: Harian Metro
"Sebelum ini kami hidup berpindah-randah dan menghuni rumah kosong yang ditinggalkan. Namun 'emak' ambil kami dan memberikan rumahnya untuk kami tinggal.
"Dia pula sanggup tinggal bersama anaknya di Kuala Lumpur.
"Sesekali mereka balik ke sini menjenguk kami kerana kami hidup serba kekurangan. Malah, banyak peralatan elektrik rosak akibat banjir kilat hujung tahun lalu," katanya ketika ditemui, semalam.
Katanya, bagi menampung perbelanjaan harian, dia mengutip besi buruk dan barangan terpakai untuk dijual.
"Kalau dulu kami hidup seperti gelandangan, tetapi kini sudah ada kediaman. Namun kami masih perlu berusaha mencari rezeki harian kerana isteri dan anak adalah orang kurang upaya (OKU).
"Sebelum saya keluar mencari rezeki (besi buruk), saya perlu memasak dahulu supaya isteri dan anak tidak kelaparan di rumah.
" ernah juga saya keluar dari pagi hingga ke petang dan gagal menemui barangan besi buruk untuk dijual. Akibatnya kami berlapar sepanjang hari, namun kami sudah biasa dengan keadaan itu," katanya yang berasal dari Pontian, Johor.
Nathendrex berkata, anak tunggalnya, Thiru kini sudah boleh berjalan dan membantu isterinya di rumah ketika dia keluar mencari rezeki.
Sementara itu, Noraini berkata, dia simpati terhadap nasib keluarga itu dan sanggup memberikan rumahnya untuk mereka berteduh.
"Biarlah mereka tinggal di sini kerana mereka tidak ada tempat tinggal. Lebih malang isteri serta anak tunggal mereka OKU pula.
"Saya kini tinggal bersama anak (di Kuala Lumpur) sambil menjaga dua cucu yang masih kecil. Saya balik kerana mendapat tahu banyak barangan elektrik rosak sejak dilanda banjir akhir tahun lalu," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Buat baik berpada pada...buat jahat jangan banyak kali. |
|
|
|
|
|
|
|
Nanti bapaknya mintak masuk islam pastu satu malaysia huru hara dek dap. Melayu ni tak serik2. |
|
|
|
|
|
|
|
betul ke orang kata.kalau kita bagi tumpang rumah atau tanah.kita tak boleh ambik balik kecuali kena bagi ganti rugi... |
|
|
|
|
|
|
|
angelofish: betul ke orang kata.kalau kita ...
Pernah dengar gitu jugak.tapi ada tempoh dia.
Contoh..bila dah duduk 10 tahun,nak keluar tuan tanah kena bayar pampasan ..ntah ler. |
|
|
|
|
|
|
|
Silap besar .
Buat baik berpada-pada.
Ingat tu !
Kita manusia bukan semua kita boleh baca tp bila ada pesanan "buat baik berpada-pada" bermakna ada sifat yang tidak terjangka metsi kita berjaga-jaga
bersekali dengan hindu
laki dia xrogol ko ke
adik beradik dia xdatang claim apa-apa ke selepas ini
jangan sampai ko pula yang jadi gelandangan
sampai tahap mcm ni , Allah pun xsuruh . |
|
|
|
|
|
|
|
Allah kata dalam AL QURAN , jangan sesekali jadikan org kafeer sebagai sahabat baik nanti kamu menyesal /rugi .
Allah dah pesan. |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmmm, aku tak berani nak komen ape
Aku ghisaaauu je
Tp moga yg baik2 aje.... |
|
|
|
|
|
|
|
X salah berbuat baik sesama manusia regardless agama ke kaum ke etc..cuma hrp dua2 dpt manfaat |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa kata melayu semua rasis
|
|
|
|
|
|
|
|
"Walaupun berlainan agama dan bangsa, seorang wanita, ... "
Ayat yang perlu dalam konteks masyarakat malaysia kerana telah dididik nak tolong kena bangsa sama, nak support pilih agama sama. Bila ada yang tolong-menolong soalan pertama yg ditanya apakah bangsa mereka  |
|
|
|
|
|
|
|
Aiol plak x nak ckp lbih2 psl hal ni, biarkn Allah SWT yg tentukn.
|
|
|
|
|
|
|
|
nk komen sikit jela. hrp acik ade la bg syarat2 nye. bkn ape..risau nti ade yg claim itu tmpt tgl mereka 1 hari nti. tu je. |
|
|
|
|
|
|
|
.HannahMontana. replied at 11-3-2022 04:41 PM
Allah kata dalam AL QURAN , jangan sesekali jadikan org kafeer sebagai sahabat baik nanti kamu menye ...
kalau tak bagi menumpang di buatnya ahli keluarga tu meninggal atau mati sis tak salahkan diri sis ke ?
bagi i la kan selagi dia x angkat senjata & arak
selagi tu la dia non-muslim.
tapi i pun sangsi juga sebab diorang ni kuat minum. |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 12-3-2022 12:14 AM
Siapa kata melayu semua rasis
org melayu ni dari zaman jepun lagi.
suka tanggung risiko. Jepun cari famili Cina
melayu dok sorokkan famili Cina
kalau kat area Kampung2 ramai famili melayu
tapi ada member famili muka cina |
|
|
|
|
|
|
|
namieamuro replied at 12-3-2022 09:46 PM
nk komen sikit jela. hrp acik ade la bg syarat2 nye. bkn ape..risau nti ade yg claim itu tmpt tgl me ...
Bukan tak biasa dengar...' saya sini duduk,sudah satu ratus tahun lebey..' |
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 13-3-2022 07:58 PM
kalau tak bagi menumpang di buatnya ahli keluarga tu meninggal atau mati sis tak salahkan diri sis ...
harap² takda la duit beli arak sebab nak makan pun susah.. kat kampung mak i pun ada yang bagi orang tumpang rumah macam ni.. tapi melayu dengan melayu la..
sebelum ni rumah tu tersorok dalam hutan, memang tak nampak dari jalan.. lepas ada orang tinggal, baru la bersih semak samun.. kitorang balik kampung pun terkejut nampak ada rumah sebab sebelum ni ingat tempat tu hutan semata |
|
|
|
|
|
|
|
Baik makcik ni, cuma tak fikir jauh...keluarga tu ada budak baru 12 tahun..agak2 makcik sampai umur budak tu berapa tahun sanggup si makcik ni 'tumpangkan' keluarga ni..kalau aku si ayah dah ada tempat berteduh untuk anak aku memang takkan keluar..
|
|
|
|
|
|
|
|
Teringat arwah Atuk i benarkan sepasang suami isteri ni tinggal atas tanah milik my mom adik beradik 70 tahun lepas. Dgn syarat kalo mereka dh meninggal tanah tu pulangkan blk pd anak2 dia. Malangnya datuk i meninggal awal dan keturunan yg duduk atas tanah mak i adik beradik x nk keluar. Smpilah bila mak i dh 72 tahun, tiba2 rumah yg mereka diami dipanah petir dan terbakar hangus. Cepat2 mak cik i pagar semua tanah tersebut dan wat umah. Lps tu baru mak i pula wat umah walaupun kami x de keperluan sgt pun nk wat umah kt situ. Lps tu waris2 yg menumpang x puas hati ckp tanah dia tp bila mereka pergi pejabat tanah mereka pula dimarahi sbb geran tanah sah2 jelas tunjuk nama mak i adik beradik atas tanah tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Mereka ini sepatutnya lebih dari layak untuk menerima bantuan OKU JKM, memandangkan ibu dan anaknya mengalami kecacatan fizikal.
Harap pihak JKM sudah menyantuni keluarga ini. |
|
|
|
|
|
|
| |
|