CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1906|Reply: 25

Betul Ke Lambakan E-Hailing, Delivery Bunuh Pembangunan Karier?

[Copy link]
Post time 11-3-2022 03:39 PM | Show all posts |Read mode
Pandemik yang melanda sejak dua tahun lalu telah menjadi salah satu punca kebanyakan syarikat dan perniagaan di Malaysia menutup pintu. Akibatnya, ramai terpaksa diberhentikan kerja dan kebanyakan mereka sukar untuk mencari kerja tetap dan mempunyai kestabilan dalam hidup.


kredit foto: TheVulcanPost



Menurut laporan Odisi, kebanyakan generasi sekarang mengambil peluang pekerjaan dalam dunia penghantaran barang dan makanan kerana ianya adalah pilihan popular untuk mereka yang mahu mencari pendapatan tambahan.




Jika dilihat trend terkini, pekerjaan ini telah bertukar menjadi karier tetap bagi generasi sekarang.


Seorang pengguna Facebook, Mohd Khairul Mk yang risau dengan pilihan generasi anak muda negara sekarang untuk meneruskan karier sebagai penghantar makanan dan pemandu e-hailing sahaja.

kredit foto: TheMalayMail



Walaupun dia faham untuk kerja dalam masa jangka pendek ianya adalah salah satu pilihan yang baik, tetapi sampai bilakah mahu pemandu e-hailing dan penghantar makanan? Dia juga meluahkan rasa risau dengan generasi sekarang yang mempunyai mentaliti "buat grab pun boleh dapat RM3,000 nak pening apa."

Kredit foto: Facebook



Tambahan pula, bimbang apabila melihat anak bangsa sekarang lembik, tidak ada semangat dan takut ditinggalkan bangsa lain yang sudah maju ke hadapan.

Dia juga menjangkakan bahawa dalam 10-15 tahun akan datang, jawatan profesional akan menjadi satu lambakan dek kerana kebanyakannya sibuk bercita-cita menjadi pemandu e-hailing dan penghantar makanan. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2022 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak setuju...patut lebih nampak sebagai pertambahan peluang. Mereka yang kerja delivery ini pun bukan selama-lamanya nak kerja begitu. Anak sedara buat kerja runner pastu grab ni, hujung minggu kelas ijazah dia. Cukup 5  tahun, dia dpt ijazah, dapat kerja. Yang lagi best tu ijazah dia dapat takde hutang PTPTN. Lebih baik drpd gi uni fulltime pastu tanggung hutang sambil kerja (dia x dapat lebih 3.5, jadi nak dapatkan pemansuhan xde la, tapi kurangnya habis belajar jugak).

Ada juga engineer tukar kerja grab, sbb company kedekut byr RM1.8k je sebulan, kerja grab dapat RM3k sebulan.

Jadi sekarang, bila ada option dapat duit mcm tu, org nak sambung kerja lain, dia sambung sbb minat. Minta nak berkebun (agriculture), minat komputer (IT). Org mcm ni yg tak terdesak ambil kerja, silap2 bukak company sendiri atau dpt kerja yg betul2 bernilai.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2022 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi aku gig economy cam ehailing, delivery service ni membuka peluang untuk orang2 yg nak berkerja ikut schedule sendiri. Kalau ada 10,000 graduate jadi rider, masih ada lagi 10,000 (atau lebih) graduate yg menunggu peluang dapat kerja gomen/glc/public listed company. Kalau semua orang tuju "bakul" yang sama, mana muat. Elok la dorang berkerja dari job hunting x henti2.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2022 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
orangbiasaje: Tak setuju...patut lebih nampa ...

Last2 bangsa lain yg ambil job2 profesional yg kosong. Bangsa kita rela kena hujan panas asalkan happy boleh sembang, lepak bwh pokok sambil tggu makanan.

Masa ai kerja dekat company jerman dulu, ai rasa bangga dr tahap kerani, pelukis plan, technical section sampai engineer fresh dan senior engineer 90% melayu. Engineer diorg lasak2 dan pandai buat kerja.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2022 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
orangbiasaje replied at 11-3-2022 04:07 PM
Tak setuju...patut lebih nampak sebagai pertambahan peluang. Mereka yang kerja delivery ini pun buka ...

Kedekutnya...rm1.8 jek...itu dr jaman i grad thn 2000 kot...n kampeni tu expect kita tido kt opis kalo ada nak buat tender2 ni...
Budak2 yg pandai mencatur hidup depa ok ja...ada tu saje buat part time e hailing ni..ada dah mmg terpaksa dah kena retrenched tua2...
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2022 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
azimodin replied at 11-3-2022 04:51 PM
Bagi aku gig economy cam ehailing, delivery service ni membuka peluang untuk orang2 yg nak berkerja  ...

Aku nampak budaya keje dah mcm ke arah gigs economy kot..bdk2 muda mana suka terikat sgt...rentua mcm aku je kot setia..haha...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2022 02:25 AM From the mobile phone | Show all posts
dewimalam78 replied at 11-3-2022 08:58 PM
Last2 bangsa lain yg ambil job2 profesional yg kosong. Bangsa kita rela kena hujan panas asalkan ha ...

Biorle diorg...kalau minat, mmg diorg blajar skill tu, professional or not. Kebahagiaan dgn pangkat, ada yg cari dedua, ada yg kejar salah satu.  Yang kuat kerja professional tu pun, boleh tgk kadar stress dan bunuh diri diorg kat negara lain.  Ada je bangsa kita yang manufacture barang sendiri. Byk je org melayu kerja profesional, yg jenis nakkan kestabilan income. Yg tu takmau nye kerja gig yg tak tentu sebagai kerjaya tetap. Nak company yg boleh handlekan HR, ada panel and medical benefits utk keluarga sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2022 11:19 AM | Show all posts
diorang tu paham je keje delivery ni hanya sementara..
nak buat mcamana negara kita takde peluang pekerjaan
govmnt gak pi extend acik2 gomen sampai 60...buat depa sangkak loan sampai limit jeee..dah mati anak lagi sambung pencen
yg menteri2 plak tua2 smua takmo berundur, kaut tarah abis harta negara supaya 3keturunan tak abis makan

private plak prefer cainis speaker
bumi co yg sama sales turnover, sama profit dgn cainis pun suka penaya gaji rendah..tgok cainis sesama depa boleh plak offer tinggi,,cainis bagi rendah kat bangsa lain je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2022 11:20 AM | Show all posts
honeybee1802 replied at 11-3-2022 09:07 PM
Kedekutnya...rm1.8 jek...itu dr jaman i grad thn 2000 kot...n kampeni tu expect kita tido kt opis  ...

employer negara kita memang antara yg kedekut...jurang gaji sgt jauh..mana artikel kajian tu tah
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2022 01:00 PM | Show all posts
Dah bagi gaji ciput sapa nak? Klo bangsa sendiri bodo pun gaji tinggi. Kejam gila.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2022 03:43 PM | Show all posts
eh noreen. kang tak keja ko kata pemalas lah biawak lah bagai? dah tu ko nak suruh semua jadi menteri gaji berkepuk kepuk tapi haram tak boleh buat keja ke hah noreen?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2022 12:49 PM | Show all posts
Tak juga sebab mereka pun ada juga masaalahnya sejak kebelakangan ni.  Misalnya ramai dah beralih kerjaya bila dapat tawaran yang lebih baik atau menlanjutkan pelajaran.  Sebab tu kadang ada masaalah pelanggan lambat terima pembelian bila bilangan mereka mula berkurang
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2022 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak kawan i buat grab ...berkenalan dgn sorang tokey ni. Tokey ni malas driving, jd ambik grab dgn adik ni aja bila nak kemana2. Selalu sembang2 dan dia pun tau adik.ni degree holder. Bila selalu jumpa  dia nampak adik.ni jujur dan berdisiplin. Lama2 dia ambik adik kerja dgn dia. Kerja grab ni kalau pandai sembang, you can build a useful contact
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2022 06:10 PM | Show all posts
then tengok balik la pendedahan masa pendidikan, jenis pendidikan negara dan seterusnya peluang pekerjaan vs peluang mendapatkan pekerjaan…  once u fix this, ok je…  ni belajar pun macam apa, budak2 terbebean dan dibebani dengan silibis melampau2 tak kena usia, anak2 yang ada learning difficulty takde tempat/ sekolah lain sebab PPKI sangat limited…  private pulak mahal melampau…  

banyak punca yang korang kena fix kalau nak semua rakyat malaysia maju ke depan…
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2022 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Cuma.........emm aku x berapa berkenan sgt kalo ada yg jadikan keja grab nih sbg kerja utama....takat partime boleh arrr.... Huhhh
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2022 12:20 PM | Show all posts
demi kelangsungan hidup...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2022 12:20 PM | Show all posts
Those yg buat keja dlm gig industry utk sementara, ok lah...
Tapi kalau buat sebagai permanent job, aku tak berapa setuju...

Yg keja makan gaji, dont just look at your basic salary jer. Byk lagi fringe benefits yg kita enjoy selain gaji. Most yg keja company besar, dorang ada insurance coverage, medical benefits, cuti tahunan, medical leaves bergaji, etc... yg ni, you dont get from the gig industry.

Maybe bulan ni, kau boleh dpt 3k. Bila jatuh motor, nak byr repair motor, hospital bills, tak buat delivery gaji pun tak dpt, etc...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2022 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
honeybee1802 replied at 11-3-2022 09:07 PM
Kedekutnya...rm1.8 jek...itu dr jaman i grad thn 2000 kot...n kampeni tu expect kita tido kt opis  ...

Thn 2000 dpt 1.8k, degree in 2013-2015 dpt 1.6k je uols. Bidang sains
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2022 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 13-3-2022 06:10 PM
then tengok balik la pendedahan masa pendidikan, jenis pendidikan negara dan seterusnya peluang peke ...

Ni pon betul. Uni gomen sendiri wujudkan course yg peluang kerja pon x ada. For what? Membazir sgt rasa. So biar lah org nk keje mcm mana cari duit. Bg i, diploma or degree is a must! Tp keje tu please pilih duit. Gaji dkt malaysia ni kecik sgt2. Nk merasa gaji besar kena lompat kerja. Laki iols setia pon kenaikan tahunan ciput betul. Tolak tax tolak epf, ciput je tggal
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2022 12:51 PM | Show all posts
susun file pun dijadikan ijazah...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:05 AM GMT+8 , Processed in 0.070137 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list