CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 543|Reply: 0

Jurutera Jadi Penghantar Dadah 'Part-Time'

[Copy link]
Post time 11-3-2022 02:10 PM | Show all posts |Read mode
Kedudukan kewangan tidak menentu dipercayai faktor seorang jurutera sebuah syarikat swasta sanggup menjadi penghantar dadah jenis serbuk ekstasi dengan menerima bayaran komisyen antara RM30 hingga RM50 bagi setiap paket.


Lelaki berusia 31 tahun dan bekerja dengan sebuah syarikat swasta di Puchong itu melakukan kerja tersebut secara separuh masa dan bergantung kepada permintaan bagi menambah duit poket dipercayai sejak enam bulan lalu.


Suspek antara lima individu berusia 18 hingga 47 tahun yang diberkas pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) daerah menerusi empat siri serbuan di kawasan Bandar Puchong Jaya dan di kawasan Taman Bukit Serdang pada 6 Mac lalu.




Gambar hiasan





Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A Anbalagan berkata, bertindak atas maklumat pengedaran dadah, pihak BSJN melakukan serbuan antara pukul 12.30 tengah malam hingga 4 pagi dan berjaya memberkas lima suspek.


“Dua suspek termasuk jurutera diberkas menerusi dua serbuan berasingan di dua buah kondominium di kawasan Bandar Puchong Jaya dan merampas dadah disyaki serbuk ekstasi, pil erimin 5, pil ekstasi dan syabu.


“Susulan penahanan suspek, pihak polis melakukan serbuan ketiga di sebuah premis di kawasan Pusat Perdagangan Seri Kembangan yang dijadikan stor penyimpanan dan merampas 230 botol minuman pelbagai perisa serta jenama terkenal disyaki bercampur serbuk ekstasi (90 liter), 266 paket plastik berisi serbuk ekstasi (6.6 kg) dan 911 pil ekstasi (372.4 gram).


“Sekali lagi serbuan dilakukan di sebuah premis di lokasi yang sama yang turut dijadikan stor penyimpanan dadah dan berjaya merampas sebanyak 286 botol minuman pelbagai jenama bercampur ekstasi lebih kurang (112 liter), 319 paket plastik disyaki mengandungi serbuk ekstasi dan lain-lain,” ujarnya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, dekat sini hari ini.


Menurutnya, keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM380,000 selain turut menyita kereta jenis Hyundai Elantra dan Toyota Vios.


“Hasil siasatan mendapati, setiap botol kecil minuman yang dicampur ekstasi itu dijual mencecah RM150 sebotol manakala bersaiz besar pula RM300.




Anbalagan (dua kiri) bersama botol minuman yang berisi serbuk ekstasi dan dadah lain yang diangggarkan bernilai RM380,000 pada sidang akhbar di IPD Serdang, Serdang hari ini. - FOTO AFIQ RAZALI




“Sindiket menyasarkan pelanggan di pusat-pusat hiburan dan juga mereka yang mahu melakukan parti liar,” ujarnya.


Katanya, hasil saringan air kencing mendapati salah seorang suspek positif dadah jenis syabu dan kesemua suspek direman selama enam hari sehingga hari ini.




Sumber: KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.189585 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list