Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Datuk Adam Ilyas menegaskan tidak ada sebarang isu hutang di antara stesen TV itu dengan bekas pengacara program Mic On Musim Kedua (Mic On 2), Azwan Ali seperti yang didakwa Azwan sebelum ini.
Adam berkata, baki bayaran untuk Azwan selaku pengacara sudah dilunaskan pada hari sama namanya digugurkan.
 Kredit foto: Harian Metro
" ihak Awesome TV memandang serius akan pertuduhan itu kerana pembayaran penuh untuk 10 minggu sudah pun dibuat pada hari yang sama dia digugurkan iaitu pada 8 Mac lalu walaupun dia cuma melunaskan komitmen sebagai hos untuk tempoh enam minggu saja.
"Surat pemberitahuan rasmi mengenai penamatan khidmat beliau juga sudah dikeluarkan pada hari yang sama," katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, isu itu sudah selesai dan tidak perlu dipanjangkan.
"Isu bayaran untuk program Mic On 2 sudah selesai dan tidak mahu memanjangkan lagi hal ini.
"Fokus utama kami sekarang adalah untuk menghabiskan program Mic On 2 yang masih berbaki empat minggu lagi," katanya.
Ditanya mengenai pengacara yang bakal menggantikan Azwan dan bergandingan dengan Issey Fazlisham, Adam berkata, pihaknya akan mengumumkan mengenai perkara itu dalam masa terdekat.
 Kredit foto: Kosmo
"Dalam pada itu, pihak produksi juga turut merancang membawa masuk khidmat pengacara jemputan untuk digandingkan bersama pengacara sedia ada, Issey bagi memeriahkan lagi konsert mingguan Mic On 2.
"Nantikan pengumuman rasmi dalam jangka masa terdekat ini," katanya.
Mic On 2 bersiaran pada setiap Jumaat jam 9 malam menerusi saluran Awesome TV di platform Astro 123 dan MyTV 112.
SumberL Harian Metro |