View: 840|Reply: 11
|
Turki Berbaik Dengan Israel Demi Keamanan Sejagat
[Copy link]
|
|
Hubungan Israel dan Turki seperti biduk lalu kiambang bertaut selepas Presiden Israel, Isaac Herzog melakukan lawatan rasmi ke Ankara dan Istanbul, kelmarin bagi memenuhi undangan Presiden Recep Tayyip Erdogan.
Selepas 14 tahun hubungan kedua-dua negara retak, kunjungan selama dua hari sehingga semalam menandakan babak baharu antara Ankara dan Tel Aviv.
Kali terakhir Pejabat Tinggi Israel melakukan lawatan ke negara itu adalah pada 2008.
 Kerdit foto: Reuters
Recep Tayyip berkata, kunjungan Herzog menandakan era baharu hubungan bilateral kerana Israel merupakan prospek pengeksport gas ke Eropah melalui Turki.
Katanya, tindakan segera itu diambil susulan kebimbangan bekalan gas terjejas berikutan pencerobohan Rusia di Ukraine, lapor AFP.
Lawatan bersejarah itu bakal menjadi titik perubahan dalam hubungan dua hala Turki dan Israel.
Recep Tayyip menyifatkan hubungan dengan Israel adalah sangat penting ‘demi keamanan sejagat’.
“Matlamat bersama kami adalah menghidupkan semula dialog berdasarkan rasa hormat.
“Beban masa lalu tidak pernah hilang dengan sendiri, tetapi kami memilih memulakan perjalanan dengan amanah dan hormat.
“Kita mesti bersetuju terlebih dahulu dan kita tidak akan bersetuju dalam segala-galanya,” jelasnya.
Kedua-dua pemimpin itu mengadakan perbincangan dua hala dan sebelum menyertai majlis makan malam negara.
Selain itu, Recep Tayyip juga tidak melupakan isu melibatkan Palestin dan menyatakan minat untuk mengetahui ‘peningkatan status sosial dan politik rakyat Palestin’.
Dalam pada itu, Hamas mengecam Turki kerana mengalu-alukan ‘Presiden Zionis yang melakukan penjajahan’.
Menurut sumber yang terlibat dalam rundingan dua hala itu, Recep Tayyip turut menjelaskan kehadiran pemimpin Hamas di Turki yang menjadi rungutan Israel sejak sekian lama.
Herzog pula dijadualkan mengadakan pertemuan dengan komuniti Yahudi di Istanbul sebelum bergerak pulang ke Israel.
Sementara itu, Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu berkata, beliau akan mengunjungi Israel bulan depan bagi membincangkan pelantikan semula duta negara dengan rakan sejawatannya, Yair Lapid.
Konflik antara kedua-dua negara bertambah buruk pada 2010, apabila sepuluh warga Turki maut semasa serangan Israel di Kapal Mavi Marmara.
Kapal tersebut cuba menembus sekatan Israel yang mengepung Semenanjung Gaza untuk membawa bantuan ke wilayah Palestin.
Pada 2016, Turki mengutuk keras kekejaman Zionis Israel yang membunuh lebih 200 rakyat Palestin.
Situasi tersebut menyebabkan protes besar-besaran di seluruh Turki.
Turki kemudian meminta duta besarnya di Israel kembali serta mengusir duta besar Israel di negara itu.
 Kerdit foto: Reuters
Sepanjang lebih sedekad bermasam muka, Israel dan Turki saling menuding jari berhubung konflik yang berlaku di Palestin.
Turki menuduh Israel melakukan penjajahan serta pembunuhan beramai-ramai terhadap umat Islam di Baitulmuqaddis dan Semenangjung Gaza.
Israel pula menuduh Turki menjadi pendukung kuat pejuang Hamas di Semenanjung Gaza untuk melancarkan roket ke Israel.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
aduh...Al-Quran cakap apa??? |
|
|
|
|
|
|
|
aduh...Al-Quran cakap apa??? |
|
|
|
|
|
|
|
ala berbaik pulak ke. jangan lah bagi muka baik jadi macam korut..kalau tak suka memang dia tak suka tak ada nak kawan2 |
|
|
|
|
|
|
|
sejak bila plak erdog bermusuhan dgn israel? 
gaduh2 manja je xde lah sampai usir duta  |
|
|
|
|
|
|
|
mmg ada direct flight dari Turkey ke Israel pun kannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
dah lama laaaaaaaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
aritu arab kuar statemnt sama cmni. apa nak jadiii |
|
|
|
|
|
|
|
Mavi marvarra tersenyum sinister |
|
|
|
|
|
|
|
Turki memang iktiraf Israel.
Hiccups dalam hubungan diplomatik bermusim. Even tak boleh resolve certain issues pun boleh KIV dan move on.
Malaysia ni walau separuh rakyat nak pun susah nak jadi.
|
|
|
|
|
|
|
|
jangan masuk campur rumahtangga orang, doakan yang baik-baik untuk negara israel dan turki, dari wajah mereka kita pun faham apa yang mereka rasa (memang x nak mengalah tetapi jika berlaku peperangan besar, esok2 pemerintah yang di soal oleh Allah/Tuhan terlebih dahulu, rasakan lah hukuman dengan nilai nyawa yang terkorban... anda boleh menjawab ke ???... biarlah meraka selesaikan |
|
|
|
|
|
|
| |
|