CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 456|Reply: 0

[Sabah] NGO Di Pedalaman Sabah Lapor Polis Kenyataan Facebook Hina KDMR

[Copy link]
Post time 10-3-2022 08:07 PM | Show all posts |Read mode


Ahli Persatuan Kebajikan Pedalaman Bersatu bergambar di luar IPD Keningau selepas membuat laporan polis kelmarin.

KOTA KINABALU: Sebuah badan bukan kerajaan di pedalaman Sabah membuat laporan polis terhadap seorang pengguna Facebook yang didakwa membuat kenyataan menghina kaum Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus (KDMR) baru-baru ini.

Laporan itu dibuatoleh Timbalan Presiden Persatuan Kebajikan Pedalaman Bersatu (PEDABRO), Freddy Jones P Anthony yang turut ditemani presidennya, Asman Rafie Hassan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau kelmarin.

Freddy mendakwa kenyataan berbaur hinaan dan turut mengandungi perkataan lucah itu dibuat oleh pengguna akaun Facebook Muhammad Zahid Al-Sulaiman dalam kumpulan Suara Anak Sabah S.A.S.

“Kami berasa tersinggung dengan kenyataan berbaur hinaan itu dan mahu pemilik Facebook berkenaan disiasat, ditangkap dan dihadapkan ke muka pengadilan.

“Hukuman undang-undang atau adat (Sogit) wajar dikenakan terhadap pemilik Facebook berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Satu lagi laporan polis berhubung isu sama turut dibuat penduduk Keningau, Jude R Sedomon di balai polis sama kelmarin.

Katanya, kenyataan dibuat individu tidak bertanggungjawab itu mengguris hati rakyat Sabah, khususnya kaum KDMR.

“Sabah terkenal dengan keharmonian kaumnya dan kenyataan dalam Facebook itu sama sekali tidak boleh diterima.

“Saya berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan sewajarnya dan mencari individu yang bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman itu.” – FMT


sabahpost.net/2022/03/10

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.052714 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list