CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 318|Reply: 0

[Sabah] Cubaan seludup keluar barang kawalan gagal, juragan ditahan

[Copy link]
Post time 10-3-2022 07:59 PM | Show all posts |Read mode


SELUDUP: Juragan dan barang rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk tindakan lanjut.

SANDAKAN: Pasukan Polis Marin (PPM) menahan seorang lelaki dipercayai cuba menyeludup keluar barang kawalan ke negara jiran di kawasan laut Pulau Pemaguan, di sini semalam.

Pegawai Pemerintah PPM Wilayah 4 Sandakan Sabah, Deputi Superintendan Rusdin Banin berkata pasukannya mengesan pergerakan sebuah kapal jongkong dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, anggota PPM bertindak memintas dan menahan kapal berkenaan yang juragani seorang lelaki tempatan sebelum sampai ke sempadan negara.

“Hasil pemeriksaan berjaya menemukan pelbagai barang kawalan termasuklah minyak diesel, minyak petrol, minyak masak dan tong gas LPG.

“Lelaki berkenaan juga gagal menunjukkan dokumen kebenaran daripada pihak berkuasa untuk membawa keluar barang kawalan tersebut,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, suspek dan kesemua barang rampasan tersebut dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk tindakan selanjutnya.

“Nilai rampasan termasuk kapal tersebut dianggarkan bernilai RM28,177 dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Rusdin berkata, PPM berharap masyarakat persisir pantai dapat menyalurkan sebarang maklumat sekiranya mendapati aktiviti yang melanggar undang-undang di sekitar mereka.

“Maklumat boleh disalurkan melalui aplikasi whatsApp PPM wilayah 4 Sabah di talian 0139391197 atau berhubung terus dengan mana-mana balai berdekatan,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/03/10

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.483248 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list