CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 388|Reply: 1

[Sabah] Nelayan maut diserang buaya

[Copy link]
Post time 10-3-2022 07:57 PM | Show all posts |Read mode


ZAIROLNIZAL

KOTA MARUDU: Seorang lelaki maut selepas dipercayai dibaham buaya semasa berada di kawasan perairan Kampung Pagasan Pitas di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu Superintendan Zairolnizal Ishak berkata mangsa dikenalpasti sebagai Serata berumur 40-an berketurunan Palauh yang bekerja sebagai nelayan.

“Hasil siasatan mendapati ketika kejadian mangsa bersama dua lagi rakannya turun ke laut untuk mengutip siput di lokasi kejadian kira-kira jam 11 pagi Selasa lalu.

“Mangsa kemudiannya diserang seekor buaya secara tiba-tiba dan mengalami kecederaan parah di bahagian rusuk sebelah kanan,” katanya semasa dihubungi semalam.

Menurutnya rakan-rakan mangsa kemudiannya berjaya membawa mangsa naik ke jeti Kampung Mapan-Mapan sebaik reptilia terbabit tidak lagi kelihatan.

“Dakwaan rakan-rakan mangsa disahkan oleh ketua kampung Mapan-Mapan yang turut berada di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa sudah sudah dibawa ke Pulau Sibogoh Kudat oleh ahli keluarga sebelum kehadiran pasukan siasatan di lokasi,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata hasil siasatan di lokasi tidak menemukan sebarang unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kejadian dan punca kematian dipercayai disebabkan oleh kecederaan parah kerana gigitan buaya ataupun lemas.

“Mayat mangsa akan diambil dari Pulau Sibogoh Kudat untuk dihantar ke Hospital Pitas bagi proses bedah siasat bagi mengenalpasti punca kematian sebenar mangsa,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/03/10

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2022 08:07 PM | Show all posts
kesian.......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.511411 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list