CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 430|Reply: 0

[Sabah] 50 bagang haram diberikan notis perobohan

[Copy link]
Post time 10-3-2022 07:54 PM | Show all posts |Read mode


PERIKSA: Pasukan operasi menjalankan pemeriksaan ke atas struktur bangang haram, di sini.

TAWAU: Kira-kira 50 struktur bagang haram diberikan notis perobohan menerusi Operasi Bersepadu Khas di kawasan perairan Inderasabah dan Kalumpang, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, seramai 14 anggota daripada Zon Maritim Tawau dan Jabatan Perikanan Sabah Tawau menjalankan operasi di lokasi tersebut.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Siva Kumar a/l Vengadasalam berkata, semua bagang yang dikenakan notis itu diberikan masa sebulan untuk merobohkan struktur tersebut.

Katanya, bangang haram yang dikenal pasti itu telah melakukan kesalahan kerana beroperasi tanpa lesen dan binaan yang berada di luar had kawasan dibenarkan.

“Operasi khas ini bertujuan mengesan kewujudan bagang yang didirikan secara haram dan di luar kawasan zon dibenarkan seperti termaktub dalam syarat sah lesen daripada Jabatan Perikanan.

“Selain itu, ia juga memberi peringatan kepada perusahaan hasil laut termasuk pengusaha bagang untuk sentiasa mematuhi peraturan dan syarat sah lesen yang dikeluarkan,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, operasi ini juga adalah arahan Mesyuarat Ops Gasak Laut untuk mengambil tindakan mengeluarkan notis perobohan kepada pengusaha bagang yang tidak mematuhi syarat ditetapkan.

“Pembinaan struktur bagang di kawasan laut juga perlu diberi perhatian dan kawalan kerana berkemungkinan dijadikan persinggahan penjenayah seperti rompakan dan penyeludupan.

“Pemantauan dari semasa ke semasa sangat penting bagi memastikan keselamatan perairan negara terus dipelihara,” katanya.

Siva berkata, Maritim Malaysia menyambut baik usaha sama yang dijalankan bagi melaksanakan operasi bersepadu antara agensi-agensi setempat.

“Kerjasama baik antara agensi-agensi lain akan diperkukuhkan bagi memastikan penguatkuasaan undang-undang di kawasan perairan negara terus diperkasa.

“Salurkan sebarang salah laku jenayah yang berlaku di sekitar perairan Tawau ke talian Pusat Operasi Zon Maritim Tawau 089-752116 dan talian kecemasan 999,” katanya.

Turut menyertai operasi tersebut ialah Ketua Pangkalan Utama Cawangan Tawau, Jabatan Perikanan Sabah, Laester.


utusanborneo.com.my/2022/03/10

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:23 PM GMT+8 , Processed in 0.799377 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list