CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 344|Reply: 0

[Sabah] PKK Tawau mampu tangani kemasukan rakyat asing

[Copy link]
Post time 10-3-2022 07:50 PM | Show all posts |Read mode


G. NAVINDRAN

TAWAU: Pejabat Kesihatan Kawasan (PPK) Tawau tidak menghadapi masalah menangani kemasukan rakyat asing ke daerah ini sebaik sahaja pintu sempadan dibuka pada 1 April Depan.

Pegawai Kesihatan Kawasan Tawau Dr G Navindran berkata pihaknya sudah berpengalaman mengendalikan keluar masuk rakyat asing sebelum ini.

Katanya, PKK Tawau sudah melawat Pelabuhan Internasional, Lapangan Terbang Tawau (LTT) serta Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) sebagai persediaan pembukaan sempadan.

“Kita menjangkakan Terminal Feri Tawau akan menerima kemasukan rakyat asing terutamanya dari Tarakan dan Nunukan, Indonesia sehingga 600 orang sehari.

“Bagimanapun, semua prosedur operasi standard (SOP) sudah digariskan untuk dipatuhi oleh rakyat asing yang mahu masuk ke daerah ini,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini hari ini.

Katanya, semua rakyat asing atau warganegara Malaysia daripada luar negara yang mahu masuk ke Tawau perlu lengkap vaksinasi dan menjalani ujian saringan COVID-19 terlebih dahulu.

“Sekiranya negatif barulah dibenarkan masuk, namun jika positif mereka perlu menjalani kuarantin di Hotel yang ditetapkan dengan pembiayaan sendiri.

“Kita juga akan bekerjasama dengan pengusaha bot supaya semua penumpang mereka perlu mematuhi SOP yang digariskan sebelum masuk ke Tawau,”katanya.

Dalam pada itu, Navindran menggesa penduduk Tawau supaya segera mengambil dos penggalak sebelum pembukaan sempadan negara.

Katanya, setakat ini sambutan dos penggalak masih kurang memberangsangkan, walaupun pelbagai usaha sudah dibuat termasuklah membuka Pusat Pemberian Vaksin (PPV) setiap hari.

“PKK Tawau sudah membuka PPV di Dewan Gelanggang Bola Keranjang Kampung Jawa dan Klinik Kesihatan Kubota setiap hari.

“Orang ramai diminta jangan berlengah dan boleh terus datang mendapatkan suntikan itu walaupun tanpa temujanji,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/03/10

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.050251 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list