CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 325|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 10/03/2022

[Copy link]
Post time 10-3-2022 07:33 PM | Show all posts |Read mode


COVID-19 : Kes Jangkitan Kembali Menurun
KOTA KINABALU : Kes jangkitan COVID-19 di Sabah kembali mencatat penurunan dengan 1,154 kes baharu dilaporkan pada hari ini iaitu 198 kes lebih rendah berbanding jumlah semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, namun peratusan kes bergejala yang berpunca daripada jangkitan sporadik kekal tinggi pada 60.40 peratus daripada jumlah kes keseluruhan.
Katanya, kes bergejala secara konsisten merupakan kategori kes  terbanyak di kebanyakan daerah di Sabah.

“Hari ini sebanyak 21 daripada 27 daerah merekodkan kes bergejala atau jangkitan sporadik sebagai penyumbang utama kes-kes baharu.

“Hanya dua daerah mencatatkan kes tiga angka hari ini, iaitu Kota Kinabalu (265 kes) dan Papar (109 kes).

“Sebanyak 19 daerah lagi mencatatkan kes dua angka, empat daerah iaitu Nabawan, Kunak, Tongod dan Kalabakan mencatat satu angka dan daerah Semporna menjadi daerah tunggal yang tidak mencatatkan sebarang kes baharu,”katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Katanya, sebanyak 1,138 atau 98.61 peratus daripada 1,352 kes-kes baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, tujuh kes dalam Kategori 3, lima kes dalam Kategori 4 dan empat kes dalam Kategori 5.

Dalam pada itu, Masidi berkata, satu kluster tempat kerja iaitu Kluster Persiaran Palma diisytiharkan tamat hari ini. Kluster ini melibatkan lokaliti Tuaran, Papar dan Penampang.

Katanya, sebanyak 30 kluster lagi masih aktif di Sabah.


sabahmedia.com/2022/03/10

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:57 AM GMT+8 , Processed in 0.435254 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list