CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: farhana008

COVID INFO & DATA WAREHOUSE VOLUME 42

  [Copy link]
Post time 16-3-2022 05:51 AM | Show all posts
Edited by seribulan at 16-3-2022 06:02 PM
BlackOpium replied at 15-3-2022 07:14 PM
Alhamdulillah. Semoga sentiasa dilindungi olehNya.

ameen...
Kes terkini...




SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
16 MAC 2022
PENGGUNAAN KAPASITI KATIL COVID-19 DI HOSPITAL DAN PUSAT KUARANTIN DAN RAWATAN COVID-19 BERISIKO RENDAH (PKRC)
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 15 Mac 2022, penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19:
  • Katil Kes Kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU): Tujuh (7) negeri iaitu WP Kuala Lumpur (81%), WP Putrajaya (67%), Johor (64%), Selangor (60%), Kelantan (58%), Perlis (55%), dan Melaka (50%) menunjukkan peratusan pengisian 50% (Jadual 1);
  • Katil Bukan ICU: 12 negeri  iaitu WP Putrajaya (104%), WP Kuala Lumpur (90%), Terengganu (87%), Perak (83%), Selangor (79%), Melaka (77%), Perlis (76%), Sarawak (72%), Kelantan (67%), Johor (57%), Pahang (52%) , dan Pulau Pinang (50%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1);
  • Katil PKRC: : Tiada negeri yang menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1);
  • Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) meningkat kepada 222 pesakit dengan peratusan penggunaan ventilator25%.


Terdapat perbezaan antara Jadual 1 dan Jadual 2  di mana data kapasiti dan penggunaan di Jadual 2 adalah juga termasuk untuk kes COVID-19 dan kes bukan COVID-19.

KKM ingin menjelaskan bahawa terdapat perbezaan di antara data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital (Jadual 3) berbanding kes COVID-19 kategori 1 hingga 5 yang baharu didiagnosa pada setiap hari. Ini memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti COVID-19.
Pada masa yang sama, terdapat juga kes-kes COVID-19 berisiko tinggi dari kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan ke PKRC dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga.
Pada 15 Mac 2022, sebanyak 1,782 kes COVID-19 dimasukkan ke hospital dengan kategori berikut (Rajah 1):
  • 706 kes (39.6 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 1076 kes (60.4 peratus) adalah kategori 1 dan 2.

Selain itu, KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 15 Mac 2022:
  • Kes sembuh: 31,234 kes [3,533,994 kes kumulatif (91.3%)];
  • Kes baharu: 26,534 kes (3,872,135 kes kumulatif);
  • Kes import: 691 kes [653 warganegara (94.5%); 38 bukan warganegara (5.5%)];
  • Kes tempatan: 25,843 kes [25,006 warganegara (96.8%); 837 bukan warganegara (3.2%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 376 kes (152 kes disahkan COVID-19; 224 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 222 kes (90 kes disahkan COVID-19; 132 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).
PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19
Daripada 26,534 kes harian yang dilaporkan pada 15 Mac 2022:
  • Kategori 1: 10,516 kes (39.63%);
  • Kategori 2: 15,842 kes (59.71%);
  • Kategori 3: 65 kes (0.24%);
  • Kategori 4: 65 kes (0.24%); dan
  • Kategori 5: 46 kes (0.18%).
Daripada 176 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 15 Mac 2022:
  • 45 kes (25.57%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
  • 91 kes (51.70%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
  • 40 kes (22.73%) telah menerima dos penggalak (booster);
  • 95 kes (53.98%) berumur 60 tahun dan ke atas dan;
  • 61 kes (34.66%) mempunyai komorbid.
KLUSTER COVID-19
  • Jumlah kluster: 6,887 kluster;
  • Jumlah kluster baharu: 4 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat: 6,521 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif: 366 kluster.
NILAI RT
Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 4. Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
Jadual 4: Nilai RT mengikut negeri berdasarkan kes yang dilaporkan pada 15 Mac 2022
NEGERINILAI R[size=12.375px]T
Sarawak1.19
WP Kuala Lumpur1.12
Terengganu1.10
Negeri Sembilan1.04
WP Putrajaya1.04
Perak1.03
Pulau Pinang1.02
Melaka1.02
Johor1.02
Selangor1.01
Pahang1.00
Kedah1.00
Kelantan0.97
Perlis0.92
WP Labuan0.81
Sabah0.70
MALAYSIA0.95
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn); Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
  • Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala;
  • Jalani segera ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
  • Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke COVID-19 Assessment Centre (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
  • Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline)   untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
  • Individu yang positif COVID-19 Kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
  • Tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang telah lengkap vaksinasi termasuk yang telah mendapat dos penggalak (booster) adalah tujuh (7) hari, manakala tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi adalah selama 10 hari. Tempoh isolasi terkini tidak mengambil kira sama ada bergejala atau tidak bergejala.
Individu yang belum menerima vaksin dan tidak pernah dijangkiti COVID-19 adalah kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. KKM menasihatkan individu ini agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri dan orang tersayang.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
16 Mac 2022 @ 10.00 pagi
Lampiran 1
Jadual 5: Perbandingan gejala COVID-19 Kategori 2A (ringan) dan 2B (sederhana)
Kategori 2AKategori 2B
Sakit tekak atau selesema tanpa demam atau sesak nafasDemam berpanjangan [dua (2) hari dan lebih] atau demam semula selepas sembuh
Batuk tanpa demam atau sesak nafasKesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti (exertional dyspnoea)
Hilang deria rasa tetapi masih mempunyai selera makanSakit dada
Hilang deria bauTidak boleh makan atau minum
Cirit-birit dua (2) kali atau kurang dalam masa 24 jam tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Kelesuan bertambah teruk terutamanya semasa melakukan aktiviti harian atau semasa baru bangun daripada tidur
Loya dan muntah tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Memerlukan bantuan untuk berjalan
Kelesuan tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianGejala seperti batuk, loya, muntah atau cirit-birit semakin teruk atau berterusan
Sakit otot tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianPerubahan status mental seperti kekeliruan / kurang tahap sedar
     Kurang pengeluaran air kencing dalam masa 24 jam


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2022 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 16-3-2022 05:51 AM
ameen...
Kes terkini...

Dah turun sikit. Pusat kuarantin dekat Maeps tu masih ada kan?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2022 07:50 AM | Show all posts
BlackOpium replied at 16-3-2022 06:23 AM
Dah turun sikit. Pusat kuarantin dekat Maeps tu masih ada kan?

Banyak kes...buka lah

Sarap pe tu? Ni buat omelette perabih stok telur...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2022 04:25 PM | Show all posts
BlackOpium replied at 15-3-2022 12:10 PM
Iols pun buat masa ni berpantang dulu makanan yang pedas-pedas. Semalam try makan, terus tekak ras ...

iols pantang makanan manis buat sementara waktu. nanti cheatday 1 hari nak lepaskan geram makan makanan yg iols teringin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2022 04:27 PM | Show all posts
seribulan replied at 15-3-2022 12:46 PM
Kelmarin kes guard sekolah Cheras membunuh lps perkosa penyelia kedai buku sekolah

buakn setakat bunuh, tapi siap dibakar lagi. set*n betul
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2022 04:32 PM | Show all posts
dellashrill replied at 15-3-2022 05:44 PM
amin.. amin. semoga hajat farhana dimakbulkan Allah S.W.T

ameen dan terima kasih. semoga Allah murahkan rezeki della sekeluarga
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2022 06:07 PM | Show all posts
farhana008 replied at 16-3-2022 03:27 PM
buakn setakat bunuh, tapi siap dibakar lagi. set*n betul

Tahu x pe...sekolah pun x selamat
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2022 06:08 PM | Show all posts
BlackOpium replied at 16-3-2022 06:23 AM
Dah turun sikit. Pusat kuarantin dekat Maeps tu masih ada kan?

Ahad lepas ada jemputan kolig...mujo x pegi...dia positif Covid...duh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2022 06:29 PM | Show all posts
dellashrill replied at 14-3-2022 12:48 PM
amin dan terima kasih mendoakan saya.

Td bual dgn bff...cadang pi umrah posa raya tahun dpn lak...uj7ng tahun ni kami pi Europe dulu
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2022 08:13 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2022 08:14 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2022 08:31 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2022 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 16-3-2022 06:08 PM
Ahad lepas ada jemputan kolig...mujo x pegi...dia positif Covid...duh

Tu la. Iols pun dapat banyak jemputan kahwin. Bila dah berkumpul tu takdanya memasing nak ikut SOP sangat. Risau kadang.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2022 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 16-3-2022 06:29 PM
Td bual dgn bff...cadang pi umrah posa raya tahun dpn lak...uj7ng tahun ni kami pi Europe dulu
...

Bestnya kaka! Iols hold dulu plan nak holiday. Mood belum ada sangat
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2022 02:02 AM | Show all posts
seribulan replied at 16-3-2022 06:29 PM
Td bual dgn bff...cadang pi umrah posa raya tahun dpn lak...uj7ng tahun ni kami pi Europe dulu
...

tahniah.

alhamdulillah, preparation semua dah settle just tinggal tiket flight je nak booking hari ni.

ya Allah, excited sangat sebab projek kali ni kami gelar misi mengejar malam
lailatulqadar gitu.

for this trip, kami just stay di Madinah.

saya pun berangan tahun depan nak pegi lagi tapi misi mengejar lailatulqadar di Makkah pula.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2022 07:32 AM | Show all posts
BlackOpium replied at 16-3-2022 08:46 PM
Tu la. Iols pun dapat banyak jemputan kahwin. Bila dah berkumpul tu takdanya memasing nak ikut SOP ...

Kematian 3 digit



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2022 07:35 AM | Show all posts
BlackOpium replied at 16-3-2022 08:48 PM
Bestnya kaka! Iols hold dulu plan nak holiday. Mood belum ada sangat

Bff nak pi...ikut je...dia pun baru balik Turki minggu lepas...salu dia arrange semua...kita bayar & bawa badan...moga dilindungiNya...
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2022 07:36 AM | Show all posts
dellashrill replied at 17-3-2022 01:02 AM
tahniah.

alhamdulillah, preparation semua dah settle just tinggal tiket flight je nak booking har ...

semoga dipermudahkanNya...
Moh jumpa di Makkah nanti thn dpn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2022 10:20 AM | Show all posts
seribulan replied at 16-3-2022 06:07 PM
Tahu x pe...sekolah pun x selamat

semoga pelaku mendapat hukuman yang setimpal
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2022 10:24 AM | Show all posts
BlackOpium replied at 16-3-2022 09:46 PM
Tu la. Iols pun dapat banyak jemputan kahwin. Bila dah berkumpul tu takdanya memasing nak ikut SOP ...

bila dah berjumpa saudara mara yg lama tak jumpa, ada yang alpa dengan sop. dah lama tak jumpa siap ada berpeluk sakan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:42 PM GMT+8 , Processed in 5.305485 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list