CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: farhana008

COVID INFO & DATA WAREHOUSE VOLUME 42

  [Copy link]
 Author| Post time 12-3-2022 04:17 PM | Show all posts
seribulan replied at 12-3-2022 03:27 PM
Fwd-

KFC tak pernah kata ayam goreng McDonald's tak sedap.

setuju sangat . tak perlu berkata buruk untuk menampakkan diri lebih baik .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-3-2022 04:18 PM | Show all posts
dellashrill replied at 11-3-2022 03:43 AM
since tahun ni tak berkesempatan nak buat Haji lagi dan tak pasti bila dapat turn, tiba-tiba teringi ...

Semoga hajat uols dipermudahkan. Ameen.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2022 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 12-3-2022 03:17 PM
setuju sangat . tak perlu berkata buruk untuk menampakkan diri lebih baik .

Tahu xpe ngundi tak
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2022 05:07 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 12-3-2022 04:10 PM

Johor Bahru: Keputusan awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dijangka diumumkan bermula 8 malam, manakala keputusan penuh dijangka diumumkan selepas 10 malam.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2022 05:09 PM | Show all posts
Johor Bahru: Seramai 2.597 juta pengundi layak mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac 2022


Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh, berkata, ia membabitkan 2.57 juta pengundi biasa, 10,955 anggota tentera dan pasangan serta 11,576 anggota polis dan pasangan serta 376 pengundi tidak hadir (PTH) Luar Negara.


https://youtu.be/Gu23ky-5k8g


Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2022 05:38 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2022 06:20 PM | Show all posts
farhana008 replied at 12-3-2022 03:18 PM
Semoga hajat uols dipermudahkan. Ameen.

Moh sedia nengok keputusan PRN...

ngeri baca 2 kes bunuh- Tang Mo aktres lakorn & guard kat Puchong...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2022 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by seribulan at 12-3-2022 07:55 PM

See this Instagram photo by @: https://www.instagram.com/p/CbAKpykhTFN/?utm_source=ig_web_button_share_sheet


LANGSUNG keputusan PRN Johor


March 12, 2022 @ 6:54pm





JOHOR BAHRU: Proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tamat pada jam 6 petang tadi dan ketika ini, proses kiraan kertas undi sedang berjalan di semua 4,638 pusat pengiraan, syang akan dibawa ke 56 pusat penjumlahan.
Keputusan rasmi kemudian akan disahkan dan diumumkan, malam ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor (PERSADA), dekat sini.


Berita Harian (BH) membawa laporan langsung keputusan PRN Johor daripada petugas kami, Junita Mat Rasid, Mohamed Farid Noh, Suzalina Halid, Luqman Arif Abdul Karim, Mahaizura Abd Malik, Mary Victoria Dass, Omar Ahmad, Mohamad Fadh Rahmat, Essa Abu Yamin, Ahmad Ismail dan Togi Marzuki serta jurugambar, Hairul Anuar Rahim, Shahril Badli Saali dan Nur Aisyah Mazalan.


8.46 malam: Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal dari PN mendahului di DUN Bukit Kepong dengan 8,263 undi diikuti BN 7,348 dengan majoriti 915 membabitkan 63 daripada 79 saluran
8.44 malam: TIDAK RASMI: BN hampir pasti menang di DUN Benut apabila Datuk Seri Hasni Mohammad mendahului dengan 10,508 undi dengan majoriti 5,680 membabitkan 52 daripada 54 saluran
8.40 malam: TAK RASMI - Calon BN di DUN Kukup menang dengan 8,163 undi. Semua 64 saluran sudah dikira.
8:36 malam: TIDAK RASMI: BN mendahului di Bukit Pasir dengan 2,624 undi diikuti rapat PN, 2,397 undi membabitkan 28 dairpada 62 saluran
8.34 malam: TIDAK RASMI: BN mendahului di Bukit Naning dengan 3,227 undi dengan majoriti 896 membabitkan 27 daripada 44 saluran
8.33 malam: TIDAK RASMI: Datuk Seri Salahuddin Ayub dari PH mendahului di Simpang Jeram dengan 3,825 undi diikuti rapat oleh PN dengan 2,448 undi dan BN 2,221 undi membabitkan 28 daripada 69 saluran
8.32 malam: TIDAK RASMI: Pakatan Harapan mendahului di DUN Serom dengan 1,677 undi diikuti BN 1,247 dengan majoriti 430 memabbitkan 14 daripada 74 saluran
8.31 malam: TIDAK RASMI Pakatan Harapan (PH) mendahului di DUN Tangkak dengan 4,893 undi diikuti rapat oleh BN dengan 4,185 dengan majoriti 708 membabitkan kiraan di 36 saluran daripada 63 saluran
8.28 malam: TIDAK RASMI: BN mendahului di DUN Tenang dengan 3,029 undi di 33 daripada 49 saluran dengan majoriti 182
8.24 malam: TIDAK RASMI: BN mendahului di DUN Pulai Sebatang dengan 2,817 undi membabitkan 22 daripada 84 saluran dengan majoriti 1,100
8.22 malam: TIDAK RASMIH mendahului di DUN N.04 Kemelah dengan 179, undi
8.21 malam: TIDAK RASMI: BN mendahului di DUN Benut dengan 8,778 undi
8.20 malam: TIDAK RASMI: BN mendahului di DUN Gambir dengan 2,564 undi dengan majoriti 1,161 membabitkan 17 saluran daripada 55.
8.20 malam: TIDAK RASMI:Barisan Nasional (BN) mendahului tipis di DUN Bukit Batu dengan 5,513 undi
8.18 malam: TIDAK RASMI - Bn mendahului di kerusi DUN Bukit Permai dengan majoriti 2,906 undi selepas 46 daripada 69 saluran dikira.
8.17 malam: TAK RASMI - Calon BN di DUN Kukup mendahului dengan 10,333 undi. Sebanyak 63 daripada 69 saluran sudah dikira.
8.15 malam: TAK RASMI - Menteri Besar Johor yang juga calon BN di DUN Benut, Datuk Hasni Mohammad mendahului dengan 8,778 undi. Sebanyak 43 daripada 54 saluran sudah dikira.
8.12 malam: TAK RASMI - BN dahului 43 daripada keseluruhan 56 kerusi DUN.
8.11 malam: TAK RASMI - BN mendahului di DUN Kempas denhan 2,791 undi. Sebanyak 26 daripada 108 salurab sudah dikira.
8.11 malam: TIDAK RASMI - PH mendahului di DUN Skudai dengan majoriti 4,563 undi. Sebanyak 62 daripada 185 saluran sudah dikira.
8.10 malam: TAK RASMI - PH mendahului di kerusi DUN Skudai dengan majoriti 4,563 undi selepas 61 daripada 185 saluran dikira.
8.09 malam: TAK RASMI - Calon PH di DUN Johor Jaya mendahului dengan 15,452 undi.
8.07 malam: TIDAK RASMI - BN mendahului dengan majoriti 1,637 undi di DUN Tiram. Sebanyak 47 daripada 175 saluran sudah dikira. Kerusi Tiram pada PRU-14 dimenangi oleh KEADILAN.
8.05 malam: TAK RASMI - Calon PH du DUN Bentayan mendahului dengan 7,713 undi.
8.05 malam: TAK RASMI - PH mendahului di kerusi DUN Johor Jaya dengan majoriti 3,559 undi selepas 92 daripada 155 saluran dikira.
8.04 malam: TAK RASMI - BN mendahului di kerusi DUN Tiram dengan majoriti 1,630 undi selepas 45 daripada 175 saluran dikira.
8.03 malam: TAK RASMI - Calon PH di DUN Senai mendahului dengan 8,866 undi.
8.03 malam: TIDAK RASMI - BN mendahului dengan majoriti tipis 705 undi di DUN Puteri Wangsa. Sebanyak 60 daripada 184 saluran sudah dikira.
8.02 malam: TIDAK RASMI - BN mendahului dengan majoriti 1,652 di DUN Pasir Raja. Sebanyak 20 daripada 53 saluran sudah dikira.
7.59 malam: TAK RASMI - BN dahului 3,327 undi di kerusi DUN Kahang selepas 29 daripada 53 saluran selesai dikira.
7.58 malam: TAK RASMI - Calon PH di DUN Johor Jaya mendahului dengan 14,231 undi.
7.57 malam: TAK RASMI - BN dahului 1,158 undi di kerusi DUN Paloh selepas 18 daripada 57 saluran selesai dikira.
7.56 malam: TAK RASMI - Calon PH di DUN Penggaram mendahului dengan 12,566 undi.
7.55 malam: TAK RASMI - BN mendahului di kerusi DUN Layang-Layang dengan majoriti 426 undi selepas 11 daripada 50 saluran dikira.
7.50 malam: TAK RASMI - Calon PH di DUN Penggaram mendahului dengan 11,057 undi.
7.50 malam: TAK RASMI - BN mendahului di kerusi DUN Larkin dengan 2,283 undi selepas 26 daripada 139 saluran dikira.
7.47 malam: TAK RASMI - Calon PH di DUN Penggaram mendahului dengan 10,481 undi.
7.46 malam: TAK RASMI - Calon PH di DUN Senai mendahului dengan 5,825 undi.
7.45 malam: TAK RASMI - Calon BN di DUN Bekok mendahului dengan 3,483 undi.
7.45 malam: TAK RASMI - BN dahului 1,342 undi di kerusi DUN Parit Raja selepas 24 daripada 69 saluran selesai dikira.
7.44 malam: TAK RASMI - Calon PH di DUN Pekan Nanas mendahului dengan 5,201 undi.
7.43 malam: TAK RASMI - Calon BN di Yong Peng mendahului dengan 6,612 undi.
7.41 malam: TAK RASMI - PH mendahului 592 undi di kerusi DUN Penggaran selepas sembilan daripada 123 saluran dikira.
7.41 malam: TAK RASMI - PH mendahului 728 undi di kerusi DUN Parit Yaani selepas 12 daripada 77 saluran dikira.
7.40 malam: TAK RASMI - BN dahului 1,102 undi di kerusi DUN Yong Peng selepas 14 daripada 63 saluran selesai dikira.
7.39 malam: TAK RASMI - Calon PH di DUN Perling mendahului dengan 11,358 undi
7.30 malam: TAK RASMI - PH dahului 1,548 undi di kerusi DUN Bentayan
7.25 malam:TAK RASMI - BN dahului penjumlahan undi di 40 kerusi DUN
6.30 petang: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi, dakwa BN dahului majoriti di 34 kerusi DUN Johor
6.48 petang: Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat persiapan akhir sebelum keputusan rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diumumkan Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor (Persada), di sini, malam ini.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2022 08:40 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 12-3-2022 07:41 PM
farhana008 replied at 12-3-2022 03:17 PM
setuju sangat . tak perlu berkata buruk untuk menampakkan diri lebih baik .

See this Instagram photo by @: https://www.instagram.com/p/CbAM ... _button_share_sheet

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2022 07:38 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2022 11:02 AM | Show all posts

tak balik mengundi sebab ada hal yang tak dapat dielakkan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2022 11:05 AM | Show all posts
seribulan replied at 12-3-2022 08:40 PM
See this Instagram photo by @: https://www.instagram.com/p/CbAM ... _button_share_sheet

agak dah parti biru tu menang besar.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2022 12:45 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 14-3-2022 12:13 AM



Kenyataan Akhbar KPK 13 Mac 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19)
[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON MARCH 13, 2022
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
13 MAC 2022
PENGGUNAAN KAPASITI KATIL COVID-19 DI HOSPITAL DAN PUSAT KUARANTIN DAN RAWATAN COVID-19 BERISIKO RENDAH (PKRC)
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 12 Mac 2022, penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19:
  • Katil Kes Kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU): Enam (6) negeri iaitu WP Putrajaya (167%), Kelantan (69%), Johor (68%), WP Kuala Lumpur (65%), Selangor (58%) dan Perak (53%) menunjukkan peratusan pengisian 50% (Jadual 1);
  • Katil Bukan ICU: 12 negeri iaitu Selangor (109%), WP Kuala Lumpur (95%), Perlis (91%), Perak (91%), Terengganu (91%), WP Putrajaya (86%), Sarawak (78%), Kelantan (76%), Melaka (74%), Johor (62%), Pahang (58%) dan Pulau Pinang (56%) menunjukkan peratusan pengisian   ≥ 50% (Jadual 1);
  • Hanya satu (1) negeri iaitu Melaka (50%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1); dan
  • Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) menurun kepada 211 pesakit dengan peratusan penggunaan ventilator24%.


Terdapat perbezaan antara Jadual 1 dan Jadual 2  di mana data kapasiti dan penggunaan di Jadual 2 adalah juga termasuk untuk kes COVID-19 dan kes bukan COVID-19.

KKM ingin menjelaskan bahawa terdapat perbezaan di antara data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital (Jadual 3) berbanding kes COVID-19 kategori 1 hingga 5 yang baharu didiagnosa pada setiap hari. Ini memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti COVID-19.
Pada masa yang sama, terdapat juga kes-kes COVID-19 berisiko tinggi dari kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan ke PKRC dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga.
Pada 12 Mac 2022, sebanyak 1,868 kes COVID-19 dimasukkan ke hospital dengan kategori berikut (Rajah 1):
  • 753 kes (40 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 1,115 kes (60 peratus) adalah kategori 1 dan 2.

Selain itu, KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 12 Mac 2022:
  • Kes sembuh: 25,089 kes [3,443,532 kes kumulatif (90.6%)];
  • Kes baharu: 26,250 kes (3,801,036 kes kumulatif);
  • Kes import: 545 kes [509 warganegara (93.4%); 36 bukan warganegara (6.6%)];
  • Kes tempatan: 25,705 kes [24,878 warganegara (96.8%); 827 bukan warganegara (3.2%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 367 kes (169 kes disahkan COVID-19; 198 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 211 kes (100 kes disahkan COVID-19; 111 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).
PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19
Daripada 26,250 kes harian yang dilaporkan pada 12 Mac 2022:
  • Kategori 1: 8,652 kes (32.96%);
  • Kategori 2: 17,421 kes (66.37%);
  • Kategori 3: 70 kes (0.26%);
  • Kategori 4: 60 kes (0.23%); dan
  • Kategori 5: 47 kes (0.18%).
Daripada 177 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 12 Mac 2022:
  • 43 kes (24.29%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
  • 91 kes (51.41%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
  • 43 kes (24.29%) telah menerima dos penggalak (booster);
  • 99 kes (55.93%) berumur 60 tahun dan ke atas;
  • 77 kes (43.50%) mempunyai komorbid; dan
  • 2 kes (1.13%) adalah ibu mengandung.
KLUSTER COVID-19
  • Jumlah kluster: 6,875 kluster;
  • Jumlah kluster baharu: 2 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat: 6,480 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif: 395 kluster.
NILAI RT
Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 4. Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
Jadual 4: Nilai RT mengikut negeri berdasarkan kes yang dilaporkan pada 12 Mac 2022
NEGERINILAI R[size=12.375px]T
Sarawak1.29
WP Kuala Lumpur1.14
Terengganu1.13
Perak1.07
Negeri Sembilan1.07
Selangor1.04
WP Putrajaya1.03
Melaka1.03
Pulau Pinang1.03
Pahang1.02
Kedah1.02
Johor1.00
Perlis0.99
Kelantan0.97
WP Labuan0.80
Sabah0.70
MALAYSIA0.99
JANGKITAN COVID-19 DALAM  KALANGAN WARGA EMAS
Warga emas adalah golongan yang paling terkesan dan berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan COVID-19 dengan komplikasi teruk akibat jangkitan tersebut. Ini adalah kerana daya tahan tubuh yang rendah, penyakit kronik yang dihidapi oleh warga emas, dan proses penyembuhan serta pemulihan daripada jangkitan COVID-19 juga lebih perlahan dan rumit. Kadar kematian warga emas juga lebih tinggi berbanding dengan golongan yang lain.
Dari 19 Mac 2020 hingga 9 Mac 2022, sebanyak 3,711,199 kes COVID-19 telah dilaporkan di Malaysia dengan 367,522 (9.9%) warga emas telah dijangkiti. Sebanyak 19,250 (57.4%) kematian yang dilaporkan adalah dalam kalangan warga emas (Rajah 2).
Berbanding dengan kumpulan umur yang lebih muda (kumpulan umur kurang 60 tahun), jumlah dan kadar kematian dalam kalangan warga emas berumur 60 tahun dan ke atas adalah lebih tinggi (Rajah 3 dan Rajah 4).



KLUSTER COVID-19 DI PUSAT JAGAAN WARGA EMAS
Warga emas yang berada di pusat jagaan juga terdedah dengan risiko jangkitan COVID-19 yang mana jangkitan mungkin menjadi tidak terkawal jika penghuni dan penjaga tidak mengikut SOP. Golongan ini lebih berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan dan kematian akibat COVID-19 berbanding warga emas dalam komuniti. Faktor umur, keadaan mereka yang lebih lemah (frail), dan pelbagai penyakit kronik yang dihidapi menjadikan mereka paling berisiko untuk mendapat penyakit COVID-19 yang teruk dan memerlukan kemasukan ke hospital serta kebergantungan yang tinggi kepada rawatan intensif. Penularan jangkitan COVID-19 dalam pusat jagaan warga emas  lebih mudah dan cepat kerana jumlah penghuni yang ramai mengakibatkan kesukaran amalan penjarakan fizikal. Pada tahun 2020, data antarabangsa melaporkan sebanyak 47 peratus kematian adalah dalam kalangan warga emas yang tinggal di institusi berkediaman.
Bermula 25 Januari 2020 sehingga 3 Mac 2022, sebanyak 154 (39.6%) kluster COVID-19 di pusat jagaan warga emas telah dilaporkan. Kluster ini adalah penyumbang tertinggi berbanding kluster-kluster kumpulan berisiko yang lain seperti  kluster di pusat jagaan kanak-kanak, pusat dialisis, dan sebagainya (Rajah 5).

PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN
Warga emas telah dikenalpasti sebagai kumpulan sasaran utama yang perlu diberi vaksinasi selepas petugas barisan hadapan. Sejak 19 April 2021, warga emas mula ditawarkan vaksinasi COVID-19 bagi melindungi mereka daripada jangkitan teruk COVID-19 termasuk kemasukan ke hospital dan kematian.
Keberkesanan vaksinasi dapat dilihat melalui penurunan kes kematian dalam kalangan warga emas yang telah lengkap divaksinasi dos primer dan dos penggalak pada tahun 2021 berbanding 2020 (Rajah 6).
Sehingga 9 Mac 2022, sebanyak 3,355,784 (91.9 peratus) warga emas telah menerima dos primer vaksin COVID-19 yang lengkap. Selepas dos penggalak diperkenalkan pada 16 Oktober 2021, sebanyak 2,472,576 (73.6 peratus) warga emas telah mengambil dos penggalak vaksin COVID-19 (Rajah 7).


Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Fasa 2 yang bermula sejak 19 April 2021 turut melibatkan warga emas yang berada di institusi/ pusat jagaan warga emas, di mana mereka adalah golongan yang berisiko tinggi dan sebahagian mereka tidak mempunyai keupayaan fizikal mahupun mental. Bagi memastikan PICK kepada golongan warga emas dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesan, ia dibuat melalui kaedah berikut:
  • Temujanji MySejahtera di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Klinik Kesihatan (KK), Hospital, dan Klinik Swasta (Protect Health); dan
  • Pasukan bergerak Pejabat Kesihatan Daerah ke institusi/ pusat jagaan warga emas yang berdaftar mahupun tidak berdaftar. Melalui inisiatif public-private partnership, bagi memudahcara dan meningkatkan kadar pemberian vaksin di institusi jagaan warga emas, KKM juga berkolaborasi dengan badan Bukan Kerajaan dan Sukarelawan Perubatan seperti Pertubuhan Bulan Sabit Merah, Mercy, St John Ambulance,dan National Cancer Society Malaysia (NCSM) dalam program vaksinasi ini.
Sehingga 10 Mac  2022, sebanyak 1,023 institusi/ pusat jagaan warga emas berdaftar dan tidak berdaftar telah dilawati di mana seramai 19,646 penghuni dan 10,173 penjaga telah lengkap 2 dos vaksinasi COVID-19 (100 peratus). Seramai 11,002 penghuni dan 4,141 penjaga di pusat jagaan warga emas telah menerima dos penggalak (50.8%). Maklumat lanjut berkaitan pusat jagaan warga emas yang telah menerima lengkap vaksinasi termasuk dos penggalak adalah seperti di Jadual 5 dan Jadual 6.


Daripada beberapa rajah dan jadual di atas,  dapat disimpulkan bahawa:
  • Kadar kematian warga emas adalah lebih tinggi berbanding kumpulan umur yang lain;
  • Kumpulan warga emas  yang tidak divaksinasi adalah paling berisiko untuk dijangkiti COVID-19 dan mengakibatkan kematian;
  • Warga emas yang telah menerima vaksin COVID-19 dos penggalak adalah paling terlindung, di mana dapat dilihat jumlah kes dijangkiti COVID-19 dan juga kematian akibat COVID-19 yang lebih rendah dalam kalangan penerima dos penggalak berbanding kumpulan yang tidak divaksinasi dan kumpulan lengkap divaksinasi tetapi tidak lengkap dos penggalak; dan
  • Vaksin dos penggalak dapat memberi perlindungan yang terbaik daripada kematian dan gejala serius COVID-19.
Oleh itu KKM ingin menyeru semua warga emas yang berkelayakan namun belum menerima vaksin sama ada dos primer atau dos penggalak untuk segera mendapatkannya dari pusat pemberian vaksin (PPV) yang terdekat secara walk-in. Lindungi diri dan orang tersayang. Dapatkan dos penggalak. Vaksin tidak menjadikan seseorang kebal terhadap jangkitan COVID-19, tetapi vaksin dapat melindungi daripada kesan jangkitan yang teruk sehingga boleh menyebabkan kematian. Pencegahan melalui pemakaian pelitup muka dan mematuhi SOP adalah sangat penting bagi mengelak daripada dijangkiti dan menjangkiti orang lain.
Warga emas perlu dimaklumkan dan dipupuk membudayakan norma baharu dalam kehidupan. Ahli keluarga, penjaga, pengusaha pusat jagaan, dan komuniti perlu diingatkan untuk  memainkan peranan  penting  membantu warga emas mematuhi nasihat-nasihat kesihatan yang disarankan seperti:
  • Kekal amalkan kehidupan norma baru;
  • Amalkan dan patuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan;
  • Ambil dan lengkapkan vaksin termasuk dos penggalak;
  • Amalkan kawalan kesihatan awam kendiri (TRIIS) seperti menjalani ujian dan kuarantin kendiri jika bergejala atau menjadi kontak rapat kepada kes positif COVID-19; dan
  • Dapatkan rawatan segera jika gejala bertambah teruk.
Warga emas juga perlu membudayakan hidup sihat dengan melakukan aktiviti fizikal secara berkala, makan secara sihat, dan menjaga kesihatan mental untuk mengukuhkan daya ketahanan badan melawan penyakit.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn); Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
  • Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala;
  • Jalani segera ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
  • Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke COVID-19 Assessment Centre (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
  • Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline)   untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
  • Individu yang positif COVID-19 Kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
  • Tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang telah lengkap vaksinasi termasuk yang telah mendapat dos penggalak (booster) adalah tujuh (7) hari, manakala tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi adalah selama 10 hari. Tempoh isolasi terkini tidak mengambil kira sama ada bergejala atau tidak bergejala.
Individu yang belum menerima vaksin dan tidak pernah dijangkiti COVID-19 adalah kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. KKM menasihatkan individu ini agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri dan orang tersayang.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
13 Mac 2022 @ 10.30 pagi
Lampiran 1
Jadual 7: Perbandingan gejala COVID-19 Kategori 2A (ringan) dan 2B (sederhana)
Kategori 2AKategori 2B
Sakit tekak atau selesema tanpa demam atau sesak nafasDemam berpanjangan [dua (2) hari dan lebih] atau demam semula selepas sembuh
Batuk tanpa demam atau sesak nafasKesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti (exertional dyspnoea)
Hilang deria rasa tetapi masih mempunyai selera makanSakit dada
Hilang deria bauTidak boleh makan atau minum
Cirit-birit dua (2) kali atau kurang dalam masa 24 jam tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Kelesuan bertambah teruk terutamanya semasa melakukan aktiviti harian atau semasa baru bangun daripada tidur
Loya dan muntah tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Memerlukan bantuan untuk berjalan
Kelesuan tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianGejala seperti batuk, loya, muntah atau cirit-birit semakin teruk atau berterusan
Sakit otot tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianPerubahan status mental seperti kekeliruan / kurang tahap sedar
     Kurang pengeluaran air kencing dalam masa 24 jam

KES BAHARU MENGIKUT MUKIM NEGERI KEDAH (13/3/2022)
BALING - 107
BAKAI 17
BALING 3
BONGOR 3
KUPANG 12
PULAI 22
SIONG 4
TAWAR 29
TELOI KANAN 17
BANDAR BAHARU - 25
BAGAN SAMAK 11
RELAU 4
SELAMA 2
SERDANG 4
SUNGAI BATU 4
KOTA SETAR - 571
ALOR MALAI 68
ALOR MERAH 17
ANAK BUKIT 26
BUKIT LADA 5
BUKIT PINANG 7
DERANG 3
DERGA 23
GAJAH MATI 7
GUNONG 6
HUTAN KAMPONG 6
JABI 17
KANGKONG 9
KOTA SETAR 15
KUALA KEDAH 15
KUBANG ROTAN 12
LANGGAR 98
LEPAI 3
LESONG 5
LIMBONG 4
MERGONG 37
PADANG HANG 2
PADANG LALANG 4
PENGKALAN KUNDOR 76
PUMPONG 26
SALA KECHIK 5
SUNGAI BARU 9
TAJAR 22
TEBENGAU 3
TELAGA MAS 3
TELOK CHENGAI 2
TELOK KECHAI 23
TITI GAJAH 5
TUALANG 8
KUALA MUDA - 697
BUJANG 14
BUKIT MERIAM 5
GURUN 46
KOTA 5
MERBOK 21
PEKULA 9
PINANG TUNGGAL 49
SEMELING 45
SIDAM KIRI 56
SIMPOR 9
SUNGAI PASIR 138
SUNGAI PETANI 292
TELOI KIRI 8
KUBANG PASU - 262
AH 5
BINJAL 5
BUKIT TINGGI 4
GELONG 19
HOSBA 6
JERAM 10
JERLUN 24
JITRA 52
KEPELU 6
MALAU 9
NAGA 38
PADANG PERAHU 2
PELUBANG 24
PERING 4
PUTAT 2
SANGLANG 4
SUNGAI LAKA 10
TEMIN 27
TUNJANG 10
WANG TEPUS 1
KULIM - 419
BAGAN SENA 6
JUNJONG 8
KARANGAN 14
KELADI 30
KULIM 97
LUNAS 54
MAHANG 8
NAGA LILIT 31
PADANG CINA 55
PADANG MEHA 22
SEDIM 5
SIDAM KANAN 31
SUNGAI SELUANG 36
SUNGAI ULAR 19
TERAP 3
LANGKAWI - 47
AYER HANGAT 2
BOHOR 2
KEDAWANG 4
KUAH 25
PADANG MATSIRAT 8
ULU MELAKA 6
PADANG TERAP - 39
BATANG TUNGGANG KANAN 1
BATANG TUNGGANG KIRI 1
BELIMBING KANAN 3
BELIMBING KIRI 1
KURONG HITAM 4
PADANG TEMAK 7
PADANG TERAP KANAN 5
PADANG TERAP KIRI 2
PEDU 8
TEKAI KANAN 1
TEKAI KIRI 4
TUALAK 2
PENDANG - 64
AYER PUTEH 22
BUKIT RAYA 8
GUAR KEPAYANG 8
PADANG KERBAU 3
PADANG PELIANG 4
PADANG PUSING 3
PADANG PUSING 7
RAMBAI 3
TOBIAR 6
SIK - 38
JENERI 11
SIK 10
SOK 1
TELOI 16
YAN - 63
DULANG 8
SALA BESAR 21
SINGKIR 1
SUNGAI DAUN 10
YAN 23
KUMULATIF KES - 2332

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2022 12:46 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 14-3-2022 12:23 PM
farhana008 replied at 13-3-2022 10:02 AM
tak balik mengundi sebab ada hal yang tak dapat dielakkan

lupa lak...

Ada warga tua yg meninggal masa nak undi ye


Kenyataan Akhbar KPK 14 Mac 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19)[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON MARCH 14, 2022
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
14 MAC 2022
PENGGUNAAN KAPASITI KATIL COVID-19 DI HOSPITAL DAN PUSAT KUARANTIN DAN RAWATAN COVID-19 BERISIKO RENDAH (PKRC)
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 13 Mac 2022, penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19:
  • Katil Kes Kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU): Enam (6) negeri iaitu WP Putrajaya (100%), Kelantan (75%), Johor (73%), WP Kuala Lumpur (73%), Selangor (58%), dan Perlis (55%) menunjukkan peratusan pengisian   50% (Jadual 1);
  • Katil Bukan ICU: 12 negeri iaitu Selangor (108%), WP Kuala Lumpur (98%), WP Putrajaya (92%), Terengganu (91%), Perak (89%), Perlis (88%), Sarawak (81%), Kelantan (76%), Melaka (80%), Johor (61%), Pulau Pinang (60%), dan Pahang (57%) menunjukkan peratusan pengisian   ≥ 50% (Jadual 1);
  • Katil PKRC: : Tiada negeri yang menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1);
  • Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) meningkat kepada 222 pesakit dengan peratusan penggunaan ventilator25%.
Jadual 1:  Penggunaan katil COVID-19 bagi ICU dan bukan ICU di hospital dan PKRC pada 13 Mac 202
Jadual 2: Penggunaan keseluruhan katil termasuk kes COVID-19 dan bukan COVID-19 di hospital awam pada 13 Mac 2022
Terdapat perbezaan antara Jadual 1 dan Jadual 2  di mana data kapasiti dan penggunaan di Jadual 2 adalah juga termasuk untuk kes COVID-19 dan kes bukan COVID-19.
Jadual 3: Bilangan kemasukan pesakit harian COVID-19 ke hospital awam mengikut kategori dan negeri
pada 13 Mac 2022
KKM ingin menjelaskan bahawa terdapat perbezaan di antara data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital (Jadual 3) berbanding kes COVID-19 kategori 1 hingga 5 yang baharu didiagnosa pada setiap hari. Ini memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti COVID-19.
Pada masa yang sama, terdapat juga kes-kes COVID-19 berisiko tinggi dari kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan ke PKRC dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga.
Pada 13 Mac 2022, sebanyak 1,757 kes COVID-19 dimasukkan ke hospital dengan kategori berikut (Rajah 1):
  • 721 kes (41 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 1,036 kes (59 peratus) adalah kategori 1 dan 2.
Rajah 1: Bilangan kemasukan pesakit harian COVID-19 berdasarkan kategori ke hospital
Selain itu, KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 13 Mac 2022:
  • Kes sembuh: 25,356 kes [3,468,888 kes kumulatif             (90.7%)];
  • Kes baharu: 22,535 kes (3,823,571kes kumulatif);
  • Kes import: 361 kes [327 warganegara (90.6%); 34 bukan warganegara (9.4%)];
  • Kes tempatan: 22,174 kes [21,522 warganegara (97.1%); 652 bukan warganegara (2.9%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 384 kes (174 kes disahkan COVID-19; 210 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 222 kes (103 kes disahkan COVID-19; 119 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).
PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19
Daripada 22,535 kes harian yang dilaporkan pada 13 Mac 2022:
  • Kategori 1: 8,637 kes (38.33%);
  • Kategori 2: 13,713 kes (60.85%);
  • Kategori 3: 72 kes (0.32%);
  • Kategori 4: 63 kes (0.28%); dan
  • Kategori 5: 50 kes (0.22%).
Daripada 185 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 13 Mac 2022:
  • 39 kes (21.08%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
  • 88 kes (47.57%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
  • 58 kes (31.35%) telah menerima dos penggalak (booster);
  • 109 kes (58.92%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
  • 53 kes (28.65%) mempunyai komorbid.
KLUSTER COVID-19
  • Jumlah kluster: 6,881 kluster;
  • Jumlah kluster baharu: 6 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat: 6,492 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif: 389 kluster.
NILAI RT
Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 4. Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
NEGERINILAI R[size=12.375px]T
Sarawak1.26
WP Kuala Lumpur1.12
Terengganu1.12
Negeri Sembilan1.07
Perak1.06
Kedah1.03
Pulau Pinang1.02
Pahang1.02
Selangor1.01
WP Putrajaya1.00
Melaka1.00
Johor1.00
Kelantan0.97
Perlis0.93
WP Labuan0.80
Sabah0.70
MALAYSIA0.97
Jadual 4: Nilai R[size=10.2094px]T mengikut negeri berdasarkan kes yang dilaporkan pada 13 Mac 2022
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn); Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
  • Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala;
  • Jalani segera ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
  • Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke COVID-19 Assessment Centre (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
  • Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline)   untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
  • Individu yang positif COVID-19 Kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
  • Tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang telah lengkap vaksinasi termasuk yang telah mendapat dos penggalak (booster) adalah tujuh (7) hari, manakala tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi adalah selama 10 hari. Tempoh isolasi terkini tidak mengambil kira sama ada bergejala atau tidak bergejala.
Individu yang belum menerima vaksin dan tidak pernah dijangkiti COVID-19 adalah kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. KKM menasihatkan individu ini agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri dan orang tersayang.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
14 Mac 2022 @ 10.00 pagi
Lampiran 1
Jadual 5: Perbandingan gejala COVID-19 Kategori 2A (ringan) dan 2B (sederhana)
Kategori 2AKategori 2B
Sakit tekak atau selesema tanpa demam atau sesak nafasDemam berpanjangan [dua (2) hari dan lebih] atau demam semula selepas sembuh
Batuk tanpa demam atau sesak nafasKesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti (exertional dyspnoea)
Hilang deria rasa tetapi masih mempunyai selera makanSakit dada
Hilang deria bauTidak boleh makan atau minum
Cirit-birit dua (2) kali atau kurang dalam masa 24 jam tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Kelesuan bertambah teruk terutamanya semasa melakukan aktiviti harian atau semasa baru bangun daripada tidur
Loya dan muntah tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Memerlukan bantuan untuk berjalan
Kelesuan tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianGejala seperti batuk, loya, muntah atau cirit-birit semakin teruk atau berterusan
Sakit otot tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianPerubahan status mental seperti kekeliruan / kurang tahap sedar
     Kurang pengeluaran air kencing dalam masa 24 jam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2022 12:49 PM | Show all posts
farhana008 replied at 13-3-2022 10:05 AM
agak dah parti biru tu menang besar.

Kubu kuat dedulu selain Selangor

Ni lauk pauk pi kenduri semalam...kulit & daging kerbau...tempoyak kaki ayam...dap pulak



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2022 05:28 AM | Show all posts
farhana008 replied at 12-3-2022 04:18 PM
Semoga hajat uols dipermudahkan. Ameen.

in sya Allah, visa dah lulus dan maybe kami akan berada di Madinah sepanjang 10 malam terakhir ramadhan dan kembali ke tanah air selepas 2 syawal.

semuanya kuasa Allah yang menjemput hambaNya untuk ke al Haram.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2022 05:29 AM | Show all posts
seribulan replied at 13-3-2022 12:49 PM
Kubu kuat dedulu selain Selangor

Ni lauk pauk pi kenduri semalam...kulit & daging kerbau...tem ...

ya Allah, sedapnya kak seri.




Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2022 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
dellashrill replied at 14-3-2022 04:29 AM
ya Allah, sedapnya kak seri.

Kenyang banget...terus x mkn byk dah esok nya

Sarap pe tu?

Hari ni sup sayur & tumis tempe & kacang

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2022 08:12 AM | Show all posts
seribulan replied at 14-3-2022 07:44 AM
Kenyang banget...terus x mkn byk dah esok nya

Sarap pe tu?

kita puasa hari ni. xsabar nak sambut ramadhan
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2022 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
dellashrill replied at 14-3-2022 07:12 AM
kita puasa hari ni. xsabar nak sambut ramadhan

Wah wah...best...nanti share juadah2

Selamat berpuasa...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:18 AM GMT+8 , Processed in 5.639721 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list