CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: farhana008

COVID INFO & DATA WAREHOUSE VOLUME 42

  [Copy link]
 Author| Post time 19-1-2023 09:53 PM | Show all posts
seribulan replied at 19-1-2023 10:15 AM
Memang dahsyat penangan terpeleot

kalau duduk lama dan berdiri memang sakit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-1-2023 09:54 PM | Show all posts
seribulan replied at 19-1-2023 10:17 AM
Ekonomi menurun katanya tahun ni

opr bakalan naik lagi
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 05:52 AM | Show all posts
seribulan replied at 17-1-2023 07:35 AM
Ni ada baca

SEPANG: Prosedur operasi standard (SOP) kemasukan pelancong asing di semua pintu m ...

i see
jazakillah
jadi, pantau suhu lah ye
OK
noted
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 05:54 AM | Show all posts

kesian kan?
ada lagi yg mati
4 org tu, mungkin mereka rasa leganya terlepas masa Covid tgh mengganas last 24 months tu
rupanya Allah dan takdirkan mereka kena juga, malah passed away from it.
innalillahi, A;llah adil, so Dia tahu lah apa yang Dia buat
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 06:07 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 20-1-2023 04:52 AM
i see
jazakillah
jadi, pantau suhu lah ye

Mujo terkawal Covid negara ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 06:10 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 20-1-2023 04:54 AM
kesian kan?
ada lagi yg mati
4 org tu, mungkin mereka rasa leganya terlepas masa Covid tgh menggan ...

Kun faya kun

Ada je kes sekeliling tapi not fatal....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2023 06:11 AM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 19-1-2023 08:53 PM
kalau duduk lama dan berdiri memang sakit

Tampal koyok boleh ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 06:11 AM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 19-1-2023 08:54 PM
opr bakalan naik lagi

Sabo je le...x dapek ditolong
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2023 10:57 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2023 06:15 AM | Show all posts



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 05:39 AM | Show all posts
seribulan replied at 20-1-2023 06:10 AM
Kun faya kun

Ada je kes sekeliling tapi not fatal....

ye, tepat kata saudari dan ini adalah jawapan dan explanation yg lebih bijak
namun sy tetap bersedih pada mereka
tentu mereka rasa lega dapat lepas dari Covid selama ini, namun terkena dan passed away juga akhirnya
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 05:41 AM | Show all posts
seribulan replied at 20-1-2023 06:07 AM
Mujo terkawal Covid negara ni

ye
overall, KJ did well
he was proactive and was professional in handling the issue
the Health Minister before him was rather lame dan anaemic in his actions and reactions
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 07:21 AM | Show all posts
ipes2 replied at 2-2-2023 04:39 AM
ye, tepat kata saudari dan ini adalah jawapan dan explanation yg lebih bijak
namun sy tetap bersed ...

Betul saudara...masih terkawal kes di sini
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 07:22 AM | Show all posts
ipes2 replied at 2-2-2023 04:41 AM
ye
overall, KJ did well
he was proactive and was professional in handling the issue

really...
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 09:47 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 10-2-2023 09:02 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 09:51 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2023 09:56 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 10:11 PM | Show all posts
[size=0.8em]MENU


From the Desk of the Director-General of Health MalaysiaA NATION WORKING TOGETHER FOR BETTER HEALTH

SEARCH FOR...

[size=0.8em]COMMUNICABLE DISEASEKenyataan Media KPK 23 Januari 2023 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia Minggu Epidemiologi (15-21 Januari 2023)[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON JANUARY 23, 2023
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
MINGGU EPIDEMIOLOGI KE-3
(15 JANUARI 2023 – 21 JANUARI 2023)
STATUS TERKINI PENGGUNAAN FASILITI KESIHATAN
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa secara keseluruhan, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatanbagi setiap 100,000 penduduk menurun sebanyak 8.6 peratus pada Minggu Epidemiologi ke-3 tahun 2023 (ME 3/2023) berbanding ME 2/2023 (Rajah 1);
Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi  setiap 100,000 populasi pada ME 3/2023 berbanding ME 2/2023 adalah seperti berikut (Rajah 2);
  • Pesakit kategori 1 dan 2 menurun sebanyak 28.6 peratus; manakala
  • Pesakit kategori 3, 4, dan 5, menurun sebanyak 28.6 peratus.
Peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 3/2023 berbanding ME 2/2023 (Rajah 3) adalah seperti berikut:
  • Katil bukan kritikal menurun sebanyak 2.0 peratus; dan
  • Katil Unit Rawatan Rapi (ICU) menurun sebanyak 2.0 peratus.
Peratusan pesakit COVID-19 memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) meningkat sebanyak 0.1 peratus (Rajah 4) pada ME 3/2023 berbanding ME 2/2023.
PEMANTAUAN COVID-19 DI PUSAT PENILAIAN COVID-19 (CAC)
Untuk makluman, kes-kes positif COVID-19 yang dipantau oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara telah menunjukkan penurunan.
Berikut adalah perbandingan data CAC fizikal yang dilaporkan pada ME 3/2023 berbanding ME 2/2023 (Rajah 5):
  • Bilangan kedatangan pesakit ke CAC menurun sebanyak 3.3 peratus;
  • Bilangan kes COVID-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah menurun sebanyak 19.2 peratus; dan
  • Bilangan kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke hospital juga menurun sebanyak 48.0 peratus jika dibandingkan dengan minggu sebelumnya.
STATUS TERKINI KES COVID-19
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 21 Januari 2023 (ME 3/2023), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:
  • Kumulatif kes baharu: 5,034,521;
  • Kumulatif kes sembuh: 4,987,642 kes;
  • Kumulatif kes kematian: 36,932 kes; dan
  • Kumulatif kluster: 7,169 kluster (kluster aktif: 5 kluster).
Perbandingan antara ME 2/2023 dan ME 3/2023:
  • Bilangan kes sembuh pada ME 3/2023 menurun sebanyak 27.6 peratus(3,288 kes kepada 2,379 kes) (Rajah 6);
  • Bilangan kes baharu pada ME 3/2023 menurun sebanyak 17.3 peratus (2,525 kes kepada 2,088 kes) (Rajah 7);
    • Bilangan kes tempatan menurun sebanyak 17.1 peratus (2,497 kes kepada 2,071 kes); dan
    • Bilangan kes import menurun sebanyak 39.3 peratus (28 kes kepada 17 kes).
  • Bilangan kes kematian pada ME 3/2023 menurun sebanyak 29.4 peratus (34 kes kepada 24 kes); dan
  • Purata kes aktif setiap hari bagi ME 3/2023 menurun sebanyak 7.9 peratus(10,901 kes kepada 10,042 kes) (Rajah 8).
NILAI RT
Nilai RT pada ME 3/2023 adalah 0.84 (Rajah 9).
SURVELAN INFLUENZA-LIKE ILLNESS (ILI) DAN SEVERE ACUTE RESPIRATORY INFECTION (SARI) BAGI COVID-19
KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga ME 3/2023, hasil survelan COVID-19 di lokasi sentinel seluruh negara mendapati:
  • Sebanyak 17 sampel ILI dikesan positif COVID-19 dengan kadar positif 2.1 peratus pada ME 3/2023 (Rajah 10); dan
  • Sebanyak 5.9 peratus SARI dikesan positif COVID-19 pada ME 3/2023 (Rajah 11).
SARANAN KETIKA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia yang menyambut perayaan ini.
Walaupun keadaan COVID-19 di Malaysia masih terkawal dengan pelaporan kes yang rendah (kurang 500 kes sehari), sempena sambutan ini, KKM ingin menasihatkan orang ramai agar:
  • Lakukan ujian pengesanan COVID-19 sekiranya bergejala seperti demam, batuk, sakit tekak, dan selesema;
  • Terus amalkan TRIIS dan menjalani isolasi sekiranya didapati positif COVID-19;
  • Elakkan berkumpul jika bergejala untuk melindungi kumpulan berisiko seperti warga emas;
  • Memakai pelitup muka apabila berada di tempat orang ramai, sesak dan sempit apabila melakukan aktiviti bersama kumpulan berisiko tinggi;
  • Individu yang berisiko tinggi seperti mempunyai penyakit kronik, individu dengan imuniti rendah, dan ibu mengandung amat digalakkan untuk memakai pelitup muka semasa melakukan aktiviti dengan orang lain; dan
  • Segera mendaftar dan mendapatkan vaksin bagi individu yang belum menerima dos primer vaksin dan dos penggalak vaksin COVID-19 untuk melindungi diri dan orang tersayang.
KKM juga ingin menasihatkan orang ramai yang menggunakan jalan raya untuk melancong atau pulang ke kampung halaman, sentiasa berhati-hati semasa memandu di jalan raya dengan mengikuti had kelajuan yang ditetapkan dan rancang perjalanan yang selamat. Semoga perayaan ini membawa keamanan, keharmonian, kemakmuran, serta perpaduan yang utuh kepada negara Malaysia yang berbilang kaum.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan dari semasa ke semasa serta memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekali lagi KKM ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina Tahun 2023, rayakan dengan selamat di sisi keluarga tersayang.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
Sejak 1 April 2022, Malaysia telah berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik susulan keberkesanan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam. Peralihan fasa ini juga disebabkan oleh kejayaan program vaksinasi COVID-19 di seluruh negara.
Walaupun demikian, KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
  • Elakkan 3S;
  • Amalkan 3W;
  • Amalkan TRIIS;
  • Jalani ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
  • Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. Aktifkan fungsi notifikasi aplikasi MySejahtera dalam telefon pintar masing-masing. Notifikasi melalui MySejahtera akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
  • Individu yang layak mendapat rawatan Paxlovid atau perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di (https://covid-19.moh.gov.my/hotline) untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui panggilan telefon;
  • Individu yang positif COVID-19 Kategori 2A (yang berisiko tinggi) dan ke atasatau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
  • Individu yang belum menerima dos penggalak vaksin COVID-19 dinasihatkan agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin bagi melindungi diri dan orang tersayang.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO dan pihak berkuasa negara-negara serantau. Selain itu, KKM sentiasa memastikan agar langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
23 Januari 2023 @ 11.30 pagi




Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 10:13 PM | Show all posts
[size=0.8em]MENU


From the Desk of the Director-General of Health MalaysiaA NATION WORKING TOGETHER FOR BETTER HEALTH

SEARCH FOR...

[size=0.8em]COMMUNICABLE DISEASEKenyataan Media KPK 30 Januari 2023 – Sambutan Hari Penyakit Tropika Terabai Dunia 2023[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON JANUARY 30, 2023
SAMBUTAN HARI PENYAKIT TROPIKA TERABAI DUNIA 2023
Setiap tahun, pada 30 Januari, dunia menyambut Hari Penyakit Tropika Terabai (Neglected Tropical Diseases – NTD). Pada tahun ini, tema sambutan adalah “Bertindak sekarang. Bertindak bersama. Melabur dalam Penyakit Tropika Terabai.”
Tema ini dipilih untuk mendapatkan perhatian global bagi merawat dan mengawal NTD, selepas perkhidmatan kesihatan mengalami cabaran semasa pandemik COVID-19. Perkara ini bagi meneruskan usaha menamatkan NTD serta menyeru semua pihak untuk bertindak mengesan kes NTD melalui survelan, merawat kes dengan memastikan ketersediaan ubat-ubatan serta melindungi populasi yang rentan, sama ada melalui penambahbaikan persekitaran mereka mahupun memberi ubat profilaksis bagi mengelakkan gejala atau komplikasi penyakit.
Terdapat 21 jenis penyakit di bawah kategori NTD. Penyakit ini dibahagikan kepada tujuh (7) kategori iaitu jangkitan bakteria, jangkitan virus, jangkitan kulat (fungus), infestasi ektoparasit, patukan ular, penyakit bawaan vektor dan infestasi cacing (helmint). Salah satu NTD yang penting di Malaysia adalah filariasis limfatik, penyakit di bawah kategori penyakit bawaan vektor.
Malaysia telah melancarkan Program Eliminasi Filariasis Limfatik Kebangsaan (PEFLK) pada tahun 2002. Pelaksanaan program ini melibatkan 127 mukim endemik filariasis di lapan (8) buah negeri iaitu Kedah, Perak, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak. Objektif pertama program ini adalah agar filariasis limfatik tidak lagi menjadi masalah kesihatan awam di Malaysia. Sasaran yang ditetapkan adalah menurunkan kadar prevalen individu positif antibodi filariasis kepada kurang daripada 2%, atau kurang daripada dua orang bagi setiap 100 penduduk di kawasan endemik yang disaring. Objektif kedua adalah memastikan pesakit yang mengalami komplikasi limfatik filariasis seperti untut (kaki gajah) didaftar dan diberi rawatan sewajarnya bagi meringankan morbiditi dan disabiliti.
Melalui Program Eliminasi Limfatik Filariasis Kebangsaan ini, pemberian ubat berskala besar atau mass drug administration (MDA) kepada penduduk di kawasan endemik telah dilaksanakan. Mereka diberi makan ubatan anti-filaria seperti ivermectin, diethylcarbamazine (DEC) dan albendazole. Pada masa yang sama, pengesanan kes secara aktif melalui pengesanan kehadiran antibodi filariasis dijalankan di kawasan endemik dan setiap individu yang dikesan positif diberi rawatan anti-filaria. Program juga telah melaksanakan gerakan mengesan dan mendaftar pesakit filariasis yang mengalami komplikasi untut (kaki gajah) dan seterusnya memberi rawatan simptomatik bagi meringankan morbiditi dan disabiliti yang dialami.
Pada awal pelaksanaan Program Eliminasi Filariasis Limfatik Kebangsaan, Kementerian Kesihatan (KKM) mensasarkan Malaysia akan mencapai status eliminasi filariasis limfatik menjelang tahun 2020. Walau bagaimanapun, sasaran tersebut tidak tercapai dan telah dipinda kepada eliminasi menjelang tahun 2025. Sasaran ini selaras dengan penetapan dalam Global Programme to Eliminate Lymphatic Filariasis (GPELF) oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Pada tahun 2022, Malaysia telah berjaya mencapai sasaran kadar prevalen antibodi filariasis kurang daripada dua peratus (2%) di 125 (98.4%) mukim endemik. Namun masih terdapat tiga (3) mukim di Sarawak dan dua (2) mukim di Sabah belum berjaya mencapai prevalen antibodi filariasis kurang dari 2%. Kes positif antibodi filariasis juga masih dikesan terutamanya di mukim-mukim ini, hasil aktiviti saringan aktif; iaitu 231 kes pada tahun 2020 dan masing-masing 269 kes pada tahun 2021 dan 2022. Bagi pesakit yang mengalami komplikasi untut, sebanyak 76 kes telah didaftarkan, namun tiada kes baharu untut didaftar sejak tahun 2004.
Filariasis limfatik atau penyakit untut masih menjadi masalah kesihatan awam global. Anggaran 120 juta penduduk di 72 buah negara dijangkiti dengan penyakit ini. Dua pertiga (2/3) pengidap penyakit ini berada di India dan Afrika; dengan selebihnya dilaporkan di Asia Tenggara, Asia Pasifik dan Amerika. Penyebab filariasis limfatik adalah cacing filaria yang disebarkan oleh nyamuk Mansonia spp., Culex spp. dan Anopheles spp. yang menggigit individu yang telah dijangkiti dan membawa bersama cacing filaria kepada individu sihat lain. Spesis cacing filaria yang terdapat di Malaysia ialah Brugia malayi. Cacing filaria dewasa hidup antara enam (6) hingga lapan (8) tahun dalam sistem saluran limfatik, menyebabkan kerosakan terutamanya pada bahagian kaki dan tangan, mengakibatkan untut (kaki gajah) dan hydrocele (pembengkakan skrotum). Filaria dewasa menghasilkan berjuta-juta mikrofilaria yang hidup dalam peredaran darah manusia dan ditularkan kepada individu lain melalui gigitan nyamuk.
Bagi memastikan Malaysia mencapai status eliminasi filariasis limfatik menjelang tahun 2025, KKM menyeru ahli masyarakat yang tinggal di kawasan endemik filariasis agar memberi kerjasama dengan menjalani ujian saringan darah sekiranya diarahkan, serta memakan ubat anti-filaria yang diberi oleh petugas kesihatan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
30 Januari 2023




Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 10:17 PM | Show all posts
[size=0.8em]MENU


From the Desk of the Director-General of Health MalaysiaA NATION WORKING TOGETHER FOR BETTER HEALTH

SEARCH FOR...

[size=0.8em]COMMUNICABLE DISEASEKenyataan Media KPK 1 Februari 2023 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia Minggu Epidemiologi 4 (22-28 Januari 2023)[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON FEBRUARY 1, 2023
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
MINGGU EPIDEMIOLOGI KE-4 TAHUN 2023
(22 JANUARI 2023 – 28 JANUARI 2023)
1.0 STATUS TERKINI PENGGUNAAN FASILITI KESIHATAN
1.1   Secara keseluruhan, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan bagi setiap 100,000 penduduk meningkat sebanyak 6.3 peratus pada Minggu Epidemiologi ke-4 tahun 2023 (ME 4/2023) berbanding ME 3/2023 (Rajah 1);

1.2   Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi  setiap 100,000 populasi pada ME 4/2023 berbanding ME 3/2023 adalah seperti berikut;
  • Pesakit kategori 1 dan 2 meningkat sebanyak 20.0 peratus; manakala
  • Pesakit kategori 3, 4, dan 5, tiada perubahan.
1.3Peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 4/2023 berbanding ME 3/2023 adalah seperti berikut (Rajah 2):
  • Katil bukan kritikal menurun sebanyak 1.0 peratus;
  • Katil Unit Rawatan Rapi (ICU) menurun sebanyak 1.0 peratus; dan
  • Peratusan pesakit COVID-19 memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) tiada perubahan, kekal sebanyak 0.5 peratus.

2.0   PEMANTAUAN COVID-19 DI PUSAT PENILAIAN COVID-19 (CAC)
2.1   Kes-kes positif COVID-19 yang dipantau oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara telah menunjukkan penurunan. Berikut adalah perbandingan data CAC fizikal yang dilaporkan pada ME 4/2023 berbanding ME 3/2023 (Rajah 3):
  • Bilangan kedatangan pesakit ke CAC menurun sebanyak 49.4 peratus;
  • Bilangan kes COVID-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah menurun sebanyak 37.1 peratus; dan
  • Bilangan kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke hospital meningkat sebanyak 84.6 peratus.

3.0   STATUS TERKINI KES COVID-19
3.1   Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 28 Januari 2023 (ME 4/2023), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:
  • Kumulatif kes baharu: 5,035,871;
  • Kumulatif kes sembuh: 4,989,819 kes;
  • Purata kes aktif : 9,478 kes;
  • Kumulatif kes kematian: 36,940 kes; dan
  • Kumulatif kluster: 7,170 kluster (kluster aktif: 5 kluster).
3.2   Perbandingan kes baharu, kes sembuh, dan kes kematian COVID-19 antara ME 3/2023 dan ME 4/2023 (Rajah 4):
  • Bilangan kes baharu  menurun sebanyak 35.3 peratus (2,088 kes kepada 1,350 kes);
  • Bilangan kes sembuh menurun sebanyak8.5 peratus (2,379 kes kepada 2,177 kes); dan
Bilangan kes kematian menurun sebanyak66.7 peratus (24 kes kepada 8 kes).

4.0 NILAI Rt
Nilai Rt pada ME 4/2023 adalah 0.82 (Rajah 5).

5.0   SURVELAN INFLUENZA-LIKE ILLNESS (ILI) DAN SEVERE ACUTE RESPIRATORY INFECTION (SARI) BAGI COVID-19
KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga ME 4/2023, hasil survelan COVID-19 di lokasi sentinel seluruh negara mendapati:
  • Sebanyak 19 sampel ILI dikesan positif COVID-19 dengan kadar positif 2.4 peratus pada ME 4/2023 (Rajah 6); dan
  • Tiada sampelSARI dikesan positif COVID-19 pada ME 4/2023 (Rajah 7).


6.0   NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
Malaysia masih berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik susulan keberkesanan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam. Walaupun demikian, KKM ingin menasihatkan orang ramai agar terus mematuhi saranan berikut iaitu;
  • Elakkan 3S;
  • Amalkan 3W;
  • Amalkan TRIIS;
  • Jalani ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
  • Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. Aktifkan fungsi notifikasi aplikasi MySejahtera dalam telefon pintar masing-masing. Notifikasi melalui MySejahtera akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
  • Individu yang layak mendapat rawatan Paxlovid atau perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di (https://covid-19.moh.gov.my/hotline) untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui panggilan telefon;
  • Individu yang positif COVID-19 Kategori 2A (yang berisiko tinggi) dan ke atas atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
  • Individu yang belum menerima dos primer vaksin dan dos penggalak vaksin COVID-19 dinasihatkan agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam dan luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO dan pihak berkuasa negara-negara serantau. Selain itu, KKM sentiasa memastikan agar langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
2 Februari 2023 @ 9.30 pagi







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:42 AM GMT+8 , Processed in 5.490343 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list