View: 1921|Reply: 25
|
Sebulan Solat Istikharah Cari Jawapan Untuk Sambung Mengaji Di Mesir
[Copy link]
|
|
Memasuki tahun terakhir pengajian di Universiti Al-Azhar, sudah pasti banyak kenangan suka dan duka sudah dilalui pelajar ini.
Menurut Abdul Mujib Othman, 23, dari Alor Gajah, Melaka, perjalanannya untuk menuntut ilmu di Mesir tidaklah semudah yang disangka, malah cukup berat untuk diceritakan semula.
Imbas penuntut bidang Usuluddin (Akidah dan Falsafah) itu, dia nyaris melupakan impian untuk ke Al-Azhar kerana kekangan kewangan yang dihadapi keluarganya.
"Saya sebenarnya tak pernah ada impian untuk ke Al-Azhar. Tapi selepas ambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada 2017 dan dapat keputusan yang baik, baru saya terdetik untuk belajar di sana.
"Ayah saya berniaga madu dan ubat-ubatan dengan gaji sekitar RM1,500 ke RM2,000 sebulan dengan tanggungan kami 11 beradik. Pada waktu itu, tiada pinjaman mahupun biasiswa ditawarkan. Saya nak ke Mesir tapi tiada duit," ujarnya yang senang disapa Mujib.
Menurut anak keenam itu, dia melakukan solat sunat Istikharah selama sebulan untuk mencari jawapan terhadap kebuntuan yang dialami berhubung hasrat menyambung pengajian ke Mesir.
Sepanjang tempoh itu, Mujib turut didatangi mimpi sama sebanyak empat kali, seolah-olah memberi bayangan terhadap hasrat yang diidam-idamkan olehnya.
"Dalam mimpi itu, saya berada di Mesir, tapi saya belum nampak jalan untuk ke sana. Saya jadi makin pelik," ujarnya lagi.
Imbas Mujib, dia bersyukur apabila Allah akhirnya menghadirkan pertolongan pada hari terakhir sebelum pengesahan pendaftaran masuk ke Al-Azhar ditutup, sekali gus mengubah impiannya menjadi realiti.
"Saya masih ingat, masa tu borang permohonan untuk ke Mesir tinggal lagi sehari untuk ditutup. Kalau nak hantar borang permohonan sekali dengan tiket dan ejen, ia semua makan kos dalam RM4,000. Saya kata dalam hati, duit tak ada.
" ada hari terakhir pengesahan permohonan itu, saya pergi solat Subuh di masjid. Selepas solat, ada seorang pakcik sapa saya dari belakang. Dia kata, pakcik dengar kamu nak belajar luar negara. Masa tu bulu roma saya meremang.
"Dia tanya sekiranya saya ada masalah. Saya kata memang ada masalah kewangan. Kemudian pakcik tu keluarkan sampul dari kocek dan beri kepada saya. Saya balik ke rumah, saya buka, ada RM4,000 di dalamnya. Saya jadi sebak kalau ingat balik.
"Sepanjang hidup saya, baru dua kali saya jumpa pakcik tu. Dia bukan orang kampung saya. Dia tinggal di tempat lain, cuma dia pulang ke kampung ketika raya ataupun ketika ada majlis," imbasnya lagi.
Kata Mujib, dia tidak akan melupakan peristiwa itu yang mana ia menjadi pendorong untuknya menuntut ilmu dan menjadi insan berguna buat masyarakat, agama dan negara.
Kini, Mujib juga melakukan dakwah dengan cara tersendiri dengan penghasilan podcast (rakaman audio digital) serta video-video bacaan al-Quran menerusi TikTok.
"Saya dapat kesedaran untuk berdakwah sejak datang ke Mesir. Setakat ini, podcast saya dikongsi menerusi Instagram dan laman muzik Soundcloud. Di TikTok pula, saya buat video bacaan al-Quran.
"Suatu masa lalu, mungkin peluang berdakwah hanya di atas mimbar, dalam masjid mahupun dalam majlis ceramah. Tapi dengan adanya media sosial, dakwah juga boleh dilakukan menerusi Instagram, TikTok, Instagram dan sebagainya.
"Rugi kalau kita tak manfaatkan peluang yang ada. Ini satu perkara yang baik," ujarnya yang bercita-cita untuk bergelar pensyarah suatu hari nanti.
Akhir kata, Mujib turut berharap agar usaha murninya dalam menyampaikan dakwah dapat memberi manfaat kepada masyarakat di luar sana.
Malah, dia juga berazam untuk mempelbagaikan kandungan dakwah menerusi podcast, TikTok mahupun video YouTube pada masa akan datang.
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
Helokkkk....harapnya tidaklah ada yang 'leak' ye dik....mana tahu cabaran untuk menampung belanja...ter'leak' pulak sekeping dua.. ehhh!   |
|
|
|
|
|
|
|
Wow hebat.. memang sesuatu, tp tepat RM4,000.00 dah tunjuk tak perkara spt ini tak ada kemewahan |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus lah dik mahu ber dakwah bawa ke amanan jangan jadi brutal ganas seperti lobai zorro |
|
|
|
|
|
|
|
Belajarlah elok elok Falsafah and Usuluddin ye kat Azhar tu dan semoga dapat lagi meningkatkan ilmu dalam islamic worldview . |
|
|
|
|
|
|
|
Ada kawan nak kerja sini sana dia tanya ok tak? Nak solat istikharah lah. Dah tu kerja. Tak lama kerja kecoh pulak. Sama ada kena buang atau dia sendiri berenti. Tak mampan kot solat dia. Atau mau sebulan buat. Tak makan lah. Takda kerja lagi kan. |
|
|
|
|
|
|
|
semoga dapag jadi pensyarah kanan yang dihormati satu hari nanti  |
|
|
|
|
|
|
|
tengok muka mcm gila glamour
cahaya keimanan tu xde sangat pun
spesis gila glamour mcm ini elok pergi belajar di Paris saja
nampak mcm suka cinta cintun saja nak tarik perhatian awex hijabstailistar
dajjei eja hijabstailistar pun aku xberapa reti
kahkahkahakhakahkah
Bongok laaaaaaaaaaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau temuduga jenis budak lelaki mcm ini selalu aku tanya soalan maut sahaja
aku suruh bancuh kopi
bagi soalan provokasi
nilaikan dia mcm mana
dalam 20 org seorang sahaja yg berjaya
sekarang tengah ligat mendunia di Perancis dengan gaji berkepuk
memang rare orang nya
|
|
|
|
|
|
|
|
oleh sebab ko nak smabung belajar jadi aku gagahkan diri aku ucapkan tahniah kepada ko
niat kerana Allah
betulkan niat
kalau ko ikhlas dan baik aku doakan ko berjaya
sekiranya ko bakal jadi jahat dan pelik pelik aku doakan ko gagal dan pulanglah ke rumah ko saja. |
|
|
|
|
|
|
|
Sepupu i belajar kat mesir blk sini jadi guru kafa. |
|
|
|
|
|
|
|
masyaAllah.. sebulan ya dia buat solat istikharah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tripleid at 11-3-2022 09:57 AM
yg betul2 habis belajar complete grad agama kat oversea camni takde pulak jadi pdakwah femes mcm PU2 fake gila glamour sekor2 nk jadi artis tu..
nmpak sgt ada something wrong somewhere dgn our society.. |
|
|
|
|
|
|
|
Moga berjaya dunia akhirat |
|
|
|
|
|
|
|
Okla rezeki dia ada orang sponsor belajar oversea, lepas tu pandai cari duit sendiri nak tanggung belanja kat sana.
Takdela macam kes sebelum ni, family takde duit sangat, biasasiswa pun tak dapat, gigih sangat nak belajar kat sana, hujung2 tak cukup duit nak bayar yuran, merayu bantuan raykat Malaysia untuk tanggung pengajian dia kat sana. |
|
|
|
|
|
|
|
tripleid replied at 11-3-2022 09:50 AM
yg betul2 habis belajar complete grad agama kat oversea camni takde pulak jadi pdakwah femes mcm PU2 ...
Ustad pu riz ke? yg bukan sikit punya salahkan bini bila dapat laki tak guna bukan nasehatkan laki, salahkan bini pula |
|
|
|
|
|
|
|
nampak sgt cousin ko xde dapat kerja lain
JEQAF dapat juga rm3000+//KAFA CAPRUT ADA GRED a,b,c GRED A RM900 GRED B RM750 GRED C RM650
|
|
|
|
|
|
|
| |
|