CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3116|Reply: 38

Tuduh Sotong Frozen Sebenarnya Dubur Babi? Tunggu Saman!

[Copy link]
Post time 10-3-2022 04:32 PM | Show all posts |Read mode
Syarikat pengeluar makanan sejuk beku (frozen) sotong menangkis dakwaan khabar angin mengatakan produknya diperbuat daripada dubur babi seperti tular baru-baru ini.


Malah, Ketua Pegawai Eksekutif Shen Hua Resources, Rodney Soon menegaskan akan mengambil tindakan mahkamah terhadap warganet yang menyebarkan dakwaan tidak berasas itu.




Syarikat pengeluar menafikan dakwaan netizen. - Gambar Malaysiakini





Berkata mengenai perkara itu, pihaknya mendapati dua netizen menyebarkan khabar angin berkenaan di Facebook untuk memburuk-burukkan produk cincin sotong keluaran syarikat induk mereka, Dayou Group di China.


"Netizen terbabit mendakwa, cincin sotong tersebut tidak halal kerana diperbuat daripada dubur babi," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.


Rodney berkata khabar angin itu menimbulkan panik di kalangan orang ramai dan merosakkan imej serta menjejaskan jualan produk mereka sehingga menyebabkan syarikat mengalami kerugian besar.


Turut hadir pada sidang media itu ialah Ketua Wakil Perkhidmatan Pensijilan Halal Shandong di Malaysia, Abd Aziz Jamaluddin; Pengarah Shen Hua Resources, Koh Sing Yee dan Pengurus Khir Beng Tecj & Son Fisheries Sdn Bhd, Alicia Khor.


Difahamkan, Rodney dan Alicia juga membuat laporan polis berhubung fitnah yang dilemparkan terhadap produk keluaran syarikat mereka.


Dia menggesa pihak polis dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia supaya menyiasat dan membersihkan nama syarikat itu di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan membuat pendakwaan kerana memfitnah.


Selain itu, Rodney berkata pihaknya juga akan menyaman individu yang menyebarkan khabar angin itu selepas berbincang dengan peguam.


Rodney juga menjelaskan mereka juga akan melaporkan kepada Biro Pengaduan Awam Pejabat Perdana Menteri berhubung perkara itu.


Dalam sidang media itu dia turut menunjukkan kepada media proses penghasilan cincin sotong berkenaan dan sijil halal yang diperoleh untuk produk berkenaan.








Beliau turut menzahirkan rasa kesal terhadap siasatan Jakim dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berikutan tiada laporan dikeluarkan walaupun sampel telah diambil di beberapa negeri termasuk Kedah dan Selangor.


Dalam pada itu, berdasarkan dokumen pensijilan halal yang diberikan, cincin sotong itu disahkan oleh Shandong Halal Certification Services Sdn Bhd (SHC), yang dilantik oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai badan pensijilan halal asing di China.


Bercakap pada sidang akhbar itu, Aziz mempertahankan cincin sotong berkenaan dan mengatakan cara terbaik untuk menyelesaikan isu itu ialah dengan menghantar produk berkenaan untuk menjalani ujian makmal.


"Untuk menyelesaikan masalah ini, ia semudah mengambil semua cincin sotong yang diimport ke dalam bekas dan menghantarnya untuk ujian," katanya.


Rodney berkata mereka bersedia untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa dan menyediakan maklumat mengenai produk tersebut.




Sumber: Malaysiakini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2022 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Nah. Sapa bakalan kena saman tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2022 04:38 PM | Show all posts
ler sotong ni import dr china ke? tp sejak ada sotong ni skrang ni kedai tomyam dah tak letak sotong fresh. dhle sotong ni liat mcm selipar
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2022 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa nak harap pada jakim..kes kartel daging kanggaro pun tak jelas..apa kesudahan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2022 04:40 PM | Show all posts
annehuda replied at 10-3-2022 04:38 PM
ler sotong ni import dr china ke? tp sejak ada sotong ni skrang ni kedai tomyam dah tak letak sotong ...

sijil halal pun dr Jabatan Islamic kat China tu ..mmg dr China la product nie..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2022 04:42 PM | Show all posts
haipp naya2 dh viral aritu kt wasap rmaia yang share psl ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2022 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
nuralisa replied at 10-3-2022 04:40 PM
sijil halal pun dr Jabatan Islamic kat China tu ..mmg dr China la product nie..

Beksin Cinobek asal dr cina xde plk jakim buat rombongan makcik kiah ke guangzou, lobai terus sahkan halalan toyiban ada lerr
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2022 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang tak akan beli la kalau sah2 produk china..kalau bukan barang makanan masih boleh terima lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2022 05:32 PM | Show all posts
annehuda replied at 10-3-2022 04:38 PM
ler sotong ni import dr china ke? tp sejak ada sotong ni skrang ni kedai tomyam dah tak letak sotong ...

yg byk jual kat shopee tu rasa dari cina. yg import dari negara selain china pon ada, i pernah makan sotong ni dari cp foods kat singapore & lagi 1 dari usa. sotong ni kenapa tiba2 jadi trend? i rasa sotong ni dah lama ada dlm market. biasa hotel2 atau restaurant suka pakai sotong ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2022 05:42 PM | Show all posts
Iols panggil sotong ni sotong takde perasaan, bila makan rasa macam kunyah getah gelang.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2022 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2022 05:47 PM | Show all posts
Siap ler yang gigih viralkan aritu
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2022 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Ketaqqq la dubur yg buat cerita awal2 haritu
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2022 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 10-3-2022 05:45 PM

Cute!

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2022 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
import dari china sana bawak ke sini naik apa… takkan sotong naik flight kot…. kalau naik kapal mau berbulan2 baru sampai sini… Cuba beli kat pasar & letak sotong besar fresh dlm freezer… tahan lama ke. Sah2 letak ubat awet mayat…


omg… i tak fitnah. i cakap kemungkinan. je. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2022 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku mmg x mkn sotong ni. Rela bli sotong fresh mahal sket. Liat mcm mkn getah gelang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2022 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
pelik perangai muslim suka2 fitnah sana fitnah sini.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2022 08:26 PM | Show all posts
ape lh nk hadap sotong dr cina belikt sopee...

kt live fb abg omei(x ingat nm hehe) ader je juai yg fresh...belilah sapot BMF lg...siap hantar rumah...ehhh terpromote plak.....................
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2022 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
aku tak rasa sotong ni dr babi tapi mmg liat dan hambar, sotong fresh manis2 je rasa walaupon bakar kosong. nak buat jual mcm fastfood celup tepung boleh la kot. aku dulu masa study mkn kat cafe tertanya2 ni sotong ke onion ring sbb besar2 betul, tak mahal pulak cafe tu beli sotong besar boleh jual murah sejak viral 2-3 tahun ni baru tau sotong timbang kilo rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2022 09:12 PM | Show all posts
so sapakah dua noreenzen yang nak disaman tu sebab claim diperbuat dari dubur noreen?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 11:05 PM GMT+8 , Processed in 0.767617 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list