CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 281|Reply: 0

[Pulau Pinang] Malaysia, Indonesia meterai MoU pekerja asing pada 17 Mac

[Copy link]
Post time 10-3-2022 03:45 PM | Show all posts |Read mode
Malaysia, Indonesia meterai MoU pekerja asing pada 17 Mac
| | 10 Mac 2022


Saravanan (tiga dari kiri) ketika melakukan lawatan selepas merasmikan Hari Terbuka dan Siri Forum Nasional HRD Corp pada Khamis. - Foto Bernama


SEBERANG JAYA - Malaysia dan Indonesia akan memeterai memorandum persefahaman (MoU) pada 17 Mac ini, untuk pengambilan pekerja asing dari Indonesia.


Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, MoU itu akan ditandatangani kedua-dua pihak bagi membenarkan kemasukan pekerja domestik dari Indonesia ke negara.


Menurutnya, isu yang berkaitan gaji minimum, skop pekerjaan serta penggunaan sistem yang sah telah selesai dibincangkan.


"Kita telah mencapai persetujuan dalam beberapa isu dan akhirnya MoU untuk pekerja domestik ini akan lakukan di Bali, Indonesia 17 Mac,” katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.


Saravanan sebelum itu merasmikan Forum Pelan Tindakan Nasional Berhubung Buruh Kasar dianjurkan Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp), yang turut dihadiri Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin.


Pada 6 Februari lepas, media melaporkan rundingan pengambilan dan kemasukan pembantu rumah warga Indonesia ke Malaysia yang dimulakan sejak 2017, masih gagal diselesaikan dalam tempoh terdekat dengan MoU yang dijadual dimeterai kedua-dua negara pada 8 Februari ditangguhkan.
Saravanan berkata, pihaknya juga telah menerima 200,000 permohonan untuk pengambilan pekerja dari negara Bangladesh.


"Kami telah menerima permohonan untuk pengambilan pekerja dari Bangladesh dan kini sedang dalam proses penapisan,” katanya.


Sementara itu, Saravanan berkata, memandangkan buruh paksa terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Manusia, pihaknya bertekad untuk menangani isu itu dengan segera dan menjadikannya sebagai komitmen peribadi.


"Ini termasuk meratifikasi Protokol 2014 kepada Konvensyen Buruh Paksa ILO, 1930, dan mematuhi 11 petunjuk yang digariskan oleh ILO dalam konvensyen itu, termasuk menyediakan pekerja dengan persekitaran hidup yang kondusif.


"Untuk itu, Kementerian juga mewajibkan majikan yang ingin menggajikan pekerja asing mematuhi sepenuhnya Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan Dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446),” katanya.
Sementara itu, mengenai isu pengambilan pekerja di restoran nasi kandar, Saravanan berkata, kuota pekerja asing di kedai-kedai nasi kandar akan kekal sama, walaupun ada dalam kalangan kedai akan dibenarkan beroperasi 24 jam.


"Saya ingin menyeru pengusaha nasi kandar ini untuk mempertingkatkan pengambilan pekerja tempatan kerana kuota pengambilan pekerja asing akan kekal sama dan tidak ditambah,” katanya.


Beliau turut menyeru pengusaha restoran nasi kandar ini meningkatkan tahap kebersihan tandas mereka dalam usaha menjaga kesihatan masyarakat. - Bernama




Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... a-asing-pada-17-Mac
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:00 PM GMT+8 , Processed in 0.054357 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list