CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 398|Reply: 0

[Pulau Pinang] 14 PATI ditahan cuba masuk Malaysia

[Copy link]
Post time 10-3-2022 11:06 AM | Show all posts |Read mode

Kesemua PATI berusia 21 hingga 51 tahun termasuk tekong dari daerah Seruway Acheh cuba memasuki negara melalui jalan laut yang tidak diwartakan.

GEORGETOWN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan 14 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba memasuki perairan negara di sini pada pagi Rabu.

Pengarahnya, Kapten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, kesemua mereka ditahan melalui Op Pertiwi selepas pihaknya menerima maklumat daripada komuniti nelayan mengenai sebuah bot yang mencurigakan kira-kira jam 9.30 pagi.

Menurutnya, hasil maklumat itu sepasukan anggotanya berjaya mengesan sebuah bot kayu yang dipercayai dari Indonesia bersama 14 penumpang di kedudukan 2.9 batu nautika barat daya Sungai Pinang.

"Ketika bot ronda kita menghampiri bot terbabit mendapati empat individu dalam bot berkenaan bertindak terjun ke dalam laut untuk melarikan diri namun usaha mereka ternyata sia-sia selepas berjaya ditahan.

"Hasil pemeriksaan mendapati kesemua mereka dipercayai warga Indonesia berusia 21 hingga 51 tahun termasuk tekong dari daerah Seruway Acheh cuba memasuki negara melalui jalan laut yang tidak diwartakan,"katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.

Abd Razak berkata, kesemua PATI yang ditahan dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Ubat sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes akan disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Akta Imigresen 1959/63 iaitu kesalahan melakukan aktiviti penyeludupan migran dan memasuki negara melalui pintu yang tidak diwartakan.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... cuba-masuk-Malaysia
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.413695 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list