CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 342|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki mengaku ugut bunuh bapa dipenjara dua bulan

[Copy link]
Post time 10-3-2022 01:06 AM | Show all posts |Read mode


MIRI: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini setelah mengaku bersalah atas tuduhan melakukan ugutan bunuh terhadap bapa kandungnya.
   
Mahkamah memerintahkan hukuman penjara ke atas tertuduhh dikuatkuasakan mulai tarikh tangkapan pada 3 Februari lalu.
   
Peter Alipin Sokep, 40, dari Tudan Fasa 3 di sini, didapati telah melakukan ugutan jenayah dengan bertindak agresif sambil mengeluarkan kata-kata ugutan hendak membunuh bapanya yang berusia 71 tahun.
   
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 9.30 malam, 3 Februari lalu di rumah keluarganya di Tudan Fasa 3 di sini.
   
Bagi kesalahan itu, tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
   
Pendakwaan dilakukan Inspektor Mudzilawati Abdul Rahman di hadapan Majistret Nazira Adlin Ahmad Khairul Razi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.



utusanborneo.com.my/2022/03/09

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.053729 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list