SIBU: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Sibu akan menganjurkan program temu duga terbuka kepada mereka yang sedang mencari pekerjaan di perpustakaan awam Sibujaya pada 10 Mac ini.
Dalam satu kenyatan semalam, Perkeso memaklumkan sesi temu duga tersebut akan berlangsung dari jam 9 pagi hingga 3 petang.
Antara majikan yang mengambil bahagian termasuk One Medicare Sdn Bhd, Omron Malaysia Sdn Bhd, Agensi Pekerjaan Yukim Holdings Sdn Bhd dan Kaifa Technology Malaysia Sdn Bhd.
Mereka yang menghadiri temu duga berkenaan diminta membawa bersama salinan kad pengenalan, sijil, sijil vaksinasi, atau sijil vaksinasi digital melalui MySejahtera serta berpakaian kemas.
Sebarang pertanyaan, hubungi atau hantarkan pesanan melalui WhatsApp kepada Hafiz di talian(019-2944710) atau Razzaq (019-6560427).
utusanborneo.com.my/2022/03/09 |