CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 288|Reply: 0

[Sarawak] Fasa endemik COVID-19: Urusan harian pendidikan tetap perlu berhati-hati

[Copy link]
Post time 10-3-2022 12:58 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak (STU) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri berkaitan negara akan memasuki fasa peralihan ke endemik COVID-19 mulai 1 April ini.

Presidennya Adam Prakash Abdullah berkata namun demikian adalah diharapkan langkah berhati-hati dalam urusan seharian pendidikan tetap perlu diambil dengan baik.

“Sekolah boleh diadakan seperti biasa dan pembelajaran boleh diteruskan secara bersemuka.

“Bagaimanapun kita harus bersedia untuk menangani kes-kes yang akan berlaku dari semasa ke semasa tanpa sebarang perasaan cemas.

“Inilah kehidupan baharu kita. Guru-guru juga akan meneruskan peranan mereka sebagai pendidik setiap hari dengan menambahkan perhatian kepada amalan-amalan selamat semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah,” katanya kepada Utusan Borneo, hari ini.

Beliau berkata, STU menasihatkan agar semua sekolah meneruskan amalan sedia kala dalam membendung penularan COVID-19.

Katanya semua guru perlu terus mengingatkan pelajar mereka agar terus mengamalkan SOP penjagaan diri seperti menggunakan pelitup muka, kerap mencuci tangan dan menjaga kesihatan diri pada setiap masa.  

Beliau turut menyeru kepada ibu bapa agar sentiasa mengingatkan anak-anak mereka untuk sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat.

“Sudah tentu akan tiba masanya kita perlu belajar untuk meneruskan kehidupan kita bersama COVID-19 dan ini sedikit sebanyak akan mengubah gaya hidup seharian kita.

“Kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat dan melaksanakan SOP asas pada setiap masa apabila berada di tempat umum. Janganlah kita menjadi cuai dan lalai hanya kerana kerajaan telah memberi kebebasan untuk meneruskan kelangsungan hidup kita seperti biasa,” tegasnya.

Semalam,  Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Malaysia akan memasuki fasa peralihan ke endemik COVID-19, mulai 1 April ini.  

Menurut beliau fasa peralihan ke endemik itu adalah langkah strategi keluar untuk membolehkan negara kembali semula ke kehidupan hampir normal sebelum penularan wabak COVID-19.

“Namun pemakaian pelitup muka di tempat awam masih wajib dipatuhi oleh setiap individu,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/03/09

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:17 PM GMT+8 , Processed in 0.460442 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list