CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2173|Reply: 0

Tiada saksi boleh kaitkan suspek dengan insiden MH17

[Copy link]
Post time 10-3-2022 12:50 AM | Show all posts |Read mode


THE HAGUE, Belanda – Pasukan peguam Belanda mewakili seorang suspek yang didakwa menembak jatuh Penerbangan MH17 milik Malaysia Airlines pada 2014 berkata kelmarin bahawa tiada saksi boleh mengaitkan anak guam mereka dengan insiden tersebut.

Sebanyak 298 orang terbunuh dalam tragedi hitam itu.

Kes pesawat malang yang ditembak di negara bergolak, Ukraine pada 17 Julai tahun berkenaan bertukar haluan apabila disambung semula dekat lapangan terbang Schiphol kelmarin selepas hampir dua minggu Rusia menyerang negara jirannya.

“Tiada seorang saksi pun yang boleh mengesahkan peranan, kedudukan atau dakwaan penglibatan anak guam kami dengan semua tuduhan yang dikemukakan, kata peguam  Boudewijn van Eijck kepada panel hakim

“Begitu pun, pendakwa raya awam masih mahu mendakwanya dan menuntut supaya dia dijatuhi hukuman paling berat,” tambahnya.

Seramai empat suspek didakwa berhubung kes MH17. Mereka ialah  warga Rusia iaitu Igor Girkin, Sergei Dubinsky dan Oleg Pulatov serta rakyat Ukraine, Leonid Kharchenko. Keempat-empat suspek didakwa kerana peranan mereka melancarkan peluru berpandu BUK yang mengenai MH17 di rantau bergolak di timur Ukraine.

Pendakwa raya meminta keempat-empat lelaki itu dijatuhi hukuman penjara seumur hidup apabila mereka menutup kes tersebut tahun lalu.

Pihak pembelaan membuka kes itu untuk Pulatov kelmarin. Dia merupakan satu-satunya suspek yang diwakili peguam.

Menurut pihak pembelaan, mereka akan membincangkan ‘senario alternatif’ tentang bagaimana MH17 mungkin ditembak jatuh.

Keputusan kes itu hanya akan diketahui paling awal pada akhir 2022. Semua empat suspek berkenaan dibicarakan tanpa kehadiran mereka. – AFP


kosmo.com.my/2022/03/08
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.069054 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list