CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 385|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak teroka ternakan udang kara

[Copy link]
Post time 10-3-2022 12:28 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 9-3-2022 04:30 PM





TERTARIK…Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom melawat pameran pada Program Penternakan Udang Kara yang bertempat di sebuah hotel terkemuka di Kuching, semalam.

KUCHING: Sarawak kini meneroka ternakan udang kara menerusi kerjasama di antara Jabatan Pertanian Sarawak (JPS) dan Thian Yen Aquaculture Sdn Bhd yang merupakan sebuah syarikat swasta.

Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah, Datuk Seri Stephen Rundi Utom berkata, kerjasama itu melibatkan lesen persetujuan bagi tempoh 10 tahun di kawasan seluas 2.1 hektar di Tarat, Serian.

“Setelah tamat tempoh 10 tahun ini nanti, kita berharap syarikat tersebut dapat membawa ramai lagi pengusaha lain untuk sama-sama terlibat di dalam industri ternakan udang kara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis pelancaran program penternakan udang kara di Sarawak di Hotel Pullman semalam.

Tambah Rundi lagi, syarikat itu juga komited dan memiliki kepakaran di dalam ternakan udang kara.

“Syarikat ini juga memiliki hubungan yang baik di pasaran luar khususnya di Korea, China dan Hong Kong,” tambahnya.

Dalam pada itu, Rundi menggesa semua pemain industri untuk membantu industri mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

“Ini bermaksud, industri mesti dibangunkan dari A sehingga Z dan ia melibatkan aktiviti hiliran dan huluan.

“Jika hasil keluaran kita sederhana ia mungkin boleh menampung permintaan tempatan tetapi jika banyak ia boleh dieksport ke luar,” ujarnya.

Tabahnya lagi, Sarawak akan terus bekerjasama dengan penggiat industri tempatan serta mereka dari luar negara, yang mempunyai pengetahuan untuk mengaplikasi dan menerima pakai IoT dalam pertanian dan perladangan bandar.

Katanya, program itu adalah untuk mereka yang berminat untuk menceburi industri udang kara bagi mengembangkan perniagaan mereka, berikutan peningkatan populariti spesies itu.

“Malah spesies yang dipromosikan oleh Jabatan Pertanian Sarawak itu mempunyai harga pasaran yang tinggi sehingga RM85 sekilogram. Justeru itu, kita akan merangka strategi dan inisiatif untuk membantu mereka yang berminat dalam industri udang kara ini.

“Pada masa yang sama, kerajaan negeri sedang mengkaji lebih banyak kerjasama dengan sektor swasta yang mempunyai teknologi, kepakaran pengurusan, modal dan akses pasaran untuk memacu pembangunan industri akuakultur di Sarawak,” tambahnya.

Pada Majlis itu beliau turut menyaksikan majlis menandatangani perjanjian lesen antara Jabatan Pertanian dan Thien Yen Aquaculture Sdn Bhd.

Oleh JEAKQLEYN YACHO


March 9, 2022

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:39 AM GMT+8 , Processed in 0.057085 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list