CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 313|Reply: 0

[Sabah] Sabah Perlu Contohi Negeri Lain Laksana VTL Pulih Sektor Pelancongan

[Copy link]
Post time 10-3-2022 12:22 AM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Sudah tiba masanya untuk Sabah mencontohi langkah dilaksanakan beberapa negeri termasuk Pulau Pinang yang memulakan inisiatif Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) bermula 16 mac ini, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Jafry Ariffin.

Sehubungan itu, beliau menyarankan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri supaya meneliti seterusnya mempertimbangkan pelaksanaan inisiatif VTL pengangkutan udara melalui Singapura.

“Ia bagi memulihkan semula jaringan ekonomi dan perniagaan di antara kedua-dua negara khususnya sektor pelancongan yang terkesan teruk akibat pandemik Covid-19.

“Kementerian kini hanya menunggu kebenaran daripada pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri untuk berbuat demikian,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pihaknya dan semua pengusaha industri pelancongan di Sabah sudah bersedia menerima pelancong luar diikuti dengan prosedur operasi standard lebih ketat bagi mengelak penularan varian Omicron di negeri itu.

Sebelum ini, kerajaan Malaysia dan Singapura mencapai persetujuan bersama memperluaskan VTL melalui udara bagi laluan dari Pulau Pinang ke negara itu mulai 16 Mac.

Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong berkata, inisiatif VTL akan membolehkan pengembara lengkap vaksinasi berkunjung ke Pulau Pinang dan Singapura menggunakan syarikat penerbangan yang mengambil bahagian dalam program itu, malah mereka tidak dikenakan kuarantin ketika ketibaan.

Semalam, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob turut berkata, sempadan negara akan dibuka semula tidak lama lagi dan langkah itu membolehkan ahli Keluarga Malaysia yang sudah lama tidak bersua muka dapat pulang terutama ketika Aidilfitri pada Mei nanti.

Katanya, bagi membolehkan pergerakan keluar masuk antara Brunei dan Thailand, kerajaan juga sedang dalam proses melaksanakan VTL darat bersama kedua-dua negara.

Beliau berkata, langkah itu sebagai menambah laluan VTL sedia ada melibatkan Singapura dan Indonesia yang masih dalam perancangan.


sabahpost.net/2022/03/07

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:02 PM GMT+8 , Processed in 0.478526 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list