CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 356|Reply: 0

[Sabah] Polis Buru Suspek Lepaskan Tembakan Di Tongod

[Copy link]
Post time 10-3-2022 12:20 AM | Show all posts |Read mode


KINABATANGAN, 8 Mac : Polis sedang mengesan suspek yang telah melepaskan tembakan sehingga menyebabkan kecederaan pada dua pekerja Ladang Fargold di Tongod pada Sabtu (5 Mac) lepas.

Ketua Polis Kinabatangan Supt Dzulbahrin Ismail berkata kejadian itu berlaku kira-kira 8 malam ketika kedua-dua pekerja itu sedang melakukan rondaan di ladang tersebut.

“Semasa kedua-dua mangsa sedang dalam tugas meronda ladang, tiba-tiba satu tembakan telah dilepaskan dari sisi sebelah kanan mangsa tanpa mangsa melihat kelibat suspek.

“Salah seorang mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan perut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dzulbahrin berkata mereka kini dirawat di Hospital Duchess of Kent, Sandakan dan dalam keadaan stabil.

Katanya operasi mengesan suspek giat dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 37 Akta Senjata Api 1960.

“Pihak polis mengalu-alukan orang awam yang mempunyai maklumat untuk menghubungi Pusat Kawalan Daerah Kinabatangan di talian 089-561890 atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Insp Anestassia Chin Fat di talian 014-6708309,” katanya. – BERNAMA


sabahpost.net/2022/03/08

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:16 AM GMT+8 , Processed in 0.055271 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list