CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 358|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pesara rugi RM148,000 diperdaya 'pegawai pendakwa raya'

[Copy link]
Post time 9-3-2022 08:29 PM | Show all posts |Read mode
Pesara rugi RM148,000 diperdaya 'pegawai pendakwa raya'
MOHD ISKANDAR OTHMAN | | 09 Mac 2022


Seorang pesara kerugian RM148,000 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai pendakwa raya. - Gambar hiasan


KEPALA BATAS - Seorang pesara kerugian RM148,000 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai pendakwa raya.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad berkata, wanita itu dimaklumkan terlibat dengan kes rasuah dan pengubahan wang haram sebelum diminta untuk memberi kerjasama bagi mengelak daripada ditangkap.


Menurutnya, wanita itu kemudiannya diarahkan untuk membuka akaun bank yang baharu dan memindahkan semua wang simpanan miliknya ke dalam akaun tersebut kononnya untuk tujuan siasatan.


"Mangsa telah memindahkan wang simpanannya berjumlah RM148,000 ke dalam akaun berkenaan dan memberikan maklumat akaun kepada suspek.


"Wanita itu hanya sedar telah ditipu apabila mendapati wang miliknya telah dikeluarkan secara berperingkat," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.


Sementara itu dalam kes berasingan, Mohd Radzi berkata, seorang lagi mangsa kerugian RM280,000 selepas diperdaya lelaki yang memperkenalkan diri sebagai ejen insurans.


Menurutnya, lelaki itu mendakwa mangsa telah terlibat dengan kes tuntutan palsu dan kes dadah.


"Bagi mengelakkan ditangkap, mangsa diminta untuk mengaktifkan akaun bank dan meletakkan wang jaminan sebanyak RM280,000 ke dalam akaun tersebut.


"Mangsa telah memasukkan wang sebanyak RM242,500 ke dalam akaun berkenaan dan memberikan maklumat perbankan kepada suspek," katanya.


Tambahnya, mangsa sedar ditipu selepas cuba mendapatkan lagi baki wang jaminan daripada ahli keluarganya sebelum dimaklumkan diperdaya oleh sindiket berkenaan.


"Mangsa juga mendapati wang di dalam akaunnya telah dikeluarkan melalui transaksi pindahan wang," katanya.


Katanya, siasatan lanjut berhubung kedua-dua kes itu sedang dijalankan dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.




Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... gawai-pendakwa-raya
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:08 AM GMT+8 , Processed in 0.049003 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list