CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 375|Reply: 0

[Sarawak] Petronas wajar pindah operasi ibu pejabatnya ke Miri

[Copy link]
Post time 9-3-2022 06:40 PM | Show all posts |Read mode

Petronas wajar pindah operasi ibu pejabatnya ke Miri, saran Lee

MIRI: Bandar raya Miri akan menjadi hab industri minyak dan gas Malaysia jika Petroliam Nasional Bhd (Petronas) turut mengikut langkah syarikat Shell untuk memindahkan operasi ibu pejabatnya di Kuala Lumpur ke Miri, jelas Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin (gambar).

Katanya, beliau telah mencadangkan perkara berkenaan kepada pihak Petronas memandang Miri merupakan asal usul industri minyak dan gas negara.

"Industri minyak dan gas untuk negara telah bermula di Miri. Oleh itu, adalah tepat untuk operasi ibu pejabat syarikat mintak dan gas berpusat di Miri," katanya kepada media selepas merasmikan Legal Engagement Programme with Sarawak Rivers Board (SRB) Enforcement Officers di sini, hari ini.

Jelas ADUN Senadin itu, syarikat Shell Malaysia baru-baru ini telah mengesahkan bahawa bangunan operasi ibu pejabatnya akan terletak di pusat bandar iaitu di kawasan komersial Miri Times Square.

Pada tahun lalu, syarikat terbabit telah mengesahkan keputusannya untuk memindahkan ibu pejabatnya di Kuala Lumpur ke Miri.

Menurut Lee, Miri layak menjadi ibu pejabat bagi operasi Shell berikutan sejarahnya dalam industri minyak dan gas tempatan.

"Usaha Shell untuk memindahkan ibu pejabatnya itu turut akan merancakkan lagi industri minyak dan gas di sini. Saya telah mencadangkan syarikat Petronas turut perlu berbuat demikian agar lebih banyak operasinya terletak di Miri.

"Mungkin Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) turut boleh menjadikan Miri sebagai ibu pejabatnya," katanya.

Jika semua ibu pejabat syarikat minyak dan gas beroperasi di Miri tambah Lee, ia akan menjadi petanda baik untuk rancangan pembangunan Miri yang lebih besar.


utusanborneo.com.my/2022/03/09

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:17 AM GMT+8 , Processed in 0.304607 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list