CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 302|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 09/03/2022

[Copy link]
Post time 9-3-2022 06:34 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 10-3-2022 11:30 AM



COVID-19 : Kes Jangkitan Kembali Meningkat Di Sabah
KOTA KINABALU : Sabah kembali merekodkan peningkatan kes jangkitan COVID-19 sebanyak 136 kes menjadikan jumlah kes baharu yang dilaporkan hari ini adalah sebanyak 1,352 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, sebanyak 15 daerah mencatatkan peningkatan kes baharu dengan tiga daripadanya merekodkan peningkatan yang ketara.

Katanya, antara daerah terlibat ialah Kota Kinabalu +81 kes, Tuaran +31 kes dan Lahad Datu +27 kes.

“Pertambahan jumlah kes yang agak banyak dibeberapa daerah yang merekodkan kes dua angka semalam adalah  isyarat jelas akan berlaku pertambahan kes-kes baharu dalam masa terdekat.

“Peratusan kes-kes sporadik yang tinggi iaitu 60.65 peratus pada hari ini di 22 daripada 27 daerah di Sabah juga satu petanda Sabah belum sampai ke fasa stabil dan akan berlaku trend turun naik secara mendadak jumlah kes harian.

“Hanya 12 daerah mencatatkan penurunan kes harian hari ini,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, Tuaran kembali mencatatkan kes tiga angka (113 kes) hari ini bersama Kota Kinabalu 365 kes, Penampang 119 kes, dan Papar 111 kes.

Katanya, jumlah daerah yang mencatatkan kes dua angka ialah 18 daerah manakala lima daerah lagi, iaitu Kinabatangan, Kunak, Telupid, Kalabakan dan Semporna mencatatkan kes satu angka.

“Sebanyak 1,340 atau 99.12 peratus daripada 1,352 kes-kes baharu hari ini adalah dalam Kategori satu dan dua, tiga kes dalam Kategori tiga, tujuh kes dalam Kategori empat dan dua kes dalam Kategori lima,” katanya.


sabahmedia.com/2022/03/09

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:28 AM GMT+8 , Processed in 0.526915 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list