CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 324|Reply: 0

[Pulau Pinang] Dua jurugambar selamatkan wanita cuba terjun Jambatan Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 9-3-2022 05:21 PM | Show all posts |Read mode

DETIK cemas ketika seorang daripada dua jurugambar menyelamatkan wanita yang cuba terjun dari Jambatan Pulau Pinang. FOTO ihsan Masry Che Ani

Georgetown: "Dari jauh saya lihat wanita itu memanjat tembok jambatan dan bimbang sesuatu buruk berlaku, kami memberhentikan motosikal.

"Kami terdengar dia menangis teresak-esak dan percaya mangsa mempunyai masalah sebelum cuba memujuknya supaya tidak mengambil jalan singkat," kata jurugambar The Sun, Masry Che Ani, 48, bersama rakannya yang juga jurugambar The Star, Ahmad Zhafaran Nasib, 38, selepas menyelamatkan seorang wanita yang mahu terjun dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 3.4 arah Perai ke Georgetown, di sini, hari ini.

Masry berkata, kejadian itu berlaku pada jam 12.30 tengah hari ketika mereka menunggang motosikal ke Georgetown bagi melakukan tugasan.

Katanya, dari jauh mereka melihat sebuah motosikal berhenti di ruang kecemasan manakala wanita terbabit pula sedang memanjat tembok.

"Wanita terbabit kemudian duduk di tembok serta melihat ke arah laut dan kami berhentikan motosikal kerana yakin dia cuba hendak terjun dari jambatan berkenaan.

"Kami perlahan-lahan memujuknya supaya tidak meneruskan hasrat itu selain meminta mangsa beristighfar dan bertenang.

"Melihat ada peluang, saya tarik tangan mangsa dengan dibantu Ahmad Zhafaran sebelum menelefon peronda PLUS Malaysia Berhad bagi mendapatkan bantuan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, Ahmad Zhafaran berkata, selepas berjaya menyelamatkan wanita itu, dia berusaha memujuk mangsa yang dipercayai mempunyai masalah keluarga.

Katanya, detik cemas itu berlaku kira-kira lebih 30 minit sebelum pasukan peronda PLUS tiba.

"Mangsa berusia 37 tahun dari Georgetown mendakwa tertekan akibat mempunyai masalah keluarga dan saya memujuknya supaya mengingati insan tersayang.

"Ini adalah pengalaman kali pertama saya memujuk mangsa dalam situasi berkenaan dan menasihati orang ramai supaya tidak mengambil jalan singkat jika berdepan dengan ujian hidup," katanya ketika dihubungi, di sini.

Sementara itu, pihak PLUS ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

"Kami menerima laporan berkenaan dan kes sudah diserah kepada pihak polis bagi tindakan lanjut," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:28 PM GMT+8 , Processed in 0.138449 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list