Kadang-kala bila masuk dapur, mesti kita akan terhidu aroma enak makanan yang dimasak jiran. Namun, pernah tak setiap kali kita nak masak, ada jiran yang ajak ‘perang’ kuali sekali?
Situasi ini jarang sekali berlaku namun, bila berlaku kepada kita, mesti akan berasa pelik bukan? Memasak pun nak berperang.
Biasalah apabila memasak, kadang-kadang kita tidak sedar perbuatan mengetuk kuali agak kuat sehingga menyebabkan ada jiran yang tidak berpuas hati dengan kita.
Baru-baru ini, seorang lelaki dikenali sebagai Lukes Rusli memuat naik satu video di Tiktok menunjukkan dia sedang memasak beberapa lauk.
Namun, sedang elok dia memasak, jiran tetangga ajak ‘berperang’ pula. Bukan main lagi bunyi kuali tak nak kalah, macam nak menari tarian singa pula!
Perkongsian ini membuatkan ramai netizen terhibur apabila jiran rumahnya seakan-akan memerli bunyi kualinya ketika memasak! Siapa sangka, kini video berdurasi 25 saat ini telah berjaya menghiburkan seramai 245,000 penonton dalam masa sehari sahaja!
Meninjau ke ruangan komen, ramai yang terhibur dengan perang di antara lelaki ini dan jirannya. Ada juga netizen yang mengatakan perang lesung batu lagi dahsyat.
Sumber: Tiktok Lukes Rusli
Pernah berdepan situasi serupa? - CARI
|