CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 486|Reply: 1

Banyak Teori Tak Masuk Akal, Perang Di Ukraine Bukan Olok-Olok

[Copy link]
Post time 9-3-2022 02:51 PM | Show all posts |Read mode
Aliran maklumat palsu dan mengelirukan tentang konflik di Ukraine didakwa semakin meningkat, malah kini muncul pula beberapa teori tidak masuk akal yang dikongsi di media sosial selepas kempen pencerobohan di Rusia masuk minggu kedua.


Ada pihak mendakwa peperangan tersebut hanyalah 'olok-olok', rekaan media atau sengaja diperbesar-besarkan Barat walaupun media arus perdana sentiasa melaporkan perkembangan terkini operasi ketenteraan tersebut.




Salah satu teori tidak masuk akal itu mendakwa lelaki tersebut sebagai 'aktor krisis' yang diupah untuk melakonkan adegan serangan di Kiev. - Foto Agensi




BBC menerusi laporan mereka mendedahkan rakaman video yang memaparkan seorang pemuda dengan wajahnya berlumuran darah palsu yang meraih jutaan tontonan di pelbagai platform sebenarnya tiada kaitan dengan peperangan tersebut.


"Ia adalah gambar yang diambil di sebuah set penggambaran siri TV di Kiev berjudul Contamin yang pernah dikongsi di Twitter pada Disember 2020," jelas agensi berita tersebut merujuk kepada dakwaan palsu yang menuduh individu tersebut sebagai 'aktor krisis' yang diupah untuk melakonkan adegan serangan di Kiev.






Salah satu teori tidak masuk akal itu mendakwa lelaki tersebut sebagai 'aktor krisis' yang diupah untuk melakonkan adegan serangan di Kiev. - Foto Agensi


Selain itu, terdapat juga dakwaan palsu tentang 'mayat bergerak' yang disebarkan secara meluas oleh penyokong pro-Kremlin yang cuba membuktikan peperangan di Ukraine adalah olok-olok dan diuar-uarkan oleh propaganda Barat.


Menurut BBC, rakaman video itu adalah ketika insiden protes anjuran kumpulan aktivis pencinta alam di Vienna pada awal Februari lalu dan 'beg mayat' tersebut menjadi simbol untuk menunjukkan kesan bahaya pelepasan karbon terhadap manusia.


Tangkapan layar menunjukkan dua rakyat Ukraine memegang senapang kayu juga menjadi 'sasaran' penyebaran maklumat palsu sedangkan rakaman itu sebenarnya bertarikh pada pertengahan bulan lalu ketika latihan diberikan kepada orang awam di bandar Kharkiv sebagai persediaan untuk menghadapi pencerobohan Moscow.


Sebuah rakaman memaparkan adegan sekumpulan orang ramai berlari dan menjerit ketakutan mengikut 'arahan' seorang pengarah yang didakwa berlaku di Ukraine turut menjadi tular selepas beberapa pihak mendakwa rangkaian media sengaja mereka situasi tegang di Kiev.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2022 03:29 PM | Show all posts
olok olok untuk halau org yahudi keluar ukraine
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.050766 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list