CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4060|Reply: 62

Terbaik! 1,885 Usahawan RichWorks Rekod Jualan Terkumpul RM3.7 Bilion Sepanjang Tahun Lalu

[Copy link]
Post time 9-3-2022 02:25 PM | Show all posts |Read mode






KUALA LUMPUR –  Richworks International Sdn. Bhd. (RichWorks) bukanlah satu nama asing buat rakyat Malaysia terutamanya dikalangan usahawan kerana ia merupakan sebuah syarikat penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan.


Syarikat milik penceramah motivasi Datuk Wira Dr Azizan Osman yang ditubuhkan pada 2008 ini telah banyak melahirkan usahawan yang berjaya melalui program-program yang dianjur.


Terbaru, seramai 1,885 usahawan bimbingan Richworks International Sdn. Bhd. (RichWorks) berjaya mencatat jualan terkumpul sebanyak RM3.7 bilion sepanjang tahun lalu, lapor Kosmo.


Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. berkata, sebagai menghargai pencapaian luar biasa itu, RichWorks meraikan 184 usahawan membabitkan 141 perniagaan menerusi program Titanium Gala Awards di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), semalam.


“Sebanyak RM3.21 bilion jualan dihasilkan oleh usahawan yang dibimbing melalui program eksklusif Titanium manakala usahawan menerusi program Spire dan Elite-X masing-masing merekodkan jualan RM449 juta dan RM46.9 juta.


“Jumlah tersebut secara tidak langsung menunjukkan peningkatan berbanding tahun 2020 sebanyak 41 peratus atau RM2.27 bilion.


“Kesemua jualan Titanium pada tahun 2021 itu juga membabitkan 312 usahawan daripada 268 perniagaan. Berbanding tahun lalu, sebanyak 85 peratus atau 227 perniagaan berjaya merekodkan peningkatan jualan,” katanya.


Tambah beliau, pencapaian itu sangat membanggakan apabila seramai 77 usahawan Titanium berjaya menghasilkan jualan lebih RM10 juta, lima usahawan jualan (RM50 juta) dan lima usahawan jualan lebih RM100 juta.







Sementara itu, pengasas Richworks, Datuk Wira Dr. Azizan Osman berkata, angka pencapaian usahawan Titanium itu berjaya membuktikan bahawa pandemik, krisis, bencana atau malapetaka merupakan cabaran yang boleh dihadapi dengan mencari jalan.


“RichWorks banyak anjurkan program secara percuma sejak awal pandemik pada tahun 2020 sebab saya tahu ramai orang sangat takut, masih keliru dan hilang arah tuju ketika itu.


“Dari hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, RichWorks telah berhubung dengan semua usahawan Titanium bagi mengenal pasti situasi mereka serta tindakan yang perlu diambil untuk memberi bantuan dan bimbingan,” ujarnya.


Dalam majlis yang sama, Azizan turut melancarkan sebuah buku berjudul Bangkit Bisnes Dari krisis yang digarap hasil analisis RichWorks terhadap bisnes yang berhadapan dengan krisis pandemik tetapi berjaya bangkit.







“Ini adalah perkongsian ikhlas saya untuk semua bakal usahawan mahupun yang lama, tetapi diuji seribu satu dugaan ketika fasa pandemik. Segala tips, bimbingan dan rahsia perniagaan ini adalah khusus untuk anda,” jelasnya.  


Sekadar info, Datuk Wira Dr.Azizan Osman pernah mengharumkan nama Malaysia apabila mendapat pengiktirafan antarabangsa menerusi penganugerahan Top 50 Marketing and Advertising Leaders di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada tahun 2019 yang lalu. - CARI






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2022 02:49 PM | Show all posts
sampai ke forum ye paid write up jijang semang ni... haritu geng2 blogger serentak upload post memuja2 jijang & acap khalid gundu tu... lepas tu page2 viral pula.. hihi
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Gundu lg. Igtkn da kurus hahaa
So jijan bisnes ape  je selain jual ailior
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
prince_marhaen replied at 9-3-2022 02:49 PM
sampai ke forum ye paid write up jijang semang ni... haritu geng2 blogger serentak upload post memuj ...

Hahahaah kan
Rich kot bole bayo

Masih lg bertitle Dr ye
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 03:15 PM | Show all posts
missyL replied at 9-3-2022 02:52 PM
Hahahaah kan
Rich kot bole bayo

haha masih lagi ye..tittle & gelaran pelaris air lio heols... kuat mak esah dia ni.. dah macam tok sami pujaan dah..
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Riban2 juga nak join seminar dia kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2022 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
pergh 3.7billion tu. campor dgn keuntungan mamasob ke tu? jual airliur bole cecah billion. 1885 = 3.7 billion. dasyat

tapi tetap iols tertanye2 knp agent mamasob yg untung juta2 tu rumah tarap marhein niaga untung tak cecah jutaan ringgit pn.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
jajahoney replied at 9-3-2022 03:31 PM
Riban2 juga nak join seminar dia kan

bayar mahal ujung2 kene buat content bodoh utk viral dan femes sekejap. bad marketing pn takpe asalkan viral. lps tu tunjuk keuntungan jutaan ringgit wpn niaga kek keras ketung dan kering itu.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2022 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
hadap betui dia ni title Dr tu. seantero malaysia tau ko punyer Dr tu fake pom giler tebal muke tepek gak kat depan title tu. lg bengap yg join kelas2 dia, sah2 org tu menipu, gigih lg dgr airlior penipu. kalau bisnes dah maju juta2 merata riti org dok guna produk maksudnya betul dah tu halatuju bisnes korang. motip perabes duit+masa dgr talk penipu???
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
prince_marhaen replied at 9-3-2022 03:15 PM
haha masih lagi ye..tittle & gelaran pelaris air lio heols... kuat mak esah dia ni.. dah macam tok ...

Haahhaha
Pakai mak esah jgk ke.. Lemahhh
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 9-3-2022 03:55 PM
hadap betui dia ni title Dr tu. seantero malaysia tau ko punyer Dr tu fake pom giler tebal muke tepe ...

Kan
Org kite ni klo nasihat die ckp kite dengki phd  xleh tgok org sng hahaha

Pg kayakan lg Dr phd ni nape la
Die sendiri pn xde legit bisnes
Ade antar audit ke company die nie

Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
namieamuro replied at 9-3-2022 03:48 PM
pergh 3.7billion tu. campor dgn keuntungan mamasob ke tu? jual airliur bole cecah billion. 1885 = 3. ...

Hahahahaha
Kan
Sales berjuta2 smpi billion. X beragak
Klo sales cmtu bole katakn 80 ke 90 % dah mkn kek tu
Tp i xpnh lg beli or teringin
Haha
Kek iols lg moistttt
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
missyL replied at 9-3-2022 04:00 PM
Hahahahaha
Kan
Sales berjuta2 smpi billion. X beragak

BILLION k. BILLION. terbuntang mata iols bile tgk mamasob claimed sheols untung BILLION. tp tetap nama tak tersenarai dlm list org terkaya kt malaysia ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 04:31 PM | Show all posts
Kowserrrrr................... ada ke business dari jijang ni yg menyelesaikan masalah masyarakat sejagat ??? semua jual produk dgan cheap marketing khuenst
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by glump at 9-3-2022 08:11 PM

Yang paling menyerlah transfomasi Rina H..dari Tak muat frame ke jadi model fashion putrajaya.dapat langsai hutang yg boleh sebab bangkrap dah menganjurkan kelas terbuka  Dana gomen utk tok guru
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 05:33 PM | Show all posts
biar betik...MIDA bawak pengusaha berdaftar IKS pun figure keuntungan dorang pun takde besar mcm ni? marketing die xabis2 gune keuntungan besar mcm ni... MIDA susah payah kumpul figure nak bagi kestabilan ekonomi... sbb any figure akan mempengaruhi ekonomi setempat tp die senang2 je announce figure camtu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2022 05:46 PM | Show all posts
Bukan rekod jualan,
Rekod SCAM terkumpul
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
slyfynx replied at 9-3-2022 04:46 PM
Bukan rekod jualan,
Rekod SCAM terkumpul

Macam keuntungan dia.. kita rasa kita x minat tapi kawan i mmg suka berniaga.. register course yang 4k.. dan setiap kelas tu katanya ikut sales.. kalau sales lebih 50k ke 100k tah baru entitled to enroll in 20k punya kelas.. so boleh imagine tak keuntungan dia..
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 9-3-2022 03:55 PM
hadap betui dia ni title Dr tu. seantero malaysia tau ko punyer Dr tu fake pom giler tebal muke tepe ...

Meols pnh dgr si mikimos ni ckp pasal title Dr ni. Dia kata kalau fake kenapa dia x kene tindakan? Todiaaaa konfiden gila penipu hanat. Muka tebal mcm jalan tar dah
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh lagi tokey2 yg termkn ajaran sesat richwork aka zizan semang ni..dia ni graduates mana ya degree ke diploma dulu..buat malu kaum je..klu btl versatile mesti blh kuruskan bdn yg debab tu..kau punya pengikut pun ada yg jual pakej kurus...sis duda @dudaberhias...sila hencap dgn jayanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 01:22 AM GMT+8 , Processed in 0.257580 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list