CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 324|Reply: 0

[Sarawak] Ambulans bawa pesakit dilanggar lori

[Copy link]
Post time 9-3-2022 01:17 PM | Show all posts |Read mode


Keadaan belakang ambulans tersebut yang remuk.

KOTA SAMARAHAN: Sebuah ambulans yang dalam perjalanan dari Sarikei ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dirempuh lori di Kilometer 14 Jalan Kota Samarahan-Sadong Jaya hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, ambulans tersebut semasa kejadian dalam kecemasan menghantar pesakit yang turut diringi seorang ahli keluarga pesakit dan jururawat sekitar jam 10.40 pagi.

Menurutnya, ambulans tersebut setiba di lokasi kejadian telah dilanggar sebuah lori dari arah belakang.

"Dalam perjalanan tersebut, ambulans ada membunyikan siren kecemasan dan menyalakan lampu kecemasan.

"Apabila sampai di selekoh (tempat kejadian), pemandu ambulans memandu secara perlahan kerana ada kenderaan di hadapan bergerak perlahan dan ia tiba-tiba dilanggar (lori) dari arah belakang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, pemandu dan penumpang ambulans termasuk pesakit yang dibawa dilaporkan selamat.

"Pesakit bersama pengiringnya serta seorang jururawat kemudian diserahkan kepada ambulans Klinik Semera Asajaya untuk dihantar ke HUS," katanya.

Siasatan lanjut kes masih dijalankan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



utusanborneo.com.my/2022/03/08

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.525584 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list