CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 352|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki warga Indonesia ditahan miliki senapang angin

[Copy link]
Post time 9-3-2022 01:03 PM | Show all posts |Read mode


DITAHAN… suspek ditahan bersama senjata angin di sebuah rumah pekerja di jalan Mukah Selangau pada Ahad.

MUKAH: Seorang lelaki warganegara Indonesia ditahan polis kerana tiada dokumen perjalanan yang sah dan memiliki senapang angin, semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superitenden Muhamad Rizal Alias berkata, serbuan dibuat melalui Ops Bersepadu Pencegahan Jenayah sekitar jam 6 petang di sebuah rumah pekerja di kawasan ladang, Jalan Selangau-Mukah

“Semasa diperiksa, suspek yang berusia 35 tahun bekerja sebagai buruh itu gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah.

“Pemeriksaan lanjut di dalam rumah berkenaan turut menjumpai senapang angin, botol dipercayai cecair ‘spirit’, 20 butir guli, satu karung guni warna putih, dan satu plastik warna biru,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ujarnya, siasatan awal turut mendapati lelaki yang berasal dari Loko Ry, Nusa Tenggara Timur, Indonesia itu mengaku memasuki Sarawak pada 2019 melalui Tebedu kemudian terus berkerja di ladang kelapa sawit.

“Suspek mengaku membeli senapang angin, guli serta cecair tersebut dari rakannya yang dikenali dengan nama Agus pada harga RM50,” ujarnya lagi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.



by suaraswk
March 9, 2022

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:53 AM GMT+8 , Processed in 0.053441 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list