CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 295|Reply: 0

[Sarawak] Lindungi penemuan penyelidikan flora, fauna

[Copy link]
Post time 9-3-2022 01:00 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Pusat Biodiversiti Sarawak (SBC) harus melindungi penemuan penyelidikannya mengenai nilai flora dan fauna di negeri ini.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Roland Sagah Wee Inn berkata terdapat beberapa tumbuhan di Sarawak yang tidak ditemui di tempat lain, sekali gus berpotensi untuk dibangunkan menjadi produk semula jadi dan dipasarkan.

Dengan itu, katanya tiada pihak luar boleh mengambilnya dan penemuan penyelidikan mengenainya juga tidak harus dikongsikan. “Saya faham penyelidik suka berkongsi antara satu sama lain mengenai penemuan mereka, tetapi kadang kala anda perlu menyimpan untuk diri sendiri.

“Sesetengah pengetahuan kita mesti dirahsiakan atau penemuan sintetik mungkin dibuat,” katanya semasa mengadakan lawatan kerja ke SBC, di sini semalam.

Menurutnya, terdapat ordinan di negeri ini yang bukan sahaja melindungi hidupan liar tetapi juga tumbuhan tertentu.

Dalam pada itu, beliau berkata kementeriannya juga bersedia menyokong SBC dalam usaha penyelidikannya. “Dalam apa jua penyelidikan yang anda lakukan, jadikan ia berdaya maju agar boleh menyumbang kepada ekonomi negeri dan pada masa sama mencapai sasaran kita menjadi negeri maju menjelang 2030,” katanya.

Hadir sama Timbalan Menteri Pendidikan, Pembangunan Bakat II Datuk Francis Harden Hollis dan Ketua Pegawai Eksekutif SBC Yeo Tiong Chua.


sarawakvoice.com/2022/03/09

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:01 PM GMT+8 , Processed in 0.057639 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list