CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 341|Reply: 0

[Sarawak] Covid tersebar apabila seseorang batuk atau bersin

[Copy link]
Post time 9-3-2022 12:59 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Seseorang itu boleh dijangkiti Covid-19 jika mereka berada berdekatan dengan pesakit Covid-19 yang batuk atau bersin.

Menurut Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) Covid-19 dapat tersebar terutamanya antara individu yang mempunyai kontak rapat.

“Jangkitan berlaku apabila titisan yang mengandungi virus dihirup melalui udara atau bersentuhan langsung dengan mata, hidung, atau mulut seseorang. Virus ini lebih mudah merebak dalam persekitaran tertutup yang kurang ventilasi dan sesak,” katanya.

Katanya lagi, ujian RTK-Ag biasanya dapat mengesan jangkitan pada hari ketiga hingga hari ketujuh selepas seseorang terdedah kepada pesakit COVID-19 (Peeling et. al, 2021), manakala ujian RT-PCR boleh mengesan jangkitan seawal hari kedua hingga hari keempat belas selepas dijangkiti (Rajah 2).

“Justeru itu, ketepatan ujian RTK-Ag dan RT-PCR adalah bergantung kepada tempoh jangkitan sewaktu sampel diambil. Penggunaan RTK-Ag adalah disarankan kepada individu bergejala atau berada dalam kumpulan berisiko tinggi sekiranya tidak bergejala,” katanya.

KKM telah meluluskan penggunaan RTK-Ag sebagai suatu kaedah alternatif pengujian Covid-19 selain RT-PCR.

Katanya, RTK-Ag membantu memudahkan proses pengesanan dan pengawalan jangkitan Covid-19 kerana kaedah ini adalah ringkas, mudah, murah, dan boleh dilakukan di lapangan atau point-of-care testing (POCT).

“Proses pengujian RTK-Ag adalah pantas dan keputusan ujian boleh diperolehi dalam masa 20 hingga 30 minit,’ jelasnya.


sarawakvoice.com/2022/03/09

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:12 PM GMT+8 , Processed in 0.194965 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list